Thursday, January 13, 2011

Isi Hati Irina: Terima kasih... Cinta, Kasih, Sayang dan Rindu...


"terima kasih cinta, untuk segalanya......"

tergiang-giang jer lagu nie dalam kepala aku... mulut pun x berenti-renti dok nyanyi... Hish alangkah baiknya kalau yg keluar dari mulut tue beristigfar kn? Tapi tue la realitinya... rasanya bukan aku jer yg rasa macam tue...

Atas sebab dan kepada siapa aku ingin berterima kasih nie? Jangan nangis taw sebab kali nie aku tulis memang perasaan aku yg sebenar.. 

Aku ingin berterima kasih kepada:

1. Abah dan mamaku sentiasa menyokongku tidak kira mana aku berada... Orang tua mesti la mendoakan yang terbaik untuk anaknya kn? Tini sayang abah dan mama.... 

2. Adik-adik aku yang aku sgt sayang... walau jauh mana pon kamu semua berada akk tetap sayangkan kamu.... kamulah kekuatan akk... tidak sehari pun akk tidak fikirkan tentang kamu.... sayang kamu semua...

3. Yang tersayang... terima kasih kerana menerimaku seadanya dan memahamiku ketika aku tgh merajuk, sensitif dan sentap yea... Insya-Allah aku akan cuba untuk berubah menjadi insan yang lebih tenang hatinya...

4. Teman-temanku yang tersayang... (kakak,abang dan adik-adik angkatku yg ramai itu..) Kamulah penyokong paling kuat buatku.... Kamulah juga punca inspirasiku... Kamulah yang meminjamkan bahu ketika aku dalam kesedihan dan kamulah jua ada di saat aku dilanda kekecewaan... terima kasih kena sentiasa menyokongku atas aku terus bangun dan kuat....

5. Kepada yang sentiasa mendoakan aku.... Terima kasih tidak terhingga... hanya Allah SWT yg mampu membalasnya keikhlasan anda itu...

Mungkin ada yang kata ianya terlalu ringkas tetapi itu sahaja yang ingin aku sampaikan... Terima kasih kerana sudi menyayangi diri saya, Terima kasih kerana selalu di sisi saya tidak kira susah/senang, Terima kasih kerana menerima saya seadanya, Terima kasih kerana memahami, terima kasih atas segala-galanya...

Sesungguhnya saya merasai kasih-sayang dan keikhlasan yang kamu berikan... 

~You always in my heart~Irina~

2 comments:

Followers