Thursday, January 20, 2011

Isi Hati Irina: Sahabat yang baik....



Bila seorang diri nie kita banyak berfikir kn? Mlm nie saya rasa teramat sunyi... Teringat pulak kepada semua teman-teman yg saya kenal...


Nie antara apa yang aku rasa untuk menjadi sahabat yg baik...


1. Sudi meminjamkan telinga untuk mendengar..


2. Sudi meminjamkan bahu untuk menangis...


3. Sudi meminjamkan masa untuk meluangkan masa bersama kita..


4. Sudi meminjamkan bantuan sokongan (nasihat,kewangan,dsb) untuk kita di waktu sukar...


5. Sudi meminjamkan dirinya untuk dimarahi, disakiti...


6. Sudi meminjamkan dirinya untuk menjadi pemandu...


7. Sudi meminjamkan dirinya untuk menjadi peneman tidur... kalau lain jantina tue teman dlm sms or call jer yea....


8. Sudi meminjamkan waktu,duit,tenaga,diri dan segala-galanya untuk kita....

Adakah kita seorang sahabat yang baik? Adakah kita mampu menjadi sedemikian? Saya cuba menjadi yang terbaik untuk semua kawan-kawan saya. Yang rapat semakin sayang, yang jauh kita rapat kn... Jadi tak salah kn kita saling sayang-menyayang antara kita semua?


Memang amat sukar mencari sahabat sedemikian tetapi sahabat sedemikian wujud di sekeliling kita tanpa kita sedari kerana kita terlalu sibuk mencarinya.... Jadi hargailah semua sahabat-sahabat anda sama ada dekat atau pun yang jauh kerana mungkin mereka di antara sahabat kamu yang paling memahami dan mungkin juga sanggup mengorbankan kebahagiaan diri sendiri demi kamu... dengar macam selfish kn? Bukan lah kita ingin macam tue... cuma sahabat yang baik memang ada cuma kita perlu menyedari kehadiran "dia" di sekeliling kita...


Yang baru berkenalan, Selamat berkenalan yea...


~Saya sayang semua sahabat-sahabat saya~

No comments:

Post a Comment

Followers