Friday, December 31, 2010

Isi Hati Irina: 2011!!!


Mesti semua da siap sedia utk azam tahun baru kn? Panjang x list? 

Hari nie adalah hari terakhir untuk tahun 2010... Banyak kenangan manis,pahit yang telah dilalui... Masih ada lagi azam tahun lepas x tercapai...

Nie antara yang aku berazam aku tahun depan...

1. Menjadi seorang yang lebih baik... bg general ajer la yea.... 
2. Settle semua hutang-hutang spt MARA, orang-orang perseorangan, dsb....
3. Anger management.... kawal marah, emosi...
4. Kumpul dan simpan duit, invest duit sebanyak mungkin... da ada target sehingga akhir 2011... Insya-Allah...
5. Plan utk tambahkan pendapatan... Mungkin biz...
6. Bershopping secara berhemah....
7. Plan bercuti secara berhemah jugak....
8. Mungkin ada benda istimewa dlm hidup akan berlaku... ^_^

Dan ade lagi dan semua utk hanya diri sendiri.... Semua ini hanya perancangan kita, sesungguhnya Dia lebih tahu... Insya-Allah jika kita berusaha ke arahnya kita akan berjaya mencapainya.... Doa, usaha dan tawakal...

Hopefully everything will going on smoothly...

~Welcome 2011~

Thursday, December 30, 2010

Isi Hati Irina: Hatiku berlagu riang!



Bila orang buat kita happy kita akan:

1. Selalu tersenyum... bahaya kalau selalu dok senyum sorang-sorang..
2. Wajah berseri-seri... ade "shining"...
3. Cakap dengan penuh sopan, lemah lembut dan manja....
4. Berfikiran positif selalu..
5. Akan jadi sgt-suka-berckp... atau "talkative"... x henti-henti berckp....
6. Akan jadi sgt peramah... 
7. Balik rumah jer asek berangan jer... ^_^
8. Tetiba jer boleh tersengih-sengih or tergelak sorang-sorang.... nie kes bahaya nie..
9. Balik umah peluk bebear or peluk bantal... x boley peluk orangnya kn?
10. Akan dok belek henpon jer bila blk umah... baca balik semua sms dia hantaq n sebenarnya dok tunggu sms or call dari dia... 

hadoi la... angau dah kot... rasanya mesti akan terkena jugak salah satu kn? nie apa yang saya sendiri alami bila tersgt la happy...

Kalau hepi pon jgn melampau-lampau... orang kata nanti sedih pulak kendian or kemudian... bersederhana sudah la yea... simpan utk diri sendiri ajer.... 

~ter-s.e.n.y.u.m~


Wednesday, December 29, 2010

Isi Hati Irina: Terapi jika aku sedih!


Macam semua orang taw yang aku nie hypersensitif dan cepat tersentuh bila tgk kawan-kawan aku sedih jugak.. macam cubit paha kiri paha kanan pon rasa....

Nie something yang aku boleh share apa kita boley buat masa kita tgh sedih...

1. Solat dan berdoa.... semestinya kan.... tp bukan masa kita sedih dan nk mintak pertolongan jer... sama-sama mengingatkan yea..
2. Bercuti la... Pulau, pantai, cruise, bukit tinggi, tasik... apa2x yang boleh menenangkan diri...
3. Kalau bercuti luar negara pon boley tapi ongkos nya lebih la.... sesuai utk yg berduit lebih...
4. Shopping... nie salah satu terapi yg sangat normal utk perempuan yang tgh sedih/kecewa/susah hati dan macam2x lagi...
5. Driving ke mana-mana yang nk pergi... rasa nk g pantai g jer PD ke, nk jln g melaka ke Kl ker or plg jauh Penang la... best jugak drive jauh2x nie.... 
6. Main boling.... best tuh.. cam baling kat orang yg kita tgh sakit hati tuh..
7. Kareoke.... melalak la puas2x... nk nangis pon boley.. feeling katakan....
8. Baca Al-Quran.... serius sgt menenangkan.... dari nk menangis rasa lega sgt...
9. Cari pakar terapi/psikiatari... ntah la eja betoi ke dak... tapi orang malaysia nie takut jumpa pakar psikitari tue... sebab depa ingat orang ada masalah jiwa jer jumpa... semua pon ada masalah cuma serius dengan tak ajer..
10. Paling biasa dan selalu aku buat menangis puas-puas.... smp tersedu-sedu nangis...
11. Tidoq! abis citer... lepas mangun tdoq lega sket... 

Banyak lagi boleh kita buat... semua maklumat hanya di hujung jari "ting"... ;)
rajin-rajin la google yea... cari la laman-laman web motivasi dan baca... banyak lagi tips utk kita amalkan...

p/s: dapatkan buku La Tahzan... sgt best taw... sesuai utk semua orang sama ada gembira, or sedih... belilah untuk simpanan peribadi or hadiahkan kepada orang yg kita sayangi...

~La Tahzan~Don't be sad~Jangan bersedih~

Isi Hati Irina: Gumbira, Happy, Seronok...


Tajudin Husin.... 

Hari nie rasa sangat-sangat gumbira sebab dah balik ke pulau yang indah lagi permai. Bukan kat sana x indah dan x permai cuma ter'sgt' la bosan kat sinun tue...

Nak tau sebab apa?
1. Kawan-kawan semua boleh tahan sibuknya dengan hal masing-masing
2. Nak kuaq g mana-mana kena bayaq tol....
3. Kalau dah kena bayaq tol, so minyak paham-paham jerla...
4. Nak cari makan yang ikut selera sgt payah... sanggup x makan berhari-hari sebab x lalu... asyik bantai roti jer... boley tahan ka?
5. Kalau weekend dok umah sowang-sowang... kalau demam ka sakit ka lagi rasa kesian kat diri sendiri...
6. Kalau tgk dlm henpon nk call sapa pon x taw nk mintak tolong, teman dsb...
7. Cemuih dah tgk alamanda.... wayang alamanda, boling alamanda, makan-makan alamanda, sopping alamanda, lunch n bla bla bla semuanya tentang alamanda..... 
8. Orang kat sinun boley tahan sombong dan tidak mesra alam.... nk senyum cukup payah.... camna nk buat kawan kn?
9. Sebenarnya hati x dak kat sinun tue... sebab tue semuanya rasa sgt x best!!

Tue antara apa yang aku rasa x best kat sana.... macam nk blk menabur bakti di pulau yang telah memberi aku pendidikan dari kecik smp la ke besaq... 

Persoalannya, Bila nk hantaq borang nih? Apa alasan nak bagi ni? 

Penat gak hampir tetiap bulan dok balik cni, tp memang pueh hati sgt la... 

Sebab:
1. Food... selalu jadi no 1... Tajudin, Nasi kandaq beratuq.... terliuq dah nie....
2. Banyak sopping complex dan pilihan.... QB, Bukit jamboi, Pragin, Gurney dsb... byk lagi hat baru-baru bukak....
3. Ada laut, pantai... aku memang suka tgk laut...
4. Adik-adik, kawan-kawan ramai kat cni... smp x dak masa nk jumpa semua.... jgn kecik ati ye..
5. Orang kt sini sgt peramah dan smp ada yang nk ikut blk rumah la.... bahaya kn?
6. Nak p mana-mana pon dekat n yang paling best x payah byq tol... hua hua hua... kecuali nk p mkn char kuew tiaw seberang br kena byq tol jambatan RM7... kalau org penang punya TnG cuma RM5.60 ja.... 
7. Feringgi nite market everyday... manyak syiok woo...
8. Kalau sakit ramai nk tolong hantaq makanan, p klinik, melayan dsb....
9. Yang paling betoinya, yg tersayang ada kat sini walaupun x selalu jumpa... hihi

p/s: ada sorang silent reader bg nasihat, tulislah dari hati dan guna ayat sendiri jangan guna ayat buku.... hua hua hua.... skema jugak aku rupanya..... keh keh keh... 

Tuesday, December 28, 2010

Irina berkongsi : Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA...


Untuk renungan bersama...
Kisah
yang penuh iktibar, semoga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu,
tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam
dan menciptakan Hawa.

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya....

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.

Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan
hidup yang ada.

Hidup
mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu
hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan,
dia berteriak 'Kamu tidak cintakan saya lagi!!!'.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 'Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!'

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

'Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing' .

Lima tahun berlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.

Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui
bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,

mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz 'Selamat tinggal..'

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.
Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,

tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya,
akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita,
semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang
kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? - 


Sumber: dari internet.

"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W...."

Isi Hati Irina : Aku Vs Sensitif... :(


Rasanya hampir semua kawan-kawan saya tahu saya nie memang sangat sensitif atau lebih tepatnya "hypersensitive"... Mesti semua angguk tanda setuju kn?

Kenapalah hati saya tersangat la mudah terasa, mudah sedih, mudah kecewa... kadangkala sukar untuk menerima sebarang teguran, kritikan lagi pulak kutukan... sebab tue aku memang mudah merajuk dan sangat mudah menangis... tp sekejap saja....

Sejak sekolah dulu atau lebih mudahnya dari kecil aku sering dibuli mungkin karna mungkin fizikalku yg kecil memudahkan orang-orang yang lebih besar dariku membuliku... tapi mungkin itu hanya dulu sebab aku tidak mampu pertahankan diri sendiri...

Aku memang mudah kecil hati apabila ditegur bila tidak kena pada caranya... Hati orang semua lain-lain kn? Ada yang mampu terima walaupun ditegur kasar tetapi hati aku memang teramat la sensitif atau dengan kata mudahnya mudah sentap...

Aku hanya ingin meluahkan apa yang aku rasa dan pendam selama ini sebab sukarnya untuk berterus-terang dengan orang-orang yang kita sayangi... Untuk menjaga hati orang-orang yang aku sayangi seringkali melupai dan mengorbankan perasaan sendiri... kadangkala hati sendiri juga terluka...

Mudahnya menulis tetapi tidak mudah untuk berkata-kata... Alangkah bagusnya jika mudah meluahkan semua dengan kata-kata dan tidak perlu menyimpan dan bersarang di dalam hati... yang mungkin akan menjadi penyakit jika terlalu lama dan banyak disimpan...

Aku sangat sayangkan semua perhubungan yang aku jalinkan... Keluargaku, kekasihku, teman-temanku dan adik-adik angkatku yang tersayang... jadi aku tak ingin hati itu aku lukakan...

Aku meminta maaf seikhlas hati jika ada hati yang terluka disebabkan diri ini... Aku bukan insan yang sempurna yang juga kadangkala melakukan kesalahan/kesilapan...

Aku sayang semua kesayanganku....

~luahan dari hati yg sedih~

Monday, December 27, 2010

Lagu Pilihan Irina : Setia Kasih...

Buat dirinya yang aku kasihi...

Setia Kasih

Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah... yang jadi ikutan...
Dan juga bualan

Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma... adalah pasir saja...
Penghujungnya muara

( korus )
Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai... nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...
Aku tetap setia

Irina berkongsi : DOA DIKALA RAGU AKAN DIRINYA...:)


 
DOA DIKALA RAGU AKAN DIRINYA...:)

Bagi yang sedang bimbang oleh sang kekasih, nih ada do'a yang bagus untuk diamalkan. Selamat Mengamalkan ya....:)

Ya Allah...
...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya....

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin... Ya Rabbal 'Alamin

Isi Hati Irina : Sakit hati! Apa nk buat?


Antara nya kita boleh buat kalau tengah sakit hati atau diganggu oleh stalker..

1. Delete semua sms dia dalam henpon
2. Delete incoming n outgoing call dia...
3. Delete nombor dia dlm henpon..
4. Delete semua emel dia..
5. Delete contact dia dlm emel, ym...
6. Delete dia dari fb, frenster friendlist... Block teruih...
7. Tukaq nombor henpon, emel address and nama kat fb...
8. Block semua call dari dea...
9. Tak layan semua call, sms dan apa2x jenis perhubungan...
10. Kalau rasa macam menggangu ajer better repot polis teruih...

Untuk semua orang yang pernah menyakitkan hati aku/pernah menganiaya/mengata or apa-apa yang buat aku benci dan terasa hati, semua ini telah saya lakukan supaya aku tidak terima lagi sebarang gangguan dari anda semua..

yelah kalau dah x suka senang ajer kn.. sila la delete saya jika itu yg anda mahu... saya hanya menyimpan orang yang benar-benar memahami, menyayangi, mengambil berat dan mengasihi diri saya sahaja...

Dan juga terpakai kepada orang-orang yang saya tidak kenal dan mengganggu saya....

~harap maklum~

Isi Hati Irina : Jangan dilayan rajuk di hati... termajuk!

sebab-sebab majuk hari ni..

1. nampak anak bulan...
2. keje byk...
3. takut nk mintak cuti..
4. ade orang tue tulis "tengah mencari" kat blog die..
5. walaupun dia bercuti tp sgt sibuk...
6. sgt busan...
7. mood cuti..
8. mls wat keje..
9. sensitif..
10. sentap...

mencik la nk majuk nie... x suka nk majuk-majuk nie.. cam mengada-ngada jer..

tapi yg best tuh cuti da approve! yeay! tgh decide nk balik mana dulu.. penang ke perak...

konfius2x...

~majuk sekejap ajer lagi~

Isi Hati Irina : Selalu berkasih-sayang, sepanjang hayat akan dikenang...


Hari sabtu lepas aku, adik, dan teman-teman tersayang pergi tengok teater Siti di Alam Fantasi.... Memang sangat berfantasi tetapi banyak kata-kata yang bermakna yang boleh kita ambil sebagai pengajaran...

Ayat yang paling aku suka semasa Siti terlalu sombong seekor burung bayan berkata,"Selalu berkasih-sayang, sepanjang hayat akan dikenang" kepada siti, mamat dan pokok sebatang kara... sgt best! sangat betul kata-kata burung bayan tue...

Bila kita sebut pasal berkasih-sayang nie mesti orang akan ingat pasal boyfren, tunang, hubby.... lupa kah kita pada orang tua kita, adik-beradik kita, sanak-saudara kita, sahabat-sahabat kita, dan semualah yang rapat dengan kita...

Bila kita "single" kita selalu rasa xde orang sayang kita kn? sebab kita rasa selalu keseorangan dan sunyi... jika kita menyayangi orang dengan ikhlas orang akan menyayangi kita tanpa balas... tidak kira la sesiapa pun... sama la jugak jika kita berbuat baik dengan ikhlas orang akan menolong kita tanpa kita perlu meminta... kita ada ramai teman-teman yang menyayangi kita tanpa kita sedari... cuma kita terlampau melayani perasaan sendiri dan ego untuk menyayangi orang lain... sebab itu perasaan sayang itu tidak dirasai...

Cuba buka hati untuk menyayangi teman-teman anda tidak kira sesiapa pun... lagi ramai orang yg kita sayang lagi ramai orang menyayangi dan mengambil berat tentang diri kita... Jauh bukanlah alasan untuk sayang-menyayangi... sebab kita ada bermacam cara untuk berhubung... tidak kira dengan cara yg lama iaitu surat, poskad dsb.. atau dengan cara melenium.. hahaha... sms, call, ym, emel, fb, twitter dsc...

Percaya la, jika kita saling sayang-menyayangi hidup akan rasa bermakna setiap hari... Bila mangun tdo akan rasa bersemangat sebab ada yang menghantar sms, call or tinggalkan komen di fb anda... tak seronok ke jika ada orang mengingat anda setiap masa tanpa anda perlu tanya? Mesti rasa happy kan? mood pon akan positif sepanjang masa...

dan betulla kata si burung bayan tue, "Selalu berkasih-sayang, sepanjang hayat akan dikenang..."

jadi nk berkasih-sayang tidak perlu tunggu hari kekasih sahaja.. setiap hari pon kita boleh menyatakan sayang pada orang yg kita sayang.. kadangkala sayang tidak perlu dilafaz sebab perbuatan kita boleh menyampaikan maksud...

~saya sayang sayang saya~

Friday, December 24, 2010

Isi Hati Irina : EX anda kaco! Apa nk buat?


Mesti rasa tension kan bila ex anda mula mengganggu anda? Dulu masa kita ada x reti-reti nak menghargai bila dah tidak dilayan mula la kacau orang rapat dengan kita. Soalan-soalan yang biasa ditanya:

1. Dia buat apa la ni?
2. Dia dah ada bf/gf ke?
3. Dia keje mana n sebagai apa la nie?
4. Dia tinggal mana la nie?
5. Dia itu, dia ini..

Kenapa perlu ambil tahu semua itu sedangkan masa berkawan/rapat x pernah nak ambil kisah semua tue? Mungkin dia nak bandingkan semua tue dengan gf/bf yang dia ada sekarang? Mungkin dia nak bandingkan dirinya dengan bf/gf kita sekarang?

Macam-macam boleh kita simpulkan dan hakikatnya yang dah berlalu biarkan berlalu dan teruskan hidup kita sekarang ini. Kenapa perlu rasa terancam pula jika kita rapat dengan adik-beradiknya? Sebab kalau orang yang kita rapat bukan keluarganya mungkin semua tidak menjadi isu.

Cuba berfikir yang baik-baik. Buat apa nak ganggu family orang lain untuk cerita keburukan dia? Keluarga dan orang rapat dengan kita lebih kenal kita bagaimana orangnya.

Mungkin dia:

1. Nak dengan kita semula..
2. Rasa terancam orang ceritakan keburukan dia..
3. Nak lebih hebat dari kita..
4. Nak lebih dari bf/gf kita sekarang..
5. Nak gf/bf dia lebih dari apa yang kita ada...
6. Sebab kita x layan dia...
7. Sebab kita rapat dengan orang sekeliling dia..
8. Sebab dia tidak puas dengan apa yang dia miliki sekarang...
9. Sebab dia nak cari keburukan kita dan jatuhkan kita...
10. Sebab dia tiada apa-apa yang boleh dibanggakan...

Bermacam benda boleh kita fikirkan tetapi perlu ke kita ganggu ex kita lagi? Kalau kita or dia dah ambil keputusan untuk putuskan hubungan sama ada cara baik or jahat sekalipun, kita atau dia tidak berhak lagi campur tangan dalam hidup kita or dia lagi...

Macam mana nak bagi mereka nie faham?

I just want to get rid of him!

p/s: kepada "dia" tolong jangan ganggu orang-orang yang sgt saya sayangi hanya untuk kepentingan peribadi...

~d.i.lema~

Thursday, December 23, 2010

Isi Hati Irina : Oh Lelaki, Kenapa aku jatuh cinta?


Tertarik dengan tajuk nie sebab hampir setiap hari aku bercakap pasal hal nie dengan kakak dan adik-adikku yang tersayang. Sama ada yang single, couple dan yang sudah berkahwin...

Apa sebabnya perempuan mudah jatuh cinta/suka/sayang?

1. Orang mengambil berat tentang dirinya...
2. Orang yang selalu ada ketika dia senang dan susah...
3. Orang yang sering menghulur bantuan...
4. Orang yang tidak kenal erti jemu call, msg, ym or emel setiap hati dan apa cara perhubungan sekalipun..
5. Orang yang sering menjadi pendengar yang baik..
6. Orang yang sering menjadi penasihat yang baik...
7. Orang yang sering menjadi pemberi cadangan yang baik...
8. Orang yang sering memberinya hadiah...
9. Orang yang sering meminjam bahunya ketika di dalam kesedihan/kekecewaan...
10. Orang sering membuat kita ketawa...
11. Orang yang sering risau tentang diri kita..
12. Orang yang sering menjemput kita tengah-tengah malam hanya untuk menemani kita makan...

Dan banyak lagi.. tak tersenarai semua rasanya... atas sebab-sebab itu jugak membuat aku mudah jatuh hati...

Kepada lelaki yang hanya mengganggap perempuan itu hanya sekadar kawan sila berterus-terang atau sila layan perempuan itu selayaknya sebagai kawan... sebab perempuan amat mudah untuk terjatuh cinta bila anda membuat perkara-perkara di atas...

Jangan buat perkara-perkara di atas untuk mempermainkan hati perempuan ye sebab anda mungkin mempunyai Ibu, Kakak, Adik Perempuan, Makcik-Makcik, Sepupu, Anak dsb....

Jika tidak mahu dipermainkan sila jangan permainkan hati orang lain... Sbb aku percaya apa yang kita lakukan sekarang, akan dibalas dengan perbuatan yang sama suatu masa nanti...

Bagi perempuan jangan mudah untuk jatuh hati jika anda dilayan sebegitu sebab kadang-kadang kita ini hanya sebahagian dari list pilihannya... Layan selayaknya mereka perlu dilayan...

~mengalaminya berkali-kali dan harap tidak kali ini~

Lagu Pilihan : Mengapa dirindu...

Mengapa DiRindu - Saloma
Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu....


Bait-bait kata sgt mendalam maknanya...

Wednesday, December 22, 2010

Isi Hati Irina : Kenapa Diam?


Sedih rasa orang mendiamkan diri tanpa sebarang kata...

Mungkin dia:

1. Terlalu sibuk dengan kerja
2. Ada seminar, kursus or bengkel
3. Tengah marah, kecik hati or apa-apa yang mungkin..
4. Tengah ada masalah..
5. Sengaja tak nak reply...
6. Mungkin kita hanya menggangu dia...
7. Dia rimas dengan msg n call dari kita...
8. Dia ada yang lain.. hish dijauhkan....
9. Dia x suka kita lagi... moga dijauhkan jugak...
10. Dia nak masa dan ketenangan diri... tanpa ganguan.. tapi boley msg kn bgtaw... dari orang fikir macam2x...

nie la pompuan suka sgt kan fikir yang tak baik... semoga dia betul2x bz dan tiada masa nak reply msg or answer my call... hopefully!

But if until night didn't hear anything might be something!

~haish mana la die nie~

Isi Hati Irina : Duit? Hutang? Shopping?


Selepas baca kawan baik saya punya blog, MissB... Saya mula terfikir apa yang nak buat sekiranya saya mempunyai duit yang banyak.... Yang dah nampak nie duit ASB la... tapi bagi yang lain-lain mesti ada Duit Bonus, Unit Trust, or menang pertandingan ka... Yang paling best hubby bagi... tapi kalu bf xde nye die nk bagi .... baik simpan untuk untuk next plan kn? ahaha

Nak bercuti tahun baru nie dah macam-macam plan dah buat. Nak g bercuti la, teringin nak shopping la, kalau ikutkan nafsu nie sekejap jer duit tue habis. Apa yang kawan-kawan plan jika dpt duit yg banyak?

Saya listkan yea:

1. Shopping "branded" things... handbag, cloth n etc..
2. Hair treatment or new style
3. Holiday (Cameron, Singapore, Bali, Bandung, or Pulau-pulau..)\
4. Facial treatment...
5. Body massage n treatment...
6. Kahwin
7. Ipad, Iphone, n etc

Mungkin semua nie bukan menjadi keutamaan saya buat masa sekarang kot... Banyak lagi tanggungjawab dan liabiliti yang terpaksa ditanggung.

Kalau masa sekarang kita dapat selesai perkara-perkara di bawah alangkah bagusnya:

1. Hutang Belajar (MARA, PTPTN dsb)
2. Hutang Peribadi bank...
3. Hutang Kereta/Rumah...
4. Hutang Credit Card...
5. Hutang-piutang dengan orang-orang lain sebab ingat yea hutang dibawa ke mati...

Lega rasanya kalu dapat selesaikan semua itu dalam usia yang muda... Muda-muda dah xde komitmen... Dan jika semua ini langsai dapatlah kita untuk menjana wang kita sendiri untuk masa depan seperti:

1. Melabur dalam ASB, A1M, AHB dsb...
2. Melabur dalm Unit Trust, berisiko tapi lebih untung....
3. Melabur dalam hartanah, beli rumah or tanah nie x rugi kalau mampu...

Kadang-kadang aku pelik tengok orang nie. Kalau buat personal loan yang tanpa return baik buat loan dengan "return". Memang la sedikit tetapi jika dibandingkan dengan apa yang bakal kita perolehi nanti berbaloi-baloi. Orang bila kita banyak duit sikit mula la suruh kita belanja n macam-macam. Tapi bila diajak melabur sama macam-macam alasan....

Sistem KUTU bukan lah x bagus tapi kita hanya akan dapat apa yang kita bayar tanpa sebarang faedah. Lepas dapat KUTU semua pakat enjoy beli itu ini dan akhirnya x nampak langsung apa yang dapat. Dari pengalaman diri sendiri nie...

Sebenarnya tiada faedah aku dapat pun jika aku cerita kat sini sekadar untuk berkongsi ilmu yang aku dapat dari kawan-kawan yang lebih lama menceburi bidang pelaburan ni. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka sebab tanpa mereka aku tak buat semua nie. Semua duit gaji habis untuk kegunaan sendiri tanpa simpanan dan akhirnya menanggung hutang yang banyak.

Orang pun ada cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Baru yang nak mula tidak salah menyimpan sedikit-sedikit dari tiada langsung simpanan kita di masa depan nanti. Cukup ke pencen kita dapat nanti untuk menyara kehidupan kita di zaman yang serba mahal?

Fikir-fikirkanlah yea... Yang pastinya target aku kali ini untuk meminimakan semua hutang-hutang aku... Insya-Allah...

~tidak tenteram hatinya seorang yang berhutang~

p/s: MissB you my best fren and my inspirations... Love you!

Tuesday, December 21, 2010

Isi Hati Irina : Wish List Anda?


Mesti masing-masing dah mempunyai wishlist masing-masing untuk 2011 kn? Dulu kita buat Azam Baru kan?

Tapi dalam menulis wishlist masing-masing, pernah anda fikirkan wishlist tahun 2010 anda tercapai atau tidak? Banyak yang tidak tercapai lagi kn dan akan dibawa ke tahun seterusnya... tapi rasanya tunang dan kahwin jugak menjadi wishlist bagi yang single dan couple kn? ^_^

Dalam membuat wishlist tue letak jugak yang ke arah dunia yang lagi satu... jangan ingat dunia yang kita nampak sekarang jer...

Aku buat senarai panjang tapi x payah la nk tulis kat cni yea sebab too public... biarlah menjadi rahsia hati saya...

Selamat membuat wishlist!

Isi Hati Irina : Hati Tawar... Kawan yang tak susah!


Sesetengah orang tidak pandai untuk menghargai orang lain yang dah banyak bersusah-payah untuk dia. Bila dia disaat kesusahan orang datang bantu dan tolong apa yang patut bila dah senang lupa semuanya...

Ramai orang disekeliling berperangai macam tue sama ada dia sedar atau pun tidak. Bukan kita berkira tapi orang tue x sedar dek untung. Makan orang bayar, Minyak orang isikan, Tol orang bayarkan, Kete pun kete kita... Apa yang dia keluarkan?

Bukan hanya sekali nie tapi dah banyak kali. Cuba lihat ada tak kawan-kawan anda berperangai macam tue? Hanya mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain?

Sesekali kita perlu menghargai orang yang telah banyak menolong kita. Kadang-kadang orang hanya nampak duit sahaja untuk membalas segala kebaikan orang kn? Kita boleh cakap terima kasih, masak apa=apa, dan banyak lagi kita boleh buat....

Kita kena selalu ingat orang yang sayang dan baik hati tak selamanya ada dengan kita jika kita tidak pandai menjaga perhubungan itu sendiri. Jangan mudah lupa dengan kebaikan orang lain. Jangan selalu menyalahkan orang lain sekiranya apa-apa yang berlaku dan cuba lihat pada diri sendiri.

Memang betul la Tun M berkata yang Melayu mudah lupa dan ada tambahan dari aku sendiri yang tidak sedar dek untung! Ini bukan nak marah tapi sekadar nasihat walaupun agak keras.

Tapi kenapa orang sebegini bermuka tebal dan sering tidak malu untuk meminta tolong ketika kesusahan dan bila senang langsung tidak pandang kita.

Memang rasa tawar hati untuk nak bersukaria, membantu, keluar, ajak makan-makan, dan semuanya dengan orang sebegini...

Kawan-kawan, sila jangan jadi macam tue yea. Kalau anda dikalangan orang cenggini silalah berubah untuk kebaikan diri anda dan perhubungan persahabatan anda sendiri...

Ini hanya luahan dari saya yang tidak sempurna dan sensitif hatinya...

Monday, December 20, 2010

Isi Hati Irina : Aku Vs Dia


Adakah dia mengingati aku sebagaimana aku mengingatinya?

Adakah dia merindui aku sebagaimana aku merindunya?

Adakah dia mengasihi aku sebagaimana aku mengasihinya?

Adakah dia menyayangi aku sebagaimana aku menyayanginya?

Adakah dia menyintai aku sebagaimana aku menyintainya?

Adakah dia menerima diriku seadanya sebagaimana aku menerima dirinya?

Adakah dia menghormatiku sebagaimana aku menghormatinya?

Adakah dia memahamiku sebagaimana aku memahaminya?

Pelbagai persoalan muncul di benakku kini...

Adakah dia memang ditakdirkan untukku?

Adakah dia yang terakhir dan selamanya untukku?

Adakah dia akan menjadi Sahabat sejatiku? Suamiku? Ayah kepada anak-anakku?

Terlalu banyak soalan yang tidak dapat aku jawab buat masa sekarang dan aku tidak mampu untuk bertanyakan dia jua...

Semoga aku dapat berpegang kepada tiga janjiku dalam perhubungan ini iaitu percaya, komitmen dan ikhlas... Dan semoga dia juga begitu...

~oh hatiku ingin berbicara lagi~

Friday, December 17, 2010

Isi Hati Irina : Aura "Single" vs "Berpunya"


Bila kita berkeseorangan atau lebih mudah ayatnya "single" atau "lone ranger" tiada langsung yang suka atau tertarik dengan kita tetapi bila kita sudah berpunya mesti ramai yang tetiba memuncul diri entah dari mana....

Ini bukan sekadar pengalaman aku yang sudah beberapa kali bercinta dan berputus cinta... haha... Ini dari apa yang aku lihat dan dengar pengalaman kawan-kawan aku sendiri...

Apa yang menyebabkan tetiba ada daya tarikan selepas berpunya?

Mungkin orang yang sudah berpunya nie:

1. Muka orang bercinta nie lebih dan sentiasa berseri-seri/bercahaya...
2. Lebih bergaya dan mementingkan penampilan..
3. Menjadi lebih peramah..
4. Mudah tersenyum..
5. Lebih mudah didekati dan mudah bergaul...
6. Lebih menjadi diri sendiri...
7. Berterus-terang...
8. Sentiasa ceria... "happy go lucky"..

Sebab itu agaknya orang lebih "nampak" kita wujud... walaupun tidak cantik tetapi perwatakan dan personaliti yang kita bawa itu mempesonakan orang lain yang melihat...

Mungkin orang yang "single" nie:

1. Muka suram/sedih/kurang ceria...
2. Sentiasa berfikiran negatif...
3. Menjadi pasif... mengambil sikap berdiam diri..
4. Suka bersendirian dan kurang bersosial dengan jantina berlainan...
5. Suka menyimpan perasaan...
6. Sentiasa diselubungi masalah...
7. Tertekan.....
8. Mudah menangis...terlalu sensitif
9. Memakai "ala kadar" atau "asal boleh" ajer...
10. Muka sentiasa pucat dan tidak bermaya...

Mungkin sebab-sebab di atas menyebabkan orang-orang sekeliling anda menjauhi diri dari anda disebabkan risau tersalah cakap atau melawak... mungkin akan mengusik jiwa anda yang sedang bergelora dan bermasalah...

Ini mungkin di antara apa yang aku dapat lihat dan aku pernah hadapi semasa di landa kekecewaan dulu... sekadar pengalaman sendiri... dan pengalaman setiap orang itu berbeza...

Apa salahnya ambil masa yang singkat untuk bersedih dan selepas itu manjakan diri sendiri dengan perawatan rambut, wajah dan badan... supaya lebih nampak cantik dan bergaya... Bukan kita buat untuk orang lain tetapi sebagai hadiah untuk diri sendiri...

Kita sentiasa harus sayangkan dan mementingan kecantikan, kesihatan diri sendiri sebelum  hendak menyayangi orang lain... Bagaimana nak sayang orang jika kita sakit dan tidak mampu untuk menjaga nya?

Kepada yang masih single jangan risau sebab jodoh kita adalah urusan-Nya.... Kita mohon supaya dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat... Insya-Allah...

~irina berbicara~

Thursday, December 16, 2010

Isi Hati Irina: Kompromi vs Perhubungan!


To compromise is to make a deal where one person gives up part of his or her demand. In arguments, compromise is a concept of finding agreement through communication, through a mutual acceptance of terms—often involving variations from an original goal or desire. Extremism is often considered as antonym to compromise, which, depending on context, may be associated with concepts of balance, tolerance. In the negative connotation, compromise may be referred to as capitulation, referring to a "surrender" of objectives, principles, or material, in the process of negotiating an agreement. In human relationships "compromise" is frequently said to be an agreement that no party is happy with, this is because the parties involved often feel that they either gave away too much or that they received too little ~http://en.wikipedia.org/wiki/Compromise~

Atau dalam bahasa yang mudah difahami saling menerima pendapat/cadangan/keputusan..

Teringat ada satu scene dalam filem hindustan aku sgt gemar menyebut "Cinta tidak perlu ada kompromi"...

Ini berlainan maksud dari maksud kompromi asalnya yang mana harus saling menerima pendapat dan keputusan masing-masing bukan hanya dari satu pihak.

Cuba anda fikirkan sepanjang perhubungan anda dengan seseorang sama ada sahabat, kekasih, suami atau sesiapa sahaja, adakah anda saling berkompromi? Atau hanya anda mengikut apa saja cadangan/keputusan mereka?

Bila kita berkasih sayang banyak yang kita terlupa nak jaga. Hati dan perasaan sendiri kerap terabai disebabkan terlalu memikirkan perasaan orang lain. Lama-lama ia akan meracun diri sendiri dan diri sendiri yang sakit. Dalam kita menjaga hati dan perasaan orang lain kita perlu menjaga diri kita dulu atau selfish. Memang pada dasarnya tidak baik untuk menjadi seseorang yang mementingkan diri sendiri tetapi kita lihat pulak pada hakikatnya yang kita lebih disakiti bila terlalu menjaga hati orang lain.

Di mana kompromi itu jika pendapat/keputusan kita selalu ditolak mentah-mentah tanpa difikirkan dan diberi cadangan yang lebih baik. Kadang-kadang kita lebih banyak mendiamkan diri bila disuruh memberi cadangan/pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah disebabkan cadangan kita selalu ditolak dan dianggap tidak bagus.

Adakah kompromi ini wujud sebenarnya ataupun hanya satu pihak berkompromi dalam hal-hal ini? fikirkanlah...

~kompromi vs perhubungan~

Informasi : 24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Sumber: http://www.tentangcinta.com/

Tuesday, December 14, 2010

Isi Hati Irina : Makan Hati Berulam Jantung...


orang kata hati tue x baik sebab organ dalaman tapi kenapa ada pulak disebut dalam pepatah di atas?

sebenarnya "hati" yang disebut adalah berkenaan perasaan dan emosi seseorang.... selalunya bila disebut pepatah ini, orang itu tgh dilanda kesedihan,kekecewaan dan hati yang tak tenang...

Makan hati bermaksud seseorang tengah sedih, dilanda kekecewaan, dan marah dengan seseorang tapi tidak terluah..

Berulam jantung hanyalah perumpamaan yang menyokong kepada makan hati... maksudnya orang itu benar-benar dilanda kesedihan yang amat sgt...

Apa yang menyebabkan orang makan hati nie?

1. Dapat tahu orang menipu
2. Dapat tahu kekasih hati keluar dengan orang lain...
3. Dapat tahu kekasih hati ada kekasih lain/sayang pada yang lain/tidak setia...
4. Dapat tahu orang tikam dari belakang "backstabber"
5. Dapat tahu orang mengutuk/mengata tentang diri kita..
6. Dipulaukan oleh kawan-kawan..
7. Bila orang kita sayang kritik/kutuk/marah kita depan orang lain...
8. Bila orang kita sayang buat keputusan tanpa tanya pendapat kita...
9. Bila orang kita sayang lebih rapat dengan orang lain..
10. Bila kita tidak lagi menjadi kesayangan/istimewa bg orang yang kita sayang...

Ini antara apa yang aku rasa menjadi pilihan jika makan hati berulan jantung nie... tapi harap akan menjadi kesayangan orang yang aku sayang sampai hujung nyawa.....

~jangan selalu amalkan makan hati dan organ dalaman~

Monday, December 13, 2010

Isi Hati Irina : Dari mata turun ke hati....


Orang kata "mata" nie ada kuasa... Ada kuasa untuk menarik seseorang itu menyukai/jatuh cinta/benci seseorang itu... Sebab tue wujudnya "Cinta Pandang Pertama"

Apa ada mata? Apa kaitannya dengan hati?

Mata..
Boleh dikaitkan dengan lirikan mata, jelingan, pandangan, mempunyai sepasang mata yang cantik...

Hati...
Dikaitkan dengan perasaan, dan emosi..

Bila seseorang melirik/menjeling pada seseorang yang disukainya, macam telepati akan wujud satu perasaan si dia yang perasan diperhatikan... Mungkin dia akan rasa diperhatikan, disukai dan menjadi pujaan... kebiasaannya bila orang akan merasai begitu...

Mungkin juga pertama kali dia tertarik dengan seseorang yang biasanya orang melihat pada matanya... dan sedar perasaan suka/cinta itu terdetik dalam hatinya... Ini kah dinamakan Cinta?

Baik lelaki atau pun perempuan, kita tidak boleh menipu perasaan kita jika selalu diperhatikan. Adakah kita disukai atau menjadi bahan bualan... kita berfikir baik jerla... x elok jika selalu berfikir yang negatif...

So, lepas nie orang pandang-pandang tue jeling-jeling la sama yea...  Mana tahu kan memang itu memang jodoh yang telah ditakdirkan untuk anda... dan mana tahu kan dari mata turun ke hati...

~love at the first sight~start from eyes~

Followers