Monday, August 3, 2015

Kedai Air-Conditioner di Penang: DAEBAK!!

Assalamualaikum,

Kisahnya dah lama ekon keta aku rosak. Bila p cek depa kata kompressor rosak kena tukar semua dekat RM1.3k. Tue pon rekon. Kalau ori mau jejak 3k.

So berbulan-bulan la aku macam cacing kepanasan tatkala cuaca panas dan bermandikan air hujan. 

Ada sorang staf aku bapak dia pomen keta jadi dia yang suggest p kat kedai nie. Nama kedai i lupa tapi dekat sebelah MBS , Jalan Dato Keramat. Nin dia aku tunjuk location terus senang p tuju kat dia.



So, aku sampai ja suruh dia cek semua. Then sebab kedai lain kata kompressor aku rosak aku tanyala dia kalau nk tukar berapa... then dia cek kata x rosalk la u punya ekon. 

Cuma paip ekon bocor u mai tengok nie...

Then dia explain la itu ini n semua mak nenek macam la aku paham. Tapi aku hormat org tua jadi buat2 la macam paham. 

Then aku tanya kalau mau tukar mahal ka? Then dia tanya mau ori ka local? Kalau local 80 saja, kalau orang seratuih lebey... haaaa.... murah la kn? Dari aku nk kena beribu kn?

Kalau tahu lama dah aku buat... Hampeh betui penipu2 tuh semua. Makan untung saja.

Then nk jadi citer tetiba sorang apek nie(kawan apek yg buat ekon aku) perasan tayar aku pancit. Lahai aku baru ja balik dari ofis aku kot. Isk naik turun bukit dengan tayar pancit???

Dan aku baru taw yg depa bg tayar celup kat aku. What the!!!!!

Then abis semua dan apek tadi tolong tukaq tayar spare (tak pernah aku guna selama aku pakai kereta nie, jadi 1st time dia kuaq dari gua).

Then cakap terima kasih walaupun apek td bg diskaun sebab kenai kawan dia yg suggest kedai dia tuh aku bg jugak balik. Sebab x kan x amek upah langsung kn?

Baiknya lahaiiii...

Then p kuaq sikit duit terus p kedai tayar kat Dato keramat tengah2 antara CIMB & Public Bank. (depan Shell). Memang sempit sikit. Tapi seriusly apek tuh pun baik juga. Dia bg diskaun tayar Dunlop 14' RM160.00/satu. then serap kos GST dan free balancing. Cuma dia cas RM20 untuk alignment. 

DAEBAK!!!

So total kos:

1. Air-Con (paip bocoq) + Gas = RM200.00
2. Tayar (2 bijik) = RM366.00 termasuk GST.

So selamatlah MyMucuk beraya sebanyak RM566.00. Buah hati pengarang jantung kn?

So, Boleh la p kedai yg aku suggest sebab depa xde nk suggest tukaq merepek2 yang memang confirm hampa kena ketuk kaw-kaw. Yelah kaum wanita yg serba lemah nie selalu diketuk kaw-kaw sebab semua benda x taw kn?

Jadi, bersyukurlah ada lagi insan yang jujur dan baik hati nie walaupun berlainan bangsa dan agama.

Sekian dulu,

Wslm.

Irina

Monday, July 27, 2015

Puteri's Weekend OOTD

Assalamualaikum,

Okay sayang mama terpaksa share gambar kat sini sebab abah 'ya' suka p delete abis gambaq. Nk copy p move abis semua... Abis gambaq raya yg mama dah tangkap tuh... 






Ahmad's Clan Family Photo 2015

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak amek gambaq satu family.

Nie pon amek gambaq 2nd day raya sebab kami turn Penang dulu. 

Okay i oll lari tema sebabnya sebenarnya theme adalah Hijau Zamrud dan kebanyakkan dah pakai on 1st day raya. Cuma Adikku Anis jer pakai tema sebenar. 

Yang lain baru balik dari p hantar rombongan meminang cousin jadi tema depa turcoise gitew.. Jadi ai pakai jer color apa yg ada. Hahaha

Dari kiri depan:

Echah (2nd), Abah, Mama, Solehin(Bongsu)

Dari kiri belakang:

Faiz(BIL), Fahril Arrian(Anak menakan), Anis (4th) , Hadi (3rd),  Maryam (Anak menakan), Adilah (SIL), Fasya (Suamiku), Ameera Safiyya (Puteriku) & Diriku yang serba merah. 


Clean n nice sgt! By the way i pakai lipstik adik ai tue yg merah sama color baju. Ala lipstik mungil fasha sandha tuh... :P

Okay la nanti upload gambar lain skit2. Open house dan outing ye.

Love you all.

Irina

Thursday, July 23, 2015

Puteri OOTD Aidilfitri 2015

Assalamualaikum,

Tahun nie raya hijau jugak sebab mak menakan nk kaler tuh jugak. So beli baju nie kat pasar kemboja hari tuh. RM35 jer. Tahun depan pon boleh pakai lagi sebab labuh.


Nie baju nk balik kampung masa raya kedua.


Semuanya untuk dia...

Okayla... Hari dah mai keja jadi thursday blues kejap...

Bye, wslm.

Wednesday, July 1, 2015

Bebel Sat!

Assalamualaikum,

Haih lamanya rasa tak membebel nie. Yela bulan posa nk bebel lebih2 satg batai posa. Tapi ada kalanya tersgtlah penat dan terkeluar jugak ayat bebelan tuh.

1st afterall selesainya Expo Borong Kemboja pada minggu lepas. Lega jap walaupun diduga dengan pelbagai masalah. Ada orang nk mogok la, ada repot MPPP la, satg MPPP bawak bala tentera nk mengkompaun gerai la, yg melayu sesama x puas hati la, yang peniaga pon ntah la macam x dak kesedaran sivik.

Okay kita cakap rasional la. Tong sampah dah sedia banyakkkkkkkk tapi depa nk buang jugak dalam longkang, kalau depa longgok semua setempat x pa, belambak buang dalam longkang. Nasib la bulan posa kalau x posa lagi teruk la kot. Haih pastu kalau nk guna kemudahan seperti Pusat Islam sebagai tempat rehat x dak masalah, nie orang dok solat/baca Al-Quran depa dok sembang punya kuat siap sila panggung lagi(ala naik kaki tang ataih tue, dlu org kata jgn buat nanti mak mati dlu). Pastu org dah ramai nk buat aktiviti dalam surau tuh depa bantai tdoq mengeroh lagi. haih la.

Ntah la kita kadang p tempat orang nie cuba la jaga ada dan tatasusila, esok2 orang jemput lagi. Dah kalau macam gitu la caranya haih nk buat lepas nie pon berfikir byk kali.

Lepas jer abis program tu, mai pagi2 terkejut tengok sampah penuh satu tempat tuh. Haih la.

Ntah la kalau dari rumah kita dah diajar jgn buang merata, pembersih kat mana2 pon kita akan buat mcm tuh. Anyway bukan peniaga semua tuh saja pengotoq hat mai beli pon sama sebab kat parking kereta belambak sampah. Depa nie x taw adat ka mai rumah orang bagi kotoq segala?

Ntah la, cuma nk kata camni lah, andai kata orang mai umah kita pastu p buang pampers tisu semua depan umah kita or celek taik idung boh celah2 sofa hampa marah dak?

Macam tuh lah aku feel sekarang nie.

Ingat bulan posa nie tak la teruk isu sampah dan pengotoq nie. Haihla.

Then balik umah masa bulan posa nie paling menguji tahap kesabaran aku. Yela sampai pon dekat 6 lebih then dengan ramai la umat termasuk budak sekolah petang. Hat tua sama perangai yang muda. yang kita depan lif (anyway dah tunggu lif kosong kali kedua) depa tolak nk sumbat masuk depa dulu. Sama la makcik ka budak ka.

Ikut ja hati nk sound tp yela tahan jerla. Tapi kadang terlepas la jugak. Sabaq la OI! Jangan la TOLAK OI! Isk sabar la semua posa kot. Dah hampa mai lambat bagi la orang masuk dlu dengan beg2 dgn dukung anak. Haih!

Abis la posa aku arini. Dok geram ngan bos aku sama nie. Dengan nk buat repot utk meeting, nk sudit EKSA (br semua buat semalam), Kuliah Dhuha dan Masak bubuq lambuk hari nie jugak. Jenuh.

Okay la selesai bebel utk today. Bebel adalah terapi orang macam aku supaya lebih tenang di hari2 yg mendatang.

Okay daa...

Sekian, Wslm

Makcik

Thursday, June 25, 2015

Sekarang Aku Percaya: Return Policy By Lazada :)

Assalamualaikum,

Hari nie aku nk review sikit perkhidmatan yang diberikan oleh lazada. Customer services memang tiptop.

Okay kisahnya aku beli 3 charger samsung hi-speed yang memang harganya murah dari lazada pada 9 Jun 2015 dan dapat barang pada 11 Jun 2015. Okayla kn 3 hari.

Then salah sorang nk mencuba charger yang baru dibeli. Baru pasang dan bukak suis alih-alih "Tupppppp!!!" Uish meletup ko!

Hitam terus suis dan charger tuh.

Then aku bertindak untuk ambil gambar dan buat aduan kat Lazada dan tak sampai 10 minit aduan aku dah ada reply dr Lazada.

Dia suruh aku hantar charger tue semua p balik kat depa utk depa buat quality checkup. Then bg return policy.

Okay kronologi selepas confirm beli jadi dia akan hantar email yang barang kita dah dihantar menggunakan apa dan bagi tracking number.

1. 10 Jun 2015 
Email notification dan hantar barang.


2. 11 Jun 2015 
Lepas dapat kawan aku try pakai charger dan meletup jadi aku terus logged aduan kat laman web lazada.com. dan dapat email nie beserta aduan aku.


3. 11 Jun 2015
Selang beberapa minit dapat email kata barang dah well-received. Yup mmg dah terima.


4. 11 Jun 2015 
Tak sampai pun sejam dah ada reply dari customer service dia. Suh hantar balik barang tuh p HQ depa dan isi borang return back policy dalam tempoh 14 hari.


5. 19 Jun 2015
Barang kami pos dah selamat diterima di HQ Lazada.com.my


6. 22 Jun 2015
Duit telah dicreditkan semula ke dalam akaun.


7. 24 Jun 2015
Duit akhirnya dah ada dalam akaun.


So, now i believe in cash back guarantee and return back policy! Yeay!

Syukur Alhamdulillah semuanya berlaku tak sampai 14 hari pon. :)

Monday, June 22, 2015

Ekspo Borong Kemboja @ Politeknik Balik Pulau


Assalamualaikum,

Usaha yang hampir tak sampai 2 minggu bakal membuahkan hasil.

Alhamduillah Politeknik Balik Pulau akan menganjurkan Pasar Kemboja bersama penganjur Ekspo Pasar Kemboja yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Jun 2015.

Makcik pulak yg nervous nie. Hopefully semua berjalan lancar dan makcik pon mampu shopping dengan hati yang tenang.

Okay, jangan lupa mai na... 

Sekian, Wslm.

Makcik I

Wednesday, June 17, 2015

Post ini Didedikasikan Untuk Abah Puteri

Assalamualaikum,

Pagi-pagi mai office tetiba masuk chat "Tup!"

"Salam Mama.... Meera naik kapal terbang..."

Abah dia pepagi nie pandai no bg mama dia tersenyum simpul... Tengok gambaq anak kn? Mesti la ngenyeh sampai telinga...

Abah tengah melayan anak main sementara mak dia p beli ice-cream kat McD.







Bila anak happy jadi mesti balik rumah x meragam dan cepat lena.

So, weekend je mampu nak oiii nk layan awak mcm princess macam nie. Yela makpak dedua travel jauh p keja. 

Semoga menjadi anak yg solehah dan bijak yea. 

Sekian, Wslm

Apa yang dicari lagi?

Assalamualaikum,

Semalam buat aku terfikir, kenapa orang dah berkahwin mencari balik orang yang mereka pernah kecewakan?

Yelah for me just teruskan hidup macam biasa tanpa ambil kisah sgt life orang lain kn? Kenapa nk bezakan ke life hampa lebih baik dari orang tuh? Kadang dok pikiaq jugak depa nie cari apa sebenarnya?

Okay alasan nk minta maaf atas semua keterlanjuran perbuatan, kata semua memang xde masalah. Rasanya kalau pasangan sendiri baca pon tiada isu akan diperdebatkan. Betul?? Nie lepas berchat semua confirm lah delete kn takut pasangan hampa baca kn? Jadi apa sepatutnya kalau nk keep chatting? Tanya benda berfaedah jer la kn?

Nie sampai mengungkit kisah lama, cerita semua balik dah kenapa? Why not simpan jer dlm sd card or memory yg boleh dikeluarkan dari otak tuh. Or pelan2 delete jer semua atas kebahagiaan dengan pasangan masing-masing.

Di sini tiada yang perasan or nk salahkan sesiapa. Sebab tiada sesiapa pon yg bersalah sekiranya sesuatu perhubungan tuh tak kesampaian. Mesti tiada jodoh jadi redha jerla. Yela kecewa tetap kecewa sebagai manusia yang normal kn?

So, kita nie tak payah nk rasa diri kita nie bagus sgt sebab sememangnya ada orang lagi buat bagus dari kita kn?

Jadi, kepada ex-ex tuh x payah sangat nk menyibuk hal rumahtangga orang lain. Takat nk stalk dalam laman sosial silakan kalau x di'block'!

Simple as ABC kn? Tak suka orang luar ambil tahu pasal perkembangan kita just privatekan or block saja. Tak payah ambil pusing nk fikir teruk-teruk.

Or else tak payah kongsi langsung pasal life story hampa kat laman sosial kalau x mau org amek tau lagi mudah.

That's it my explanation about it! Just stop it!

Or else ignore it.

Sekian, Wslm

Makcik bebel lagi

Tuesday, June 16, 2015

Mencari Jodoh

Assalamualaikum,

Diharapkan semuanya sihat sejahtera sebelum menjalani ibadah puasa yang x sampai 3 hari lagi nie.

Baru-baru nie tertengok satu rancangan realiti TV di mana pasangan yang berjaya akan dapat tajaan perkahwinan exclusive di samping hadiah2 yang sgt banyak. Tp x pernah ikut pon rancangan tuh. Cuma kebetulan mlm tuh x banyak cerita yang syok jd bukak lah siaran langsung tuh.

Wow! Pasangan nie memang mampu membuatkan air mata sesiapa pon berlinang. Rupanya yg menang tuh adalah pasangan penternak lembu/oku(cacat pendengaran dan percakapan). T_T

Dah kedua-duanya anak yatim kehilangan ibu. Sedih sgt!

Then, bila time akad nikah nmpk malu-malu si pengantin lelaki (tak teruja kata nk kawen sgt!). Both of them saling melengkapi.

Pelamin, baju dan decoration memang nmpk mewah sgt.

Hampa search la sendiri #syawalfiqa pastinya bergenang ayaq mata bila taw kisah depa nie.

Berbalik soal jodoh. Jodoh nie walaupun kita berkawan, bercinta, berkasih, bertunang, berkahwin atau apa2 sahaja lah sekiranya memang bukan jodoh kita perhubungan kita selalunya terputus di pertengahan jalan.

Tak kisah la penyebabnya orang ketiga ka, curang ka, mati ka or apa2 jer penyebabnya. Sebab tuh kita kena percaya Qada dan Qadar.

Aku juga pernah dapat sindrom patah hari selepas beberapa siri kekecewaan dalam percintaan dan perhubungan atas dasar suka sama suka. Bila difikirkan semula mungkin masa tuh kurang matang dan seringkali aku fikirkan sekiranya aku clash dengan dia sapa nk kawan dengan aku lagi. Seolah2 tiada lagi orang nk kalau dia putus dengan aku. Wow! Itu fikiran keanak-anakan.

Hebatnya perasaan bercinta nie seolah2 tiada orang yang lebih baik selain dia. Huh!

So, rasanya soal jodoh nie kita serahlah kepada Dia. Dia yg lebih Mengetahui. Kita sekadar berusaha dan jangan sampai menunggu sahaja.

Sekadar tips:

1. Kerap2 hadir di Reunion sekolah, kolej, dsb.

2. Jadi peramah tapi jangan kepochi sgt or mami jarum.

3. Jangan terlalu cerita pasal hal diri sendiri (macam nak tunjuk yang aku pandai itu, aku ada ini dsb)

4. Rajin2 la sembang dalam group whatsap pasal berita terkini (yg nmpk awak tuh cerdik dan berakal)

5. Update fb konon macam diri tuh bagus sgt tuh takmo takmo (kadang laki or pompuan nie jadi meluat)

Jadi, selamat berjaya untuk mencari jodoh yea. Kita nie saling melengkapi kalau dia pandai kita mungkin kurang sikit, kalau kita kerja bagus mungkin dia kerja biasa-biasa, kalau dia miskin harta mungkin kita banyak harta untuk dikongsikan bersama.

Ikat di laut Asam di darat, dalam periuk bertemu jua.

Jodoh kita ada di mana-mana tp jangan la pulak sampai desperado. Insya-Allah ada yg terbaik Allah SWT pasangkan untuk kita nanti.

Selamat berjaya.

Sekian, Wslm

Makcik lagi...

Followers