Thursday, September 6, 2012

Great Journey to Mabul Island & Sipadan Island

Assalam,

Saya upload gambar dulu nanti baru cerita okay. :)

Actually tiket flight nie aku dah beli dari last year. Utk dua orang dari LCCT ke Tawau pergi balik dalam RM180 jer. Murah kn? :)

Lepas tuh pakej Sipadan Water Village Resort nie aku p beli masa p Matta Fair. Kami nie bukan orang kata mampu nk p honeymoon kat obersea sana tuh. Lagi pon kami jenis merancang dari awal nk p mana pon. Sebab senang dah allocate duit siap2x. Jadi tinggal p jerla semua dah siap bayar. Kami dapat pakej nie dalam RM1100/sorang. Termasuk airport transfer, boat transfer, snorkeling, makan tak yah la gtaw kn? :P

27/08/2012, Isnin, LCCT
Bermulanya perjalanan kami ke Tawau. Patut flight kul 7.20pm tapi delay sampai 7.40pm. Flight dalam 2 jam 40 minit. 

Alhamdulillah dalam kul 10.20pm kami sampai kat Tawau Airport. Dari segi pemerhatiaan aku Airport kat Tawau nie lagi menarik dari Kota Kinabalu. Kemas dan menarik. Cuma dia jauh dari bandar Tawau dalam 30 minit jugak la nk ke bandar.

Then sebab esoknya baru depa pick up kami jadi kami amek teksi RM45 ke Bandar Tawau. Then sembang2x ngan pakcik nie nk cari hotel murah jer. Dia cakap la dekat Fajar ( Satu area yg femes kat area bandar) banyak hotel murah. Dia siap tlg call hotel tuh bookingkan bilik satu utk kami. Dia citer lagi bangunan paling tinggi kat Tawau adalah bangunan 14 tingkat. Hotel Promenede. :)

Tp lupa amek gambaq pulak sebab keletihan sgt. Yela masa tuh memang dah tahu ada "isi". Murah sgt RM55/sebilik. Macam hotel 3 bintang dowh. Murah kn? Kalau kat png pon RM80 stendet hotel bajet jer kot.

Mangun pagi esoknya dalam kul 9 pelik nape depa x call lagik. Check la henpon satu lagi rupanya lupa nk on kn balik lepas turun flight. Tgk2x berlambak miss call dari depa. Rupanya depa x amek satu lagi nombor aku. Sigh. Call rupanya van dah sampai semporna dah pon Boat pagi pon dah jalan. Dia kata tunggu kul 1 ptg pulak utl boat kul 4 petang.

Lepas tuh siap kuaq cari bekfas area situ n x bape susah nk cari sebab ramai jugak orang Islam bukak kedai kat sana. Then balik bilik siap2x tunggu solat zuhur kul 12.15 baru check out. Lepas tuh lepak Secret Recepi dulu. 

Tepat kul 1 nmpk van SVWR sampai. Yeay, semangat dah nie. Lepas tuh singgah kat Airport Tawau dulu tunggu orang lagi. Aipot kira dok tgh2x la antara Bandar Tawau dan Semporna. Cuma perjalanan ke Semporna hampir sejam. Yela jalan satu jer kot. Kalau kena lori kat depan bercinta la sket. Dlm kul 2.45pm dari Aipot n sampai ke Semporna dalam kul 3.30pm camtuh. Boat dah siap tunggu. Depa campak beg terus jalan jer. :)

Rupanya resort nie semua dia punya. Besar la agaknya kn? 

28/8/2012, SWVR, Pulau Mabul


Husband saya nie tak sabar2x nk bergambar bila sampai jer kat hotel nie. Memang indah sgt. :)


Entrance dia. Sampai jer disambut oleh2x staf dia. Wah seronok betul. Sgt teruja. :)


Sampai jer dah nk berjalan ke sana sini. Nie Mini-Mart dia. Kat sini tak payah bawak duit ke hulu hilir sebab beli apa pon dia akan tulis resit. Nanti bayaq masa nk check out nanti. Kiranya dia akan totalkan bil kita nanti la.


Nie kat sundeck dia. :)


Nie dia bg 3 katil kot. Tp tak sampai 5 minit dah jadi satu. :P


Sofa untuk bancuh kopi/teh pada waktu petang. Ewah. 


Nie dari sundeck ke dalam bilik. Besar kn? Agaknya berbaloi tak?


Bilik air seksi. :P


Besar gila bilik air dia okay. Ha kat sini semua air masin depa just boh kapuq saja. Jadi setakat nk mandi amek ayaq semayang bleh la. Cuma masa kumuq tuh masin gila la. Nk buat ayaq depa dah sediakan 2 jag air bersih. Kiranya tetiap hari depa refill 2 jag air jer. Lebih dia cas. 

29/08/2012, SVWR, Pulau Mabul


View dari tower


Nie wing belah bilik kami. 


Buah hati pengarang jantung. X berani nk panjat sebab gayat. :)


Kampung-kampung di Pulau Mabul


Tue dia Pulau Sipadan



Okay kena daftar dulu sebelum snorkeling. :)


Welcome to Sipadan Island


Kami jumpa yang Bumphead  dan Jackfish satu group.


Taman Pulau Sipadan pada 1 Oktober 2009


Kalau x pandai berenang jgn pepandai p terjun na. Dalam jugak tuh..


Tgk kehijauan air dia.


Nie MH yg tangkap. Tue yg dok kepak-kepak belah kiri tuh aku la tuh. Mengadapn Pulau Sipadan.


Yeah, me at Pulau Sipadan. Lupa masa nie tgh pregnant 5wk.


Nie dah balik dari Snorkeling di Pulau Sipadan. So jalan-jalan sekeliling Pulau Mabul lak.


Anak Pulau Mabul dok kayuh sampan kecik guna selipar. Jernih kn air dia.


Orang Pulau Mabul


30/08/2012, SVWR, Pulau Mabul


Yeah kita berkayuhan pulak. Best tapi x berapa pandai nk kayak. See-Through okay. Nmpk kat bawah.


Masa nie air tengah surut. Siap kena batu karang masa berkayuhan. Yg best nmpk turtle dok berenang.


Pelancong dari China. Siap tukar-tukar email sebab nk gambar. :)


Bye Bye. Great journey with hubby :)

Truly,

Irina

4 comments:

  1. Ops kos satukan katil tuh. Nie gambaq masa masuk dlm bilik. Yg king size lagi mahal hampir 2000 jugak sorang. x kuasa la memahal.

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa...nk p jugakkk..haha..tp cik abg sure xlepaskan peluang diving nye kalo p pulau2..kn p cr tmpt xpulau2 la nk honeymoon nnt..hahaha..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sgt. abg fasya smp nk p amek lesen diving sbb tensen tgk org diving kat bawah kita snorkeling kat atas. jeles ooo... tp memang nmpk penyu tgh berehat... haha... isk best sgt... nie nk p cari pulau lagik. abg fasya x puas lagi... :)

      Delete

Followers