Tuesday, March 29, 2011

Isi Hati Irina: Yang menyayangi atau yang disayangi lebih penting?


Kata dasarnya adalah sama iaitu sayang tetapi mempunyai maksud yang berbeza.

Menyayangi seseorang adalah sanggup melakukan perngorbanan duit, masa, tenaga semata-mata untuk orang yang amat kita cintai. Sanggup bersengkang mata hanya untuk menemaninya ketika dia susah hati atau sedih. Sanggup menaiki bas yang perjalanan hampir berjam-jam hanya untuk berjumpa dengannya. Sanggup membuat kerja lebih masa semata-mata untuk mendapatkan apa yang orang yang dicintainya hajati. Sanggup ikat perut semata-mata untuk memberikannya makan yang sedap-sedap.

Macam biasa berlaku kn? Walaupun berbuih mulut kawan-kawan menasihati jangan buang duit utk dia. Jangan sebab dia kita yang susah. Tapi sebab dah terlalu menyayanginya lah kita buta tak nmpk keburukannya dan tuli dengan apa yang orang kata...

Disayangi adalah orang yang menyayangi kita dan ikhlas terhadap kita. Tak perlu kita meminta tapi dia sentiasa memberi. Tak perlu kita panggil sekiranya ada masalah sebab dia selalu berada di sisi. Dia selalu meminjamkan bahunya semasa kita sedih, dia sentiasa meminjamkan telinganya bila kita ada masalah, dia tak pernah sesekali melupakan kita walaupun jauh mana kita berada.

Lain rasanya bila diri disayangi dari menyayangi... betulla juga orang kata lebih baik berkahwin dengan orang yang mencintai dan menyayangi diri kita dari kita menyayanginya sebab orang yang sayang kita takkan sesekali meninggalkan kita. Tetapi orang yang kita sayang akan ada waktunya berubah perasaan bila terjumpa dengan orang yang dia sayangi. Memang sedih sgt bila terpaksa melepaskan.

Betul juga kata kawan-kawan aku yang mana baik menangisi perpisahan sekarang dari kita jenuh menjaga sesuatu perhubungan itu dan dia langsung tak ambil kisah. Dan lambat lain perpisahan itu akan terjadi juga. Lambat atau cepat cumalah masa. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

Sesuatu yang baik itu akan datang juga cuma akan datang lambat sikit supaya kita lebih bersabar. Semua orang akan mendapat kebahagiaan itu. Cuma kita perlu mendekatkan diri kepadanya dan muhasabah diri baik buruknya kita. Dari asyik menilai kebaikan dan keburukan orang lain.

Ada benarnya kata punjangga ,"Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang..."

Tetapi sayangilah orang yang menyayangi diri anda selayaknya dia... Sebab dia memang berhak untuk disayangi...

2 comments:

  1. tapi hati saya kecil sgt unt simpan perasaan sayang. cane?

    ReplyDelete
  2. fizikalnya memang kecil tapi mampu isi sayang dengan banyak!! :)

    ReplyDelete

Followers