26 Mac 2016
Hari ketiga
Hari nie kami turun awal sikit sebab nak shopping depan
hotel. Memang ada sorang makcik nie meniaga bentang tikar depan hotel. Harga?
Murah gila kot!!
Kalau telekung yg kami beli RM50 tu dapat 4 helai RM100(dia
terus meniaga dlm RM senang katanya). Yang beli RM80+ tue jenis kain
sutera dia jual RM40 jer. T-Shirt RM10 jer. Kain batik/pelikat bawah
RM18 gitulah. Jubah yg we ols beli dengan harga lebih kurang 200,000 dapat
150,000 jer (+-50). Seriously. Jangan main2 okay sebab semua yang ada Jenama
sebab di pasar atas harga dia paling murah pon dalam RM25 camtuh. So apa lagi
dengan perasaan yang menggebu (walaupun terpaksa meminjam) i beli kain pelikat
2 , batik corak jawa 5 , tshirt 3.
Then abis jer membeli terus masuk dlm bas sebab semua ahli
rombongan dok tunggu dlm bas. Haha. Pening ketua rombongan.
Then destinasi terakhir untuk kain sulam adalah di Sulaman
Hj Rosma di Bukit Tinggi. Nie tempat nya untuk belajar sulaman. Kami masuk
untuk tengok sendiri pelajar2 tengah dok menyulam. Ingat senang ka? Taw mintak
diskon saja. Mai tgk susah oi tambah yg banyak lubang2 tu sebab depa sulam ye
bukan tebuk2 gitu.
Cantik sgt2 kat. Dari sampai dok belek tak habis. Ikut mata mmg nk amek yg pink utk putri tapi x naik pulak sulamnya. So amek yg hijau. :)
By the way nampak kan pelapik hijau kat bawah tu? Mahal tu weh.. Rasa macam sejuta lebih rasanya kot sebab mmg penuh sulamnya.
Kos untuk belajar adalah 10 juta yer or RM3k utk 6 bulan.
Ala lebih kurang macam kita belajar kursus sambilan kat Kolej Komuniti/Giat
MARA. Dia cakap kalau yang minat dalam 5 bulan dah pandai dah sulaman nie.
Nampak tak lagi kecil bunganya lagi detail sulamannya
Mesti dia nervous kan ramai2 dok kerumun tengok dia dok sulam. Haha
Di belakangnya kelas untuk belajar dan di depannya adalah
kedai. Mak oi! Aku meminjam lagi sebab kebaya nyonya yg telah menarik perhatian
aku dari jauh. Cantik sgt oi! Harga dlm 165.000 tp diskon 150.000 . Rambang
mata kot. Mahal tp jahitan sgt kemas dan cantik.
Ini adalah syurga. Cantik2 dan rugi tak grab satu buat koleksi atau kenangan. Sebab semuanya perfect dan cantik!
Kak pilih jangan tak pilih kak. Lawa tu.. :)
Ada table runner, ada pelapik meja, kain sulam, telekung,
selendang, sarung bantal dan macam2 semuanya disulam dengan sangat cantik!
Nampak tak orang yang sangat2 tak sedar yang dia dah sgt muflis tp nk
bershopping. Haha. So memang tak rugi lah beli sebab kat sini org jual RM150
kot baju tu. J
Then sesi bergambar lah apa lagi kan?
Otw balik ke Pekan baru singgah lagi kedai jual jagung di
tepi jalan. Actually nie segalanya berkisar pasal jagung. Bukan jagung fresh
tue. Nie produk berasaskan jagung seperti Bubur Jagung, Jagung Rebus, Cucuq
Jagung, Tauhu sumbat Jagung, Ayaq Jagung, Kerepek Jagung dan macam2 la semua
pasal jagung. Tp sebab dah muflis jadi ketua rombongannya belanja. Haha. TQ
boss.
Then masa kami otw ke Bukit Tinggi, Pak Tono ada bgtaw yang
akan singgah di Lekok 9 iaitu salah satu
tempat yang famous utk org ambil gambar.
Ahli rombongan yang tidak jemu bergambar. Pantang nampak camera.
Aksi ini hanya dilakukan oleh yang profesional sahaja. Haha hanya depa ja taw.
Layan gambarnya dulu ye bapak2 dan ibuk2. Dikatakan jalan
lamanya ada 9 lekok or belok (jalan kona-kona). Tapi pemerintah dah upgrade ke
jalan yang baru dan jadi sgt tinggi.
Seriau la jugak kalau tgk dari atas. Kalau dari bawah nampak
sayup tinggi. So kalau bukit balik pulau nie dah rasa gayat yg nie
superdupergayat kot!
So lepas berenti ambil gambar kami terus melayan jalan
berbukit hampir 2 3 jam untuk ke Bangkinang. Then kami stop utk lunch di RnR
(Ntahla tengah2 bukit ada RnR Kalau malam mau kata tempat tuut kot..) Makan
nasi padang lagi tp yg menarik ada jual buah salak yg manis.
Then dlm kul 2 lebih sampai ke Sekolah Agama di Bangkinang.
Kami bersama2 beberapa politeknik membuat macam2 aktiviti utk mencari dana bagi
membina sekolah agama ini. Antaranya Pasar Kemboja, mohon sumbangan dari NGO
dan sebagainya.
Nie dia sekolah agama yang dibina dengan kos RM70,000.00. Ada 6 bilik kelas semuanya. Luas dan sangat selesa.
Sepatutnya hari ini adalah penyerahan tapak sekolah tapi
disebabkan kekangan dan macam2 masalah jadi ditunda. Kami dah beli tiket
masing2 kan? So bos lepaskan lah. Tapi team yg buat liputan tetap menjalankan
tugas untuk membuat laporan kemajuan sekolah agama ini.
Shh.. wawancara sedang dijalankan.
Actually kampung dia sama mcm kita di sini. Tak rasa sgt
perbezaan. Pastu kami singgah di tepi sungai Kampar yang mana depa jugak bela
ikan dalam sangkar macam kita jugak. So di sini jugak ada patin jugak dan lemak
manis.
Nie kaki memancing jadi memang seronok la jumpa air dan ikan. :)
Selesai di sini balik ke Hotel Grand Djokro di Pekan Baru
lebih kurang 6 lebih so tunggu check in dan bersiap sebab rasa sgt berlengaih
then p dinner.
Sebab dah berhari2 makan nasik padang jadi semua dah muak.
So Pak Tono bawak ke kedai yg famous dengan Bakso di bandar Pekan Baru. Bakso
simple tp sedap kot. Dia letak mee+mihun then 4 ketul bebola daging (1 besar 3
kecil). Rupanya di dalam ada teluq puyuh. Wow!
Uish macam jalan TAR jugak la mlm2. Ada shopping Mall dan
macam2 kedai. So kami mintak la nk p bank la sebab kebetulan husband suh
carikan jersey pasukan sana. So p mall macam blur sebab dia mall ala2 macam
bukit jambui or warta kat bangi macam tu ja. So kedai sukan pon ada 1 ja, tanya
pasal jersey dia bgtaw jersey pasukan dikeluarkan oleh pemerintah dan tidak
dijual. Kalau kita banyak jer kot jersey team malaysia or negeri dijual kn?
Siap ada gred AAAAAA. Haha
Janjinya satu jam saja sama pak Tono tapi biasalah kan kalau
dah kata nak window shopping dekat 2 jam jugak la... Haha.. Sampai mall tutup
dekat kul 10 malam la. J
Then balik susun beg balik sebab tadi kan dah tershopping
lagi. So kena buat penyusunan semula.
Hotel memang terbaiklah! Sebab ada Wi-fi sebenarnya dan
sangat mewah dah selesa. Tengok kat luar harga semalam mencecah 499.000. Uish
mahal jugak tu... Antara hotel yg termahal di area Pekan Baru. Ala semua dalam
pakej apa risau. J
So till next time. Sambung hari ke-4 Dah nak balik oi oi.
Hahaha
No comments:
Post a Comment