Assalamualaikum,
Okay kite janji nk update kn? So, nk update semalam tanya MH mana nk cari air kelapa muda fresh. Tak nak yang dah campur air gula. Eh demand pulak MW nie kn? Hahaha.
Orang cakap bagus minum ayaq kelapa muda nie untuk pregnant ladies. Nanti i letak kebaikan dia. Tp kebanyakkan cakap x elok untuk early pregnancy sebab takut miscariage. Tp untuk di akhir-akhir kehamilan memang elok sgt.
1. Elektrolit
Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium , potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan mempunyai elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.
Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain. Dehidrasi selama kehamilan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram , edema dan bahkan kontraksi yang boleh menyebabkan persalinan prematur.
2. Diuretik
Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah jangkitan saluran kencing - yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.
3. Anti Penyakit
Air kelapa muda mengandungi asam lauric, asid yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan mempunyai ciri-ciri antijamur, antibakteria dan antivirus sehingga menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteria klamidia dan heliokobater.
4. Membantu Pencernaan
Air kelapa juga dipercayai memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta menghasilkan hormon progesteron yang melambatkan kontraksi otot perut sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa boleh membantu meningkatkan kelajuan pencernaan.
5. Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut penyelidikan dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.
Apabila anda tidak boleh mendapatkan air kelapa yang segar, kini telah tersedia air kelapa segera yang terjual di pasaraya. Juga terdapat produk2 kesihatan berunsurkan kelapa,contoh nya seperti kelapa dara. Minyak kelapa dara yang melalui proses penapisan tanpa haba juga dipercayai mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan jika diamalkan.
For those yang tgh pregnant boleh la amalkan air kelapa bila di akhir 3rd trimester. :)
Hasilnya,
Nie semua kopek live okay!
Nama kedai!
Nie yg dah siap kopek. Isi dia sgt banyak!
Sila jgn fokus perempuan polkadot ye, tue cina depan dia pon makan isi kelapa dengan kusyuknya.
Tue nampak tak dia dok pegang sabut kelapa. Yg berbaju jean biru tue MH saya! :P
Kata dia LAGU MANA PON UNTUK BINI! Hahahaha..
Dia pon tapau kelapa laut yang rupanya makan isi ja x dak ayaq. Buah kecik-kecik ja. Tp isi manis. :)
Okay cuba amalkan air kelapa muda untuk AS sayang mama nie.
Okay next nk apa pulak? Muahaha.
Sekian dulu la, japg kalau rajin kite update lagi.
Love Love Love
Irina
No comments:
Post a Comment