Monday, January 31, 2011
Isi Hati Irina: Diari seorang budak Comot!
Jom kita flashback masa sekolah...
Aku seorang yang sgt sopan, bertudung, pendiam, comot, memang paling tak dikenali masa sekolah dulu.... agaknya memang aku nie buruk sgt la masa sekolah dulu kot... tapi aku x malu okay! biaq la orang nk bubuh gambaq aku dulu pon.. aku x kisah sebab kalau tue masih aku jugak.. buat apa nk malu dengan diri sendiri kn?
Lepas bercerita pasal zaman sekolah dulu baru aku tahu kenapa dengan tiba-tiba "hot guy" masa kat sekolah nk try aku... sebab sekarang aku....
Agak daring dari segi berpakaian kot, peramah, kadang-kadang terlebih mesra, kurang comot, dan lain dari sekolah dulu... Aku bukan bermaksud aku nie cantik yea... sebab aku bukan dari kategori itu.... sebab masa sekolah aku memang bukan orang yang dikenali... bukan takat orang silap2x nama pon org x kenal....
Aku memang paling tak suka bila orang anggap dirinya tue "hot stuff"... konon terhangat di pasaran la... da memang terang lagi bersuluh ada awek tapi dok try kita... haihh... kenapa nk buat macam tue eh? tak boleh ke setia jer kat awek tue... dah publish kat org semua then dok p try sana sini... satg kalau orang lak terjatuh hati macam mana? tak boleh jugak nk salahkn awek tue sebab lu yang dok bg harapan pada dia kn?
Aku baru tersedar dengan perubahan aku nie baru org nmpk dan sedar aku nie wujud.... memang manusia nie memandang pada fizikal dan penampilan kn? Mungkin pengalaman aku yg lepas buat aku sedar diri... baik terima orang yg tidak memandang semua itu? Macamana jika kecantikan aku pudar? Dah tua nanti? Keadaan fizikal aku yg dah cantik macam sekarang? Mungkin nanti aku dah x sempurna?
Jika pada awalnya dia memandang dan memilih fizikal ku... besar kemungkinan nanti dia boleh cari orang yg lagi cantik dari aku... kouta memang dah sedia ada kat depa kn? Tapi kalau dia memilih aku sebabkan ikhlas, Insya-Allah perhubungan ini akan kekal...
Aku sgt terharu bila tgk seorang yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi dan memasuki sebuah pertandingan nyanyian yang agak popular... Kenapa dia menyanyi? Untuk tunang dia... memang la patut kn menyanyi for a living kn? tapi tunang dia cacat lepas kemalangan... memang tunang dia sgt cantik... lepas kemalangan tunang dia hanya mampu berkerusi roda dan terketar-ketar... kesimpulannya dah cacat... Lelaki tue ckp, "Apa jenis lelaki dia kalau dia meninggalkan tunang dia semasa tunang dia memerlukan dia" (lihat di bawah versi English).... Tue belum kawen lagi okay... Ada tak kat dunia nie lelaki seperti itu? Memang ada tapi kewujudannya memang tak disedari... menangis aku tgk clip video tue....
“What kind of guy would I be if I walked out when she needs me the most” – Chris Medina.
Semoga Allah SWT permudahkan segalanya untukku....
Aku sayang dia...
~i have faith in you~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment