Tuesday, November 30, 2010

Isi Hati Irina : Apa sebabnya sayang?

Kita selalu tertanya kenapa kita jatuh hati atau cepat sayangkan orangkn? Ini antara sebab-sebab yang aku pernah hadapi setelah hampir 10 tahun kenal apa itu cinta, rindu, sayang...

Antara sebabnya:

1. Bila orang selalu ambil berat pasal diri kita...
2. Bila orang selalu msg, call, email, ym dsb...
3. Bila orang selalu nasihat kita supaya kita menjadi lebih baik...
4. Bila orang selalu ajak teman dia berjalan-jalan...
5. Bila orang selalu cerita masalah kat kita, maksudnya dia percaya pada kita...
6. Bila orang selalu berkongsi kegembiraan dia dengan kita...
7. Bila orang selalu cari kita bila nk perlukan pertolongan/bantuan, maksudnya kita boleh diharapkan...
8. Bila orang selalu buat kita ketawa..
9. Bila orang selalu menjadi pendengar yang baik...
10. Bila orang selalu ingatkan kita walau di mana pun dia berada... (dia akan msg or call just nk bgtaw...)

ha camne? ade x yang terkena... bg diri saya sebab-sebab di atas la membuatkan saya cepat jatuh hati kepada seseorang...

Isi Hati Irina : Percaya, Komitmen, Ikhlas ~Perhubungan~

Kalau aku menginginkan sesuatu perhubungan aku cuma perlukan 3 benda utama iaitu kepercayaan, komitmen, dan keikhlasan. Aku percaya semua orang pun mengharapkan benda yang sama.

Kalau kita inginkan yang cantik, kecantikan itu akan pudar.
Kalau kita inginkan berharta, harta itu akan habis suatu hari nanti.
Kalau kita inginkan berkerjaya, mungkin suatu masa kerjaya itu akan terhenti.

Bagi aku cukuplah orang yang berusaha untuk memajukan dirinya dan juga bertanggungjawab. Kekayaan, kecantikan dan kerjaya itu hanyalah satu tapak untuk menikmati hidup yang sempurna tapi pernah anda fikir berapa lamakah masjid yang dibina mampu bertahan.

Yang cantik, hanya nk cantik setiap waktu hingga mengabaikan perhubungan yg terjalin.
Yang berharta, terus mencari harta hingga lupa orang yang selalu menyokongnya dalam susah dan senang.
Yang berkerjaya akan bekerja untuk memastikan kerjayanya terus meningkat dan lupa pada orang yang selalu menunggunya ketika pulang bekerja.

Ini hanyalah apa yang aku rasa. Tiada kaitan dengan sesiapa pun.

Aku akan berusaha untuk menjadi terbaik kepadanya.

Informasi : Tanda Seorang Lelaki Di Lamun Cinta

Saya berkongsi maklumat ini buat tatapan saya dan juga buat teman-teman yang tersayang. Macam nie eh bila lelaki tue dilamun cinta. So, kaum adam betul ke?


1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (Tp jgn melampau sgt sampai dia menunggu bjam2 lamanya )
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Sumber : http://sentuhankasihsuci.blogspot.com/2009/06/tanda-seorang-lelaki-di-lamun-cinta.html

Monday, November 29, 2010

Isi Hati Irina : Jogging! Bukan utk kurus tp utk jantung!

nk tulis jugak. orang kata saya dah cukup kurus tp kenapa nk g jogging? tp saya jogging sebab utk stamina dan "heart beating"...

ramai orang muda-muda dah meninggal sebab serangan jantung, jadi kita patut ambil langkah-langkah awal... pepatah jugak ada mengatakan "prevention is better than cure"...

so bgs jugak jogging nie... nk masuk kelas aerobik mahal kena byr... so g jogging free ajer... utk diri sendiri kn...

jom2x!

Isi Hati Irina : Pissed Off!


If you think that good enough, pls mind yourself to think about others feeling. I'm not sure that you read this blog or not but i really piss me off.

I really don't know what actually in your mind right now. Please bear your mind that now you working with adult not a little child that need to guide and teach everytime. It's okay if you talk nicely to the person what you expect from them. But to act like you're the boss and giving some bulls***t instruction make the person more ignoring what you said.

Please also understand that others people have others job besides what you're doing. Don't expect the people there when you need them because they also have they own job to comply.

Since morning i only heard you're screaming to everybody and i hope you really know to talk nicely to other if you're seeking for their attention! This just an advise.

Totally no mood today!

Sunday, November 28, 2010

Isi Hati Irina: Soalan yang sama lagi! Kahwin? Sedikit tips!

Antara soalan-soalan yang biasa ditanya:

1. "bila nk kawen nie, umur dah berapa?"
2. "sudah-sudahla tue kumpul harta, kawen jerla.."
3. "kenapa nk fikir pasal harta, esok laki yang tanggung ko.."
4. "kawan-kawan kita semua dah kawen, ko bila lagi?"
5. "takkan adik dulu kot..."


hishh.... aku x tahu la kenapa aku ditanya soalan yang sama berulang kali... penat sgt nk jawab... sekarang nie aku nak bg tips bg orang-orang yang suka sgt tanya soalan "Bila nk kawen?" kepada orang yang belum berkahwin...

Antara punca-punca orang belum kahwin:

1. Br lepas putus cinta/tunang
2. Kejar kerjaya
3. Masalah keluarga
4. Kewangan
5. Tiada bf/gf
6. Tidak percaya/yakin dengan sesuatu perhubungan
7. Masalah peribadi

ada anda fikir atau cuba membayangkan jika anda di tempat dia? kalu dia br jer putus tunang/cinta, sudah pasti dia amat sensitif kalu orang asyik bertanyakan soalan yang sama.... orang yang belum kahwin nie ada masalah dia sendiri... so, jgn la asyik tanya soalan tue jer dan apa kata anda ubah persoalan anda tue kepada kata-kata nasihat atau sokongan seperti ini:

1. Insya-Allah nanti ada la jodoh untuk awak nanti...
2. Semoga dipermudahkan jodoh untuk awak..
3. Sabar banyak-banyak yea, mungkin dia memilih yang terbaik untuk awak...
4. Mungkin awak masih kurang sesuatu sebelum ditemukan dgn "dia"
5. Sebaik-baik Perancang adalah Allah SWT itu sendiri... 
6. Banyakkan berdoa semoga awak ditemukan dengan pasangan hidup yang awak...
7. Saya doakan awak akan bertemu dengan pasangan tepat untuk awak...

salahkah kalau kamu cakap begini kepada dia? orang akan rasa sedikit terharu jika awak cakap macam nie... bukannya dengan tuduh dia memilihla, nk kumpul harta la.... 

pasti dia ada alasan sendiri jika dia belum kahwin... jd jika kawan-kawan anda ada yang belum kahwin, silalah menjadi sedikit sensitif dan bagi sokongan pada dia... bukan membuatkan dia lemah semangat, stress, putus asa, sedih... 

pastinya saya juga tidak gemar untuk menjawab soalan ini lagi walaupun dari keluarga saya sendiri... sebab saya tidak lagi perlu mencari sebab kenapa saya belum berkahwin... 

Informasi: Jangan Ada Benci


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.

Isi Hati Irina: Semuanya tentang Melaka!

tentang persahabatan, penganiayaan, penikaman, cinta pertama, kasih-sayang, kesetiaan, cemburu, kekecewaan, kehampaan.... semuanya ada di melaka....


6 tahun berhijrah ke melaka utk sambung pengajian byk betul mengajar tentang....

sahabat yg baik, sahabat yg tikam dari belakang, sahabat yg menggunakan kita utk kesenangan diri dia, sahabat yg ada semasa sedih dan gembira, orang yg bersungguh2x dlm mendapatkan cintanya, cintanya tidak reti nk hargai, cinta yg pergi, kekecewaan yg berpanjangan..

bukannya mengenang... cuma bila berada di sana walaupun seketika terkenang semua kisah pahit manis di sana.... tp mood aku sgt tenang sebab aku mmg dah "deal with it". Alhamdulillah..

Alhamdulillah jugak berjaya mendapatkan segulung diploma + ijazah walaupun tanpa cinta itu... cuma sahabat yg baik masih kekal di hati smp bila2x.... sayang kamu semua.. 

semuanya tentang melaka....

Friday, November 26, 2010

Isi Hati Irina: Momelnye... nk kucing pulak...


dari kecik memang aku dibesarkan dengan kucing disekelilingku... maklumlah abah aku mmg suka kucing... pantang ade kucing mengiau depan rumah amek bg mandi n bg makan... penyayang kn? so turunla ke anak-anak dia yg mmg suka jugak dengan kucing... smp adik terkena asma sebab mungkin masa kecik2x dah kena bulu kucing kot... lahir jer ada kucing kat sebelah... 

disebabkan semua org akan tag saya gambaq kucing or video kucing yang cute miut... so sekarang nie nk request kucing... rasa-rasanya pernah x orang hadiahkan kucing sebagai hadiah utk org kawen? idea2x nie... hehehe... 

~I LOVE CAT~
~SAYA SAYANG KUCING~

Isi Hati Irina : Nak Bunga!


Nak bunga! seronok kn tetiba jer secret admire hantaq bunga! haha... tahun nie dapat sekali masa valentine.. masih x tahu sape yang bg.. bg la lagi len kali yea...

Thursday, November 25, 2010

Informasi: 60 Petua Mendapatkan Pasangan


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Isi Hati Irina: Bukan aku tak cinta...



hari nie touching sikit sebab lelaki pertama yang aku kenal rapat, aku sayang, menjadi sahabat yang terbaik di kala susah dan senang call aku semula... itu pun lepas aku hantaq msg kat dia... dia adalah 1st love aku... dia sgt2x baik... tp dia dah kahwin... speechless....


teringat zaman sekolah dulu... aku memang x pernah ade bf masa sekolah dulu.. yela kita comot kn sape yang nk... tp sekarang pon comot jugak kn... then ade kwn rapat adik aku nie blaja kat satu sekolah yg agak femes kat png... dia tanya la aku xde bf ke? then dia bg nama budak nie... abg senior katanya... so br berutus surat la nie... pakai posmen dia jerla... haha... masa tue rasanya dah form 5... so xde la nk serius sgt sebab kepala otak dok tumpu spm kn..


then abis jer spm, aku stay umah jer sebab jd babysitter utk adik aku yg br 6 bulan... bgs kn... dan slalu dia akan call rumah aku bila parent aku xde umah... parent aku dua-dua keje... so dari 8-5 tue memang nanti bergayut la... mana leh jumpa lagi... rancang nk jumpa masa 14 hb tp dia demam masa tue... so tertunda la hajat... then rancang nk jumpa masa result spm kuar dan kebetulan pulak birthday aku... surprise sgt! so akan dapat hadiah la skali kn?neves sgt nie sebab x penah deting... dia penah bg gambaq (smp skg aku simpan..) memang ade rupa la.. (x nk kata hensem...)...


masa ditunggu-tunggu..... tiba la hari kejadian, aku janji nk jumpa kat tempat yg paling senang nk jumpa... salah sebuah tempat agak femes jugak ketika itu utk deting... dan kami memilih utk berjumpa di kedai buku... masa ni xde henpon... so dah gtaw awal2x la tempat dan masa n pakai bj apa (bj kurung okay..).... so kena punctual la.... masa amek result otak dah ke lain dah... result lak cam hampeh.. tp bersyukur jugak la lulus kn... punya nk g jumpa dia, smp x call abah aku bg taw result (blk umah cam biasa kena marah la...haha) then masa jumpa mmg neves... 


aku masuk kedai buku n buat2x cam tgk barang la... then nmpk sum1 cam dia masuk ke kedai buku tapi dlm hati "hish, dia mana pakai spec, sebb dlm pic tue x pakai pun.." then dia tegur nama aku... alamak malunye... mmg betul la... ala nape pakai spec cam x ensem la.. then dia hulur hadiah besday... (aku smpan mana ek..) then jd cam gelabah jer.... x penah deting nie.. 1st time deting masa cukup umur 18 tahun... wah...


then ckp 2 3 patah ajer diam... masa makan, jln2x... diam ajer.. haha... then dia memang suka sgt ngan backstreetby.. masa nie mmg semua kaset dia beli okay... mahal tuh sanggup beli... aku kena smp umah b4 parent aku smp umah so kena blk awalla sebab perjlnan ke rumah aku mengambil masa lebih sejam... dia nek kete parent dia kot... suka ati jer xde lesen... ish2x.. aku nek bus jerla... hehe


itulah kali pertama aku kenal lelaki dan sgt rapat... then lepas result jer kami dapat sambung belajar.... saban minggu berutus surat dan dlm setiap surat tue mesti dia akan dedicatekan satu lagu utk aku.. dia akan tulis lirik... best sgt... yela aku di selatan dia di utagha... then x lama pastu aku ade lamaran utk di jdkan gf... so b4 aku buat kptsn  aku tanya dia dl tp dia mcm x bg feedback apa2x.. itula kn ego seorang lelaki... tp dlm semua surat boley nmpk yg dia mmg syg ngan aku.... tp aku buat pilihan utk memilih yg aku boley nmpk hari-hari... yg selepas 4 thn berkubur jugak...


aku lost contact ngan dia.... 


aku ada alamat umah dia sbb dl masa sekolah dok hantar surat ke sana... sanggup cari blk lepas putus nie... dia bls blk.. yeay! jumpa blk after 5 or 6 yr... then kita org juz rapat as fren... senang sgt nk citer masalah kat dia... sebab dia slalu bg semangat kat aku...


dia br kawen last 2 year masa aku dpt tawaran bekerja kat cni... dah memiliki satu cahaya mata perempuan yg dinamakan seakan namaku... aku redha... aku tidak sekali-kali meruntuhkan masjid yg telah dibina dan menjadi orang ketiga... cuma aku harapkan kawan sepertinya lagi.... saya berharap awak bahagia bersama keluarga awak...


lagu yg menjadi favorite dia bg kat aku, "It Gonna Be Me!" by Nsync

Informasi: Ego Aset Penting Lelaki!


Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri Antaran itu, tidak hairanlah  kalau  sebut  sahaja ego, serta-merta muncullah   wajah   mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang  begitu  ego  di  tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat  besar.  Tetapi, apabila  berada  di  rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya.

Menurut     kaunselor berdaftar,Hushim Salleh,  setiap  individu memiliki   egonya   sendiri sama ada dia lelaki ataupun     perempuan.Walau    bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu  berbeza-beza  antara satu sama lain. Kata beliau lagi,  konsep ego sebenarnya  melibatkan  keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya  apabila  seseorang  lelaki itu  mempunyai  sifat  tersebut, dia  akan  berasa  dirinya  melebihi  orang  lain.  Selain  itu,  dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat    dan    pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak  membantah  dan menentang.
“Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.  Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang  dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim. Ego    lelaki    biasanya    akan menjadi lebih ketara apabila dia  berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana   lelaki   sentiasa   berfikir yang  mereka  lebih  tinggi,  hebat, berkuasa dan kuat berbanding  wanita.  Lantaran  itu,  bagi  mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka.

“Lelaki    biasanya    mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya   kepada golongan perempuan.  Inilah  yang  membentuk ego. Memandangkan dia   menganggap   lelaki sebagai  pemimpin  dan ketua,   jadi   apa   sahaja  yang  dia  buat mesti   lebih   daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting  dalam  diri  kalangan  lelaki bergelar pemimpin.



p/s: It's good to read and know... it's a learning proses for us..

Amalan dan doa bagi dipermudahkan bertemu jodoh

Semoga dipermudahkan jodoh untukku Ya Allah...


Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…

1.  Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)
Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)
Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:
“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”

2.  Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :
“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”
Ertinya:
“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”

3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.
“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”
Ertinya:
Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.

4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74
Yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”

5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.

8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Sumber: http://setelkahwin.com/blog/amalan-dan-doa-bagi-dipermudahkan-bertemu-jodoh/
Pesanan dari penulis blog tesebut: Kompilasi doa serta amalan di atas telah dirujuk daripada pelbagai laman web dan blog di Internet. Penulis memohon maaf jika ada yang tersilap dan penulis juga berharap agar para pembaca juga dapat ‘contribute’ mana-mana doa/amalan mencari jodoh buat tatapan semua. Terima kasih.

Wednesday, November 24, 2010

Isi Hati Irina: 10 sebab kenapa aku tak kawen lagi!

Ha, lama x jumpa? Dah kawen ke?

Eh, Si polan nak kawen ngan si Polan, ko bila lagi?

Jemput lah datang kenduri saya ye, awak bila lagi?

Hah, adik sudah, kakaknya bila lagi?


Naik berbulu dengaq soalan-soalan cepumas nie... rasa macam nk lari jauh-jauh jer.. tangan dah isi borang transfer nie. Sabah or Sarawak cukup jauh x? Nak g Overthesea, org kat sana belum habis kontrak lagi... kalu x memang dah lama mintak. okay nk menjawab nih! Baca ye sebab saya x bercakap camne nk dengar kn? Lepas nie kalu tanya lagi sila copy paste kn ke wall anda! Antara sebab-sebabnya:

1. Jodoh belum sampai lagi... senang cakap belum sampai seru lagi la... Allah SWT Maha Mengetahui...

2. Banyak kali terjumpa orang yang salah... aku pernah dengar ayat nie.. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik
pemberian tersebut.


3. Tidak bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan yang kukuh... penting dalam kehidupan sekarang nie... sebab banyak yg berpisah disebabkan masalah-masalah ini... mungkin orang kata, "ala apa ko susah, sok ko kawen laki ko la tanggung semua rumah, household, semua perbelanjaan harian" dari segi yang aku nampak macam dunia dah terbalik dah... aku x nk ckp byk2x.. sebab yela aku belum mengalami nya.. so preventive is better than cure... dah mcm penyakit pulak kn..

4. Memilih... bab nie bukan menjadi keutamaan... sama jugak mcm lelaki nk perempuan yang supaya nanti keturunan akan jadi baik-baik.. Insya-Allah... Memang nk cari pembimbing, yang stabil dari segi kewangan dan paras rupa bukanlah perkara yang utama kalu dia benar-benar ikhlas dan pandai ambil hati...

5. Nak elak maksiat kot. Yang nie x mo komen lebih-lebih la... sebab keluar berdua pun boleh menimbulkan syak apatah lagi kalu memang ada hubungan kan... sejarah tetap menjadi sejarah... tiada sejarah tiadalah kita hari ini...

6. Belum cukup bersedia dari segi ilmu di dada... perubahan mengambil masa kan? bukan mudah untuk mengambil keputusan untuk berubah.... buat apa kalu berubah dari segi fizikal tapi di dasar hati tidak ikhlas dan buat hanya untuk mengaburi mata orang... kita berubah sebab diri kita bukan sebab orang yang nk mengubah kita untuk menjadi seperti dia idamkan... so, kalau betul dia ikhlas dia akan terima kita seadanya...

7. Perangai yang susah nk ubah, Panas baran, kepala angin , hypersensitive, kuat cemburu... yang nie memang aku mengaku yang ada sifat macam nie.. buat apa nk malu.. buat apa nk menafikan... kadang-kadang kita perlu mengaku sebelum nk cari cara untuk menjadi lebih baik... Aku memang sedang berusaha dengan keras untuk meminimakan seterusnya membuang sifat-sifat ini...

8. Terlalu banyak perancangan buat masa sekarang seperti nk tukar keje lah, minta kerja lain, nk sambung belajar... bila banyak sangat benda difikirkan jadi macam x boleh nk fikir lagi bila nk kawen... nk cari bf pown x sempat...

9. Aku x cantik kot... aku selalu rasa aku x cantik walaupun Allah SWT telah menciptakan manusia dengan sempurna... Aku patut bersyukur.. Alhamdulillah aku dilahirkan dengan sempurna.. mungkin aku masih kurang keyakinan diri kot.. sekarang nie aku tgh mencuba untuk mencari keyakinan diri sendiri.. yang penting sayang diri sendiri dulu... br orang akan sayang kita...

10. Aku sangat pemalu sebenarnya bila berhadapan dengan kaum adam sebenarnya... sebab tue aku akan mengelak kalu orang nk jumpa, blind date la kiranya, or kalu ada orang yang bg number berkenalan mesti aku kata salah number dan marah-marah sape yang bg number tue... habis camne nk jumpe mr. right?

Mungkin betulla aku belum jumpa lagi jodoh aku lagi... kita akan tahu kan bila kita dah bertemu dengan dia... Apa sign yang kita tahu dia memang adalah jodoh kita? So, kalu ada soalan-soalan cepumas nie lagi saya rasa saya dah menjawab kot.. patutnya banyak lagi... tp cukup lah setakat tue... kuat rasanya reason aku nie... kalu ade kemusykilan sila bertanya kepada tuan punya diri yea.. jangan buat spekulasi bukan-bukan...

lagu tema: Apa nk jadi SM Salim.. credit to the bunny... hehe

How to create blog? It's Easy!

1 . Create gmail account. www.gmail.com.
2. After success create your gmail account click to www.blogger.com.
3. “Get started “ menu
4.  Then after fill in email , password , what name you like to be appear , verification, click at Acceptance of Terms then click at CONTINUE.
Pls do check the availablitity of your blog address by click at Check Availability.
5. Then the interface will show like this. Then you choose your own template that you like.
6. After you choose template, you already can start blogging.
If you still can't understand, you can check out in youtube. The will show you how to make blog step by step.
It's easy with blogging...

Isi Hati Irina: I'm not in mood.. meletup kejap!

Meletup! POM!!!

memang la orang kata kalu hati dah xde nk buat keje, buat keje apa pun x jadi.. rasa nk marah jer.. benci betoi... dah tue orang tgh mood x okay dok tanya kenapa kenapa kenapa... diam boley x until orang dah sejuk sket n nk citer.. dah kenal aku lama pon x paham lagi perangai aku yang hangin x tentu pasal nie...

aku sgt x suka org menyibuk sebab aku pon x suka menyibuk hal orang len okay.. utk apa yg aku taw aku simpan ja.. cuma kalu ada berkait rapat dengan diri aku saja aku amek tahu... kalu x mampuih la korang nk jd apa pun.. sebab bagi aku semua org ada hak privacy dia sendiri.. kalu dia nk cerita biar jer dia cerita sendiri..

teringat lak aku dl ade sorang minah nie takut aku rampas laki dia... siap tuduh aku macam-macam... x sedar diri betul dah la awak tue tgh mengandung patutnya cakap la benda yang baik-baik... nie dok main tuduh ja... ingat sket yea apa yang kita kata sekarang semua akan datang balik kat kita masa hadapan.. kalu saya nk jd perampas saya x payah tunggu awak kawen ngan dia.. skg pun boleh la... payah betoi manusia nie..

memang hidup aku nie penuh dengan kesedihan dan kekecewaan yang berturutan... sebab tu aku jd sgt berangin, x stabil, mood berubah-ubah, cepat kecewa dan macam-macam lagi... benci sgt apa yang aku tgh buat sekarang nie...

aku x harapkan orang faham aku cuma tlg la sesekali tuh jgn tanya kalu org di ambang gunung merapi! hah! puas dapat lepas nie...

Followers