Friday, September 2, 2016

Hi...

Assalamualaikum semua,

Saja la mai bersihkan sawang labah-labah yang penuh sampai x nampak jalan.

Anyway ada few benda nk cerita kalau rajin nanti buat satu satu post.

1st nak share yang tahun nie dapat APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. Nie kira macam anugerah bagi pekerja2 yang menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi dlm perkhidmatan awam la. Alhamdulillah. Anyway xdela macam wow sgt aku buat kerja myb rezeki sama dan kerja hampir 8 tahun dlm sektor awam nie. Zaman parent aku dulu kena tunggu dekat 20 tahun baru nk dapat. Aku tetap bersyukur dan percaya kepada rezeki.

2nd lepas raya puasa baru nie kami dikejutkan mama pengsan dan koma. Darah tinggi yang menyebabkan pembuluh darah di otak mama pecah menyebabkan mama koma dan terpaksa emergency operate selama 8 jam di Hosp Ipoh. Di mana kami adik beradik semua berkampung kat sana. 4 hari baru mama sedar dan alhamdulillah hari ke6 dan pindah wad dari ICU ke wad biasa. Then buat  2nd operate leher sebab oksigen dan memudahkan sedut kahak. Then hampir 2 week baru buat 3rd operation untuk buat saluran dari otak terus ke perut. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.

Now recovery proses. Mama still minum susu ikut tiub yg masih ada kat hidung terus ke perut sebab leher belum baik sepenuhnya. Nk makan masih tersekat. Tp memang dah boleh berjalan, bercakap, semua dah boleh buat sendiri. Abah siap buat jadual minum susu/ubat dalam reminder dan lekat kat dinding ala2 mcm jadual sekolah. Syukur Alhamdulillah.

Kalau tgk ig personal dan fb personal aku tahu lah betapa huru hara nya hidup aku masa tu. Yela tak pernah mama masuk hospital kot. Suddenly kena terus teruk mcm nie. Alhamdulillah aku bersyukur sgt diberikan abah yang sgt supportive dalam menjaga mama. Husband yang memahami tatkala kena tinggalkan depa anak beranak untuk jaga mama di Ipoh. Adik2 yang banyak berkorban masa dan wang ringgit untuk gilir-gilir jaga mama. Mama memang sgt bertuah okay.

So, buat masa nie itu jerla yg aku nk update. Nanti kalau aku rajin aku buat entry lain ye.

Thanks guys,
Irina

Monday, April 25, 2016

Radiator Meletup POMMM!

Assalamualaikum...

Hari khamis lepas radiator meletup masa otw balik pickup pak in law balik rumah dari hospital (Anyway dia kerja di GH).

Tengah2 bawa kereta tetiba aircon slow jadi sebab El Nino kn jadi bukak la nombor 4. Then tetiba bunyi POM! Tapi ingat terlanggar something then okay la... Dalam beberapa saat asap mula berkepul2 keluar dari bonet. Ohoi pak in law suh la berenti ke tepi. Masalahnya dok kat simpang mana tepinya. Kereta dah mula hon hon.

Dalam mengigil gagahkan jugak bawak balik sampai rumah. Biarla nk jadi apa pon janji sampai rumah yang kurang 500meter dari pintu hospital.

Then elok jer parking En Fasya pon sampai dan mula la cerita apa apa yang berlaku. Ha kau nk bukak bonet pon takut. Takut la meletup or terbako.. Pak in law dok kata ayaq kering kot tapi i menjawabla yang kereta tak sampai sebulan g servis.

Then pagi Jumaat inform terus bos2 yg kata amek hapday kalau lambat baiki terus EL. Alhamdulillah bos amat memahami. Isk kereta rosak kot. 

Then lepas breakfast dengan Encik Fasya dia temankan hantar ke Perodua Jalan Patani (Dari 8 tahun lepas apa2 jadi mmg refer terus ke Perodua). Sampai orang belum ada lagi. Haha.

Then jadi 1st customer kot.  Tunggu dia check dulu. So dapat tengok la depa tengah morning briefing dan baca doa sblm start kerja. Alhamdulillah.

Then ada customer service offer nasi lemak pulak. Isk malunya sebab actually baru lepas makan nasik lemak jugak. Haha so kata nanti la dulu. Dia suh amek kat kaunter makanan. Memang complimentary nasi lemak, roti, ayaq dan semua yg ada. FOC. Makan jer sebanyak yg mampu. :)

Then baru dia mai habaq motor rosak so kipas tak pusing. Okay la kos lebih kurang 300 gitu... Hampir 2 jam lebih dia mai bgtaw yang sebenarnya Radiator meletup. Ohoi... :(

Kesnya adalah motor rosak menyebabkan kipas tidak berfungsi dan Radiator panas lalu meletup POM!!!

Gitulah jadi total adalah RM650+++ gitu. So nk buat macam mana kn? Dah lah hampir 5 jam tunggu depa pon sampai dah nk p Solat Jumaat kot. 

Nasib baiklah En Fasya payungkan dulu. Tapi kena pelan2 bayaq la jugak. Dah kata pinjam kn? Sedih sebab isnin baru gaji.

Kita fikir yg positif jer. Nasib baik dia jadi dah dekat dengan rumah dan bukan atas bukit. Dia ingatkan jugak yg jangan seronok kena ingat jugak yg susah. So dia bg la ujian sikit kan?

So, bgtaw la kat boss iols EL boss sebab dekat 5 jam kat Perodua. 

Okayla itu kesnya so lepas nie pemandu wanita pon perlu taw serba sedikit pasal isi dalam kereta jadi bila dia nk tukaq jadi konon paham la jugak. Nie angguk2 tapi sepatah apa pon x paham. haha

Okay dulu, sekian.

Love 
Irina

Monday, April 18, 2016

Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Perhentian, Terengganu
Assalamualaikum...

Alhamdulillah baru balik dari percutian singkat ke pulau. Yela hari tu g sorang2 ke Indonesia kan. Nie family vacation pulak.

We ols start planning last month just right before nk p Indonesia. Asalnya plan utk hujung April early May tp mahal sgt. So diawalkan ke 15 -17 April 2016.

Bayu Dive Lodge, Pulau Perhentian Besar

Pemandangan ke arah pantai. Cantik dan tenang. 
Family & Friends gathering nie. Dulu masa bujang mmg rajin g travel ngan geng2 depa nie. Depa plan i join jer.

Mak excited, anak takut. 
So kami ambil bas Khamis 14hb 9pm jat Terminal Sg Nibong direct to Kuala Besut. Bas dari Penang hanya Sri Perdana sahaja yg direct ke Kuala Besut. Yg lain kena turun Kota Bahru or Jerteh then ambik cab ke Kuala Besut. Tiket harga RM50/sorang. So lebih kurang RM100 pergi balik.
Then about 6am sampai ke Kuala Besut sebab banyak betul persinggahan. Kota Bahru tukar bas sbb tayar bas botak then Pasir Puteh amek orang.

Then jalan kaki terus ke jetty lebih kurang 5 min dari tempat diturunkan. Surau pun depan jetty jer.
Lepak kedai makan dan bot sampai kul 7am. Naik bot lebih kurang 30min ke Pulau Perhentian Besar iaitu Bayu Dive Lodge. Kami amek bilik kipas sebab bilik aircon full. RM280/ person kalau aircon RM320/person utk 3d2n. Termasuk makan utk 3 meals dan 5 point of snorkeling.

Ready for snorkeling. Iols tak turun la sebab babysitter.
Stay mmg sgt best dan relax. Sebab dah ada anak ni mmg nk santai2 jer. Dah tak tumpu sgt nk snorkle ka apa ka.. dok atas bot.. then balik hotel main pasir ngan putri then mandi laut...
Mlm last disajikan dgn Bbq ( ayam, ikan & sotong). Anyway food mmg terbaik boleh bg 4 out of 5 star. Hotel kalau aircon myb best sikit tp mlm kipas pon okay sejuk. Cuma siang panas sgt mcm sauna.
Air hijau(jernih). 
So kalau siang byk lepak tepi laut jer angin kuat dan best sgt. Mlm takde angin dan kalau kat luar rasa panas. So lepak bilik jer lepas dinner.

Ikan-Ikan

Ikan banyak di bawah bot

Ikan makan roti

Anyway this smart gateaway utk sesiapa yg nak relax & release tension sebab line hp pon tak berapa nak ada. Jadi semua pon tak pegang hp.

Seronok la putri dapat main pasir sepanjang hari. Dan ramai layan dia mandi laut.

Ha.. Apa yang penting kerjasama, Bersama Sufi

Acik2 melompat dia peace yoo

Posing lagik

Layan anak jerla. Kalau ada wifi or line okay sikit baru update instagram.

Ahad pagi kami g snokeling balik sebab ganti 2 point lg yg sabtu tak dpt p. Then bot balik ke Kuala Besut kul 2 lebih. Lepak lunch kat jetty dan beli sobenior sikit. Lebih kurang kul 5pm amek teksi ke Pasir Puteh dlm 5km jer 10 min beli kepok losong, kering & sata utk dibawa balik. Teksi RM20 jer pergi balik. Kena rasa dulu free baru beli. Ai suka...
Group photo.
From Left : Irwan, Mardiah (Sufi), Mak Azlina, Echah (My sis), Nani (Adik Irwan), Mak Irwan, Me (Putri).
Behind from left : Azlina, Nik (BIL Azlina), Along (Kakak Azlina) & En Fasya(my husband)

Dah nak balik dah. Till next time. 
Then balik bg anak mandi dulu kat toilet depan jetty then lepak kedai makan. Pastu naik bas kul 8pm balik ke Realiti.

Isnin 18 April 2016 5.30am sampai Terminal Sg Nibong hantar adik & balik rumah mandi dam siap p kerja dengan Mata Panda. Yeay. So lepas ni kena ambil extra 1 day utk rehat.

Okay la... please plan for next family trip again. 

Till next time.

Wassalam.

Love
Irina

Thursday, April 14, 2016

Trip to Pekan Baru - Bukit Tinggi Part 3

26 Mac 2016
Hari ketiga

Hari nie kami turun awal sikit sebab nak shopping depan hotel. Memang ada sorang makcik nie meniaga bentang tikar depan hotel. Harga? Murah gila kot!!


Kalau telekung yg kami beli RM50 tu dapat 4 helai RM100(dia terus meniaga dlm RM senang katanya). Yang beli RM80+ tue jenis kain sutera  dia jual RM40 jer.  T-Shirt RM10 jer. Kain batik/pelikat bawah RM18 gitulah. Jubah yg we ols beli dengan harga lebih kurang 200,000 dapat 150,000 jer (+-50). Seriously. Jangan main2 okay sebab semua yang ada Jenama sebab di pasar atas harga dia paling murah pon dalam RM25 camtuh. So apa lagi dengan perasaan yang menggebu (walaupun terpaksa meminjam) i beli kain pelikat 2 , batik corak jawa 5 , tshirt 3.

Then abis jer membeli terus masuk dlm bas sebab semua ahli rombongan dok tunggu dlm bas. Haha. Pening ketua rombongan.


Then destinasi terakhir untuk kain sulam adalah di Sulaman Hj Rosma di Bukit Tinggi. Nie tempat nya untuk belajar sulaman. Kami masuk untuk tengok sendiri pelajar2 tengah dok menyulam. Ingat senang ka? Taw mintak diskon saja. Mai tgk susah oi tambah yg banyak lubang2 tu sebab depa sulam ye bukan tebuk2 gitu.

Cantik sgt2 kat. Dari sampai dok belek tak habis. Ikut mata mmg nk amek yg pink utk putri tapi x naik pulak sulamnya. So amek yg hijau. :)

By the way nampak kan pelapik hijau kat bawah tu? Mahal tu weh.. Rasa macam sejuta lebih rasanya kot sebab mmg penuh sulamnya.

Kos untuk belajar adalah 10 juta yer or RM3k utk 6 bulan. Ala lebih kurang macam kita belajar kursus sambilan kat Kolej Komuniti/Giat MARA. Dia cakap kalau yang minat dalam 5 bulan dah pandai dah sulaman nie.

Nampak tak lagi kecil bunganya lagi detail sulamannya

Mesti dia nervous kan ramai2 dok kerumun tengok dia dok sulam. Haha

Di belakangnya kelas untuk belajar dan di depannya adalah kedai. Mak oi! Aku meminjam lagi sebab kebaya nyonya yg telah menarik perhatian aku dari jauh. Cantik sgt oi! Harga dlm 165.000 tp diskon 150.000 . Rambang mata kot. Mahal tp jahitan sgt kemas dan cantik.

Ini adalah syurga. Cantik2 dan rugi tak grab satu buat koleksi atau kenangan. Sebab semuanya perfect dan cantik!
Kak pilih jangan tak pilih kak. Lawa tu.. :)

Ada table runner, ada pelapik meja, kain sulam, telekung, selendang, sarung bantal dan macam2 semuanya disulam dengan sangat cantik! Nampak tak orang yang sangat2 tak sedar yang dia dah sgt muflis tp nk bershopping. Haha. So memang tak rugi lah beli sebab kat sini org jual RM150 kot baju tu. J
Then sesi bergambar lah apa lagi kan?


Otw balik ke Pekan baru singgah lagi kedai jual jagung di tepi jalan. Actually nie segalanya berkisar pasal jagung. Bukan jagung fresh tue. Nie produk berasaskan jagung seperti Bubur Jagung, Jagung Rebus, Cucuq Jagung, Tauhu sumbat Jagung, Ayaq Jagung, Kerepek Jagung dan macam2 la semua pasal jagung. Tp sebab dah muflis jadi ketua rombongannya belanja. Haha. TQ boss.
Then masa kami otw ke Bukit Tinggi, Pak Tono ada bgtaw yang akan singgah di Lekok  9 iaitu salah satu tempat yang famous utk org ambil gambar.

Ahli rombongan yang tidak jemu bergambar. Pantang nampak camera. 

Aksi ini hanya dilakukan oleh yang profesional sahaja. Haha hanya depa ja taw.


Layan gambarnya dulu ye bapak2 dan ibuk2. Dikatakan jalan lamanya ada 9 lekok or belok (jalan kona-kona). Tapi pemerintah dah upgrade ke jalan yang baru dan jadi sgt tinggi.
Seriau la jugak kalau tgk dari atas. Kalau dari bawah nampak sayup tinggi. So kalau bukit balik pulau nie dah rasa gayat yg nie superdupergayat kot!

So lepas berenti ambil gambar kami terus melayan jalan berbukit hampir 2 3 jam untuk ke Bangkinang. Then kami stop utk lunch di RnR (Ntahla tengah2 bukit ada RnR Kalau malam mau kata tempat tuut kot..) Makan nasi padang lagi tp yg menarik ada jual buah salak yg manis.

Then dlm kul 2 lebih sampai ke Sekolah Agama di Bangkinang. Kami bersama2 beberapa politeknik membuat macam2 aktiviti utk mencari dana bagi membina sekolah agama ini. Antaranya Pasar Kemboja, mohon sumbangan dari NGO dan sebagainya.
Nie dia sekolah agama yang dibina dengan kos RM70,000.00. Ada 6 bilik kelas semuanya. Luas dan sangat selesa. 

Sepatutnya hari ini adalah penyerahan tapak sekolah tapi disebabkan kekangan dan macam2 masalah jadi ditunda. Kami dah beli tiket masing2 kan? So bos lepaskan lah. Tapi team yg buat liputan tetap menjalankan tugas untuk membuat laporan kemajuan sekolah agama ini.
Shh.. wawancara sedang dijalankan.

Actually kampung dia sama mcm kita di sini. Tak rasa sgt perbezaan. Pastu kami singgah di tepi sungai Kampar yang mana depa jugak bela ikan dalam sangkar macam kita jugak. So di sini jugak ada patin jugak dan lemak manis.

Nie kaki memancing jadi memang seronok la jumpa air dan ikan. :)

Selesai di sini balik ke Hotel Grand Djokro di Pekan Baru lebih kurang 6 lebih so tunggu check in dan bersiap sebab rasa sgt berlengaih then p dinner.

Sebab dah berhari2 makan nasik padang jadi semua dah muak. So Pak Tono bawak ke kedai yg famous dengan Bakso di bandar Pekan Baru. Bakso simple tp sedap kot. Dia letak mee+mihun then 4 ketul bebola daging (1 besar 3 kecil). Rupanya di dalam ada teluq puyuh. Wow!

Uish macam jalan TAR jugak la mlm2. Ada shopping Mall dan macam2 kedai. So kami mintak la nk p bank la sebab kebetulan husband suh carikan jersey pasukan sana. So p mall macam blur sebab dia mall ala2 macam bukit jambui or warta kat bangi macam tu ja. So kedai sukan pon ada 1 ja, tanya pasal jersey dia bgtaw jersey pasukan dikeluarkan oleh pemerintah dan tidak dijual. Kalau kita banyak jer kot jersey team malaysia or negeri dijual kn? Siap ada gred AAAAAA. Haha


Janjinya satu jam saja sama pak Tono tapi biasalah kan kalau dah kata nak window shopping dekat 2 jam jugak la... Haha.. Sampai mall tutup dekat kul 10 malam la. J

Then balik susun beg balik sebab tadi kan dah tershopping lagi. So kena buat penyusunan semula.
Hotel memang terbaiklah! Sebab ada Wi-fi sebenarnya dan sangat mewah dah selesa. Tengok kat luar harga semalam mencecah 499.000. Uish mahal jugak tu... Antara hotel yg termahal di area Pekan Baru. Ala semua dalam pakej apa risau. J

So till next time. Sambung hari ke-4 Dah nak balik oi oi. Hahaha





Thursday, April 7, 2016

Trip to Pekan Baru - Bukit Tinggi Part 2

Sambungan di hari kedua
25 Mac 2016 (Jumaat)


Seawal 6.00 pagi dah bangun siapkan diri dan turun breakfast jam 7.00 pagi di hotel. Walaupun tanpa kipas dan air-con terasa sejuknya. Sesuai dengan namanya Bukit Tinggi kn? Mestilah sejuk walaupun di apit oleh dua buah gunung berapi aktif.

8.00 pagi terus bergerak menaiki bas untuk ke Istana Baso Pagar Ruyung, Batu Sangkar.

Dalam perjalanan ke sana pemandangan sangat indah dengan di kiri kanan sawah padi. Walaupun di depannya rumah/kedai di belakangnya ada sawah padi atau tanaman lain seperti cabai, terung, jagung dan banyak lagi. Sebab depa tanam ikut musim. 

Then stop satu kedai sulam yang kedua, Sulaman dan Bordiran Annisa. Agak pricey harganya tp sulaman sangat cantik.

Harga bermula 350.000 ke atas la. Tapi okay boleh tengok patern dan corak terkini. 



Lepas tu ke kedai sulam ketiga Sulaman Lindung Bulan masih di Bukit Tinggi. Harganya masih boleh ditawar dan okay la dari yang sebelum nie. Tapi kedai nie famous dengan telekung. Hampir kesemua ahli rombongan memborong telekung disini. Harga yang Sulam Penuh Cotton dalam 180.000 (+-RM60) duit kita la. Kalau kain sutera mahai sikit dlm 200.000+. Kalau jenis Siti Khadijah dalam 280.000+ gitu. (RM80++).

Aku beli t-shirt 3 helai untuk anak-anak buahku sahaja. Okay la RM10 ja kain cotton tebai. :)


Nie depan kedai tu yang dibelakangnya pemandangan Gunung berapi aktif. Tapi disekeliling kaki gunung ada kampung. 


Di belakang nie ada view yg sangat cantik! Nie tengah dok buat rakaman ala-ala majalah 3 dari orang kuat poli. 


Sementara nk sampai ke tempat dituju kami singgah di sebuah kedai juai Bika Talago ala macam Tempek/lempeng kita la. Ada 2 perisa iaitu original (kelapa) dan pisang. Sedap oi! harga tu kat kaca tu. :)

Kalau 3.000 tu dalam RM1 kita la. Murah la kn?


Nie dia rupanya


Okay inilah destinasi kami iaitu Istana Pagar Ruyung @ Istana Baso PagarRuyung di Batu Sangkar yang kira 1 lebih dari Bukit Tinggi.


Bukan selalu selfie nie kn? Yeay walaupun panas tapi tetap berselfie. Haha.


Then tunggu depa abis solat Jumaat di masjid berhampiran. Baru kami bertolak balik ke Bukit Tinggi. 

Tapi singgah lunch nasi padang lagi di Pondok Flora (pasai makan nanti aku buat special post).

Yang paling menarik adalah depan kedai nie ada Wifi dan ada jual keris, parang dan pisau macam di bawah nie.

Menarik oi harga keris pon lebih kurang 150.000 (RM50) gitu. Rugi nya x beli buat kenangan. Huhu. One in lifetime orangputih kata la.

Bestnya oi! 

Teh dari daun kopi. Pastu amek kayu manis untuk kacau. Tanpa gula. 



Free ajer so tuang la bape banyak kali pon. Ada juga air pinang.

Kerepek2 dan yang terkenal adalah pisang salai. Di belakang nie ada dapur menyediakan pisang salai. Boleh masuk dan tgk cara pembuatannya. So sopping lagi kat sini beli sobenior utk orang2 kampung. Murah jer sepeket dlm 14.000 ala lebih kurang RM4 lebih gitu..  Then beli kopi utk mater in law.

View memang cantik dan terbaik.

Actually lepas jer lunch kat Pondok Flora nie kami terus balik ke Bukit Tinggi sebab masing2 dah x sabar nk ke Jam Gadang/Pasar Atas utk shopping. Tapi sempat singgah minum teh daun kopi yang famous di bukit tinggi. Dengar katanya kalau minum selepas makan dia akan hapuskan kolesterol dalam badan. Tapi kalau kolesterol tu dah jadi batu, haha... kena amek mertun (tukul) ketok bg pecah la. 

Kiniko nama tempat nie rasanya. 

Dan singgah solat jamak skali kat masjid berdekatan. 

Nie nk cerita sikit pengalaman dalam toilet/ambil wuduk dia. Tempat utk ambil wuduk/toilet di bawah tanah jadi kena turun tangga dan tak boleh pakai selipar. Pastu masing2 mencari toilet tapi terkejut sebab open toilet. 

Toilet yg hanya ada separuh pintu shj. So kalau nk buang ayaq kencing duduk so org x nampak. Elok2 atas sikit dari pinggang pintu dia. So tlg cover la kalau sorang kencing sorang berdiri kat pintu sebab segan kot nk tarik seluaq semua mcm org nmpk sbb dah pintu separuh mcm tu kn? Then dia boh timba kecik kat luar so setiap kali nk kencing or amek ayaq semayang amek timba kecik yg banyak2 kat luar tu bawak sama masuk. Abis kencing cebok jer dari kolah kecik keliling toilet tu. Actually dia design kolah kecik( utk toilet) dan kolah besaq utk wuduk bersekali... 

Hampa p la sendiri mesti agak terbantut di situ. Haha... Kalau x tahan buang jugak. Tp utk yg kecil sahaja ye. Yg besaq myb tang lain.

Then barulah g bershopping di pasar atas. Di sebabkan aku bawak 1 juta saja mmg x cukup jadi aku pinjam lagi RM300 utk sopping. Aku p cari money changer dan tukar (RM315 : 1 Juta 1ribu).

Then kawan2 yg lain terpisah masa kami mencari money changer. So puas la pusing mencari depa semua nie. Sempat la tengok di bawak jual tshirt, beg, cederamata dan sebagainya. Di atas baru jual kain pasang. 

So kami decide utk bergerak sendiri sebab masa pun dah agak suntuk. So rata2 di pasar atas jual kain pasang 3.5m dalam 180.000 ke bawah gitu. Corak lebih kurang yg kami p di semua kedai sulam sebelum nie.

Yang sulam tebal (1 kaki) dan siap berlubang harga dalam 250.000 tp kami mintak kurang sebab nk beli banyak. Yela adik beradik perempuan kan ramai.

So dapatlah 180.000 lega sgt oi. Dlm RM55+ gitu. Hoi kalau kat sini harga mencecah RM130+. Kain cotton prada sebab semua agak tak minat kain satin or rosella.

Hampir 2 jam dalam kedai aku punggah semua kain yg ada semua agak berpuas hati dengan harga yg ditawarkan. Rasanya hampir 40++ lai lain dia terjual. Abis patung pon kami tanggalkan kainnya. Haha.


Cantik kn?

Nampak ketua rombongan yang setia menanti ahli rombongan sedang mengamuk tengok kain dalam kedai sulam. Haha..

Nie hasil 10 org punya shopping. Murah rezeki la akk tue hari tu. :)

Then semua sepatutnya tunggu jam 7 mlm di Jam Gadang. Ada yang shopping tak sedar diri sampai lupa jalan balik. Dekat kul 8mlm jugak la baru semua ada. :)

Then sebab dan sgt gembira jadi balik dengan muka yg sgt happy dan singgah utk dinner di Ayam Penyet. Ha.. lega bukan nasi padang lagi. :P

Then sempat lagi singgah kedai sulam p sebelah kedai makan. Haha. Dapat la sepasang jubah utk ibu mertuaku. Cantik oi kain jenis berat dlm 200.000 (RM60 duit kita).

So misi balik ke hotel dan susun kain yang sgt banyak dalam beg. Haha. dari 1kg jadi 12kilo bagpack. Muahaha.

Okay esok tu perjalanan balik pe Pekan Baru.

Followers