Thursday, June 25, 2015

Sekarang Aku Percaya: Return Policy By Lazada :)

Assalamualaikum,

Hari nie aku nk review sikit perkhidmatan yang diberikan oleh lazada. Customer services memang tiptop.

Okay kisahnya aku beli 3 charger samsung hi-speed yang memang harganya murah dari lazada pada 9 Jun 2015 dan dapat barang pada 11 Jun 2015. Okayla kn 3 hari.

Then salah sorang nk mencuba charger yang baru dibeli. Baru pasang dan bukak suis alih-alih "Tupppppp!!!" Uish meletup ko!

Hitam terus suis dan charger tuh.

Then aku bertindak untuk ambil gambar dan buat aduan kat Lazada dan tak sampai 10 minit aduan aku dah ada reply dr Lazada.

Dia suruh aku hantar charger tue semua p balik kat depa utk depa buat quality checkup. Then bg return policy.

Okay kronologi selepas confirm beli jadi dia akan hantar email yang barang kita dah dihantar menggunakan apa dan bagi tracking number.

1. 10 Jun 2015 
Email notification dan hantar barang.


2. 11 Jun 2015 
Lepas dapat kawan aku try pakai charger dan meletup jadi aku terus logged aduan kat laman web lazada.com. dan dapat email nie beserta aduan aku.


3. 11 Jun 2015
Selang beberapa minit dapat email kata barang dah well-received. Yup mmg dah terima.


4. 11 Jun 2015 
Tak sampai pun sejam dah ada reply dari customer service dia. Suh hantar balik barang tuh p HQ depa dan isi borang return back policy dalam tempoh 14 hari.


5. 19 Jun 2015
Barang kami pos dah selamat diterima di HQ Lazada.com.my


6. 22 Jun 2015
Duit telah dicreditkan semula ke dalam akaun.


7. 24 Jun 2015
Duit akhirnya dah ada dalam akaun.


So, now i believe in cash back guarantee and return back policy! Yeay!

Syukur Alhamdulillah semuanya berlaku tak sampai 14 hari pon. :)

No comments:

Post a Comment

Followers