Wednesday, January 26, 2011

Isi Hati Irina: Soalan-soalan yang ingin ditanya!



Banyak soalan-soalan yang aku kerap dengar berkaitan dengan relationship nie. Selalu saya dengar kawan-kawan saya mengeluh... Kenapa itu? Kenapa ini?  Banyak jugak yang gaduh sebab soalan-soalan nie tak dak jawapan. Kebiasaannya kita akan tolong bg jawapan kepada soalan kita sendiri. Last-last diri sendiri yang terasa, merajuk dan sensitif. Apa kata kita tanya tuan badan tue sendiri. Bukan sebab kita x percaya dia. Tapi biarlah dia sendiri yang jawab soalan kita tue. 


Antara soalan yang aku kerap dengar:


1. Awak marah kalau saya call awak 2 3 sehari? Macam mana awak nk? Sehari sekali pun dah cukup ke? Ke seminggu 2 3 kali? or sebulan 2 3 kali? 


2. Awak marah kalau saya x reply msg awak? 


3. Awak marah kalau saya keluar/call/sms dengan orang lain(jantina yg lain) tapi kami cuma kawan baik saja?


4. Awak marah kalau saya ke keluar makan-makan, jalan-jalan, tgk wayang, bersosial dengan kawan-kawan saya? Balik smp lewat malam... 


5. Awak marah kalau saya cakap saya sayang awak, rindu awak tiap-tiap hari... tapi x kira masa la.. kadang-kadang 2 3 kali sehari....


6. Awak marah kalau saya tersilap cakap? 


7. Awak marah kalau saya usik awak?


8. Awak marah kalau saya gelak kuat-kuat?


9. Awak marah kalau saya pakai pakaian yang awak tak suka?


10. Awak marah kalau saya menjawab bila awak tegur saya?


11. Awak malu jumpa dengan kawan-kawan awak bila keluar dengan saya?


12. Awak malu tak nk cakap awak sayang saya?


13. Awak marah saya jadi seorang yang berterus-terang?


14. Awak akan pujuk tak bila saya merajuk?


15. Awak akan marah tak kalau saya x dengar cakap awak?


16. Awak rasa bosan tak kalau saya nk cerita masalah saya kat awak? 


17. Awak percaya pada saya?


Saya cuma nak jawapan dengan seikhlas dan sejujur-jujurnya... Hendak menjadi seorang yg memahami nie susah taw... Dalam proses kita berkawan nie macam-macam perangai kita jumpa kn? Bila semua soalan nie terjawab baru la rasa lega sikit. Tak dak la tetiba nk merajuk la, sensitif la n marah..


Banyak lagi soalan yang kita nak tanya... nie general saja sebab bagi diri saya, saya tahu siapa yang menyayangi, mengasihi dan mengambil berat pasal saya... Cuma kadang-kadang soalan-soalan macam nie selalu buat kita sedih... Saya memang tak suka sedih nie sebab saya dah puas bersedih dan kecewa berkali-kali... bukan hanya bila bercinta tp semasa berkawan juga... 


If ada orang yang boleh bagi jawapan kan bagus... Lain padang lain belalangnya, lain orang lain ragamnya..


Sejujurnya soalan-soalan yang ini bukan bermain di minda wanita sahaja tetapi lelaki pun sama kn? Cuma ego menghalang untuk mengakuinya... 


p/s: buat si dia, saya sayang kamu... :)

No comments:

Post a Comment

Followers