Thursday, January 13, 2011

Irina berkongsi: Warna boleh membantu bila sakit kepala??? Hah rugi x baca...



Share sket yea...


Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk? Tahukah anda bahawa warna mampu menyelesaikan masalah tersebut. 

MENGHILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA - WARNA MERAH 
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin. 

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA - WARNA BIRU 
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. 
Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan mengurangkan rasa tegang. 

MENYELAKKAN INSOMNIA - WARNA MERAH JAMBU 
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna merah jambu. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik... 

CERIAKAN MOOD ANDA - WARNA JINGGA 
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yg berwarna jingga. 
Insyaallah, pasti mood anda akan berubah. 

LENYAPKAN KELETIHAN - WARNA HIJAU 
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa warna hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni dalam badan. 


Selamat mencuba!!

Sumber : Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia

2 comments:

  1. bilik saye kale pink!!
    partition opis kale hijau!!
    bju saye bnk kale oren!!
    phone saye kale merah!!
    dairy saye kale biru!!
    haaaaaaaa... complete!! hehehehhee

    ReplyDelete
  2. nanti saya nk kaler bilik saya kaler pink jugak! pastu semua dlm bilik tue saya nk cat kaler pink.. pastu semua barang dlm bilik juga kaler pink.. boley? hehe

    ReplyDelete

Followers