Monday, April 13, 2015

Walk Down Memory Lane

Assalamualaikum..

Nanti jerla aku cerita yer.. layan la gambar dlu..

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi (known as Sekolah Abdullah Munshi)

Aku sekolah kat sini 1995 sehingga 1999 (Kira sampai SPM la tuh).

Dan juga di sini jugak aku kenal suamiku yang juga pernah sekelas dengan aku, cuma masa tuh x pernah langsung bertegur sapa. (Nanti aku share gambaq kalau ada...)


16 tahun dlu tiada surau di depan padang nie. Dulu setiap kali hujan lebat mesti padang nie jadi kolam. :)


Nie Blok A di mana aku di tingkat atas sekali adalah kelas semasa form 5 Sc 1 pada tahun 1999. Di tingkat 2 Kelas 3K2  1995 bersama suamiku kini... :)


Sebenarnya aku menggantikan MIL aku utk hadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2015 untuk adik suaminya, Husnu Mursyida.


Nie dia Husnu Mursyida yang dapat markah tertinggi di dalam Bahasa Melayu pada peperiksaan akhir tingkatan 1 tahun lepas. Nasib baikla BM dapat terbaik sebab hari2 tidoq lmbt tuh pon sebab kena jerkah dengan abah, dok layan running man 24 jam. Haih la... Bebudak sekarang nie siap suh kawan tlg Donlod okay... Advance betoi!


Anuegrah disampaikan oleh TYT PP. 16 Tahun lalu aku juga pernah menerima Anugerah Matematik Tingkatan 5 1999 daripada TYT. Maksudnya dia pon dah nmpk uzur. Tp berucap sgt bersemangat.


Nie versi muka yg bersih. Dia terlibat dalam Bicara Berirama (ala2 macam choral speaking cuma dalam bahasa melayu). Okay pelamin eh, hiasan pentas tuh ditaja oleh syarikat pelamin so jadila macam di atas pelaminan.


Dewan nie sama jer dari zaman 16 tahun dulu. Cuma logo tue dari SAM jadi SMKAM.


Okay, hat nie cikgu ajaq Add Math dulu. Garang oiii! Cikgu Siraj Nahar. Dia akan baling buku kalau keja x siap (selalunya sebab aku nie tak berapa nk pandai sgt.. tapi Math Moden dapat terbaik..)


Nie gambar dari kantin sekolah di bawah Blok B yang mana dulu atas nie kelas aku semasa form 2K3 (1996). Yang nampak tuh Blok C dulunya kelas aku di tingkat atas sekali semasa Form 1K8(1995) dan Form 4Sc2 (1998).

Pastu yang jalan berbumbung nie jalan ke bilik Kemahiran Hidup.


Keadaan kantin hari ni. :)


Meriah kantin depa meja kaler maler.. dlu rasanya kami meja hat zink tuh kot.


Nie Blok C tadi.


My School SAM (1995-1999)


Terjumpa pulak Cikgu Savanee yang ajar subjek Sains semasa From 3. Cikgu ni dulu semua budak lelaki suka usik sebab seksi ma...


Dulu tiada jalan berbumbung nie. Semakin maju sekolahku... 

Banyak sgt kenangan yg x best mengusik jiwa... tapi banyak juga yang membuat kan aku rindu sgt nk jumpa depa especially adik-adik kesayanganku..

Sometimes a short walk down memory lane is all it takes to appreciate where you are today.

No comments:

Post a Comment

Followers