Friday, January 21, 2011
Isi Hati Irina: Yang Mencari dan Yang Dicari, yang mana lebih penting?
Pendapat aku?
Terus-terang cakap dalam hati mudah jer jawapannya... tapi bila suruh bg pendapat mulut seolah-olah terkunci... Susah nk jawab mana lebih penting. Tapi kalau diberi pilihan kita perlu buat pilihan. Jangan memilih keduanya sebab seolah-olah kita nie tak de pendirian. Jangan selalu memilih dok atas pagar atau x nk pilih. Terus-terang dengan diri sendiri yang mana kita nk? Yang mana kita harapkan? Yang mana kita lebih suka? Yang mana kita lebih selesa?
Bagi aku aku memilih Yang Dicari. Ewah!
Aku bg pendapat bagi kedua-duanya dulu sebelum aku ulas lebih lanjut kenapa aku pilih Yang Dicari.
Orang Yang Mencari nie maksudnya mencari pasangan hidup mengikut apa yang dia nk. Mungkin ada list panjang dia dah buat... Sebenarnya dia mencari kesempurnaan dalam mencari pasangan. Sama ada dia setuju atau tidak memang dia mencari semua ciri-ciri yang dia idamkan... Kadangkala dia lupa adakah dia tue ada ciri-ciri seperti yang dia nk? Contohnya nk yang cantik, adakah dia hensem? Nak yang bekerja, adakah dia mampu tanggung kehidupan akan datang? Nak yang pakai tudung, Adakah dia serba cukup untuk menjadi seorang pembimbing? Manusia memang mencari kesempurnaan dalam mencari pasangan hidup. Tapi bila dah ada beberapa calon pulak jadi memilih pulak... Yang ini lebih yang nie tapi kurang kat sini... Yang nie pulak istimewa kat kat sini tapi x bagus kat sini... Pernah tak fikir perasaan orang yang bila dibanding-banding kan? Muhasabah diri atau nilaikan diri balik... Adakah kita layak menilai seseorang itu berdasarkan apa yang kita nampak? Kita belum lagi sehidup semati dengan dia... Mungkin manis di depan kita tetapi jadi cuka dlm rumahtangga... Mungkin singa di depan kita tapi mungkin sejinak kucing... Kita hanya manusia biasa... Keadaan akan membuat kita berubah sedikit demi sedikit...
Orang yang dicari adalah orang yang diidam-idam kan oleh semua orang dalam mencari pasangan. Kita berusaha untuk menjadi yang terbaik, memperbaiki diri kita dari segala segi, belajar untuk menjaga diri dengan sebaik-baiknya... Kita lebih memikirkan diri kita dari kekurangan orang lain. Sebab semua ada kekurangan masing-masing... Jadi bila kita belajar untuk memperbaiki semua kelemahan itu tanpa kita berusaha untuk menjadi orang yang lain itu adalah satu langkah yang sgt membangga utk diri kita sendiri. Kita melakukan perubahan utk diri sendiri dan untuk menjadi terbaik. Menjadi anak yang baik kepada ibu bapanya, Menjadi kakak/adik yang baik untuk adik-beradiknya, menjadi terbaik untuk semua insan yang menyayanginya, dan menjadi terbaik dalam apa jua kita lakukan... Ikhlas tue penting dalam melakukan sebarang perubahan... Kita perlu banyak belajar dan banyak bertanya kepada orang yang sepatutnya... Yang paling penting adalah kita perlu menerima orang seadanya dia... jangan buruk sangka apa sahaja yang dia kata, jangan menjatuhkan sebarang hukuman terhadap apa yang dilakukan dan juga jangan terlalu memilih... Mungkin dia memang takdir yang telah ditetapkan dengan kita...
Semua orang mahu menjadi seorang yang dicari kn? Sentiasa la belajar untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri dari mencari kekurangan orang lain. Walaupun selepas kita berpasangan, kita perlu terus belajar dan terus belajar untuk menjadi yang terbaik untuknya... Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain yang penting kita berusaha ke arahnya...
Insya-Allah.... Semoga Allah SWT permudahkan segalanya untuk kita... Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment