Tuesday, March 22, 2011

Isi Hati Irina: Lat Kampung Boy sebuah Muzikal pada 4th April 2011

Jom ramai2x kita g tgk teater! Supportlah industri tempatan!

Actually nie dah masuk kali ke 5 tgk teater kat Istana Budaya. Memang sgt best!

1st:  Mahsuri, nie beli sendiri tiket RM30.
2nd: Muzikal Tun Abdul Razak, nie dpt tiket free sebab ada boss member tak jadi tgk... tempat duduk baik punya!
3rd: Natrah, nie member dia beli tiket lebih sesaja... so, ai pon men'joinkan diri...
4th: Siti di Alam Fantasi, seat nie best sebab member beli tiket awal... Nie adik nk tgk sgt, so dengan excitednya beli tiket...

Kali ke 5, seperti di bawah...(sila masuk ke http://www.istanabudaya.gov.my/ untuk maklumat lanjut)

Nie aku copy sket sinopsis dari portal istana budaya.
Tajuk : Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal

Produksi : Tall Order Production, Institut Terjemahan Negara, KPKK
Kategori : Teater
Tempat : Panggung Sari,Istana Budaya
Tarikh : 16 Mac - 3 April 2011 (extend sehingga 5 April 2011)
Masa : 3.00 petang & 8.30 malam
     
Sinopsis :     
Teater muzikal ini mengisahkan kehidupan Lat yang bermula sejak zaman kanak-kanak ketika beliau membesar di sebuah kampung di Perak, sehinggalah beliau menjadi kartunis yang dikagumi di seluruh Negara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Mohd Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat, dilahirkan di sebuah kampung kecil di Kota Baru pada tahun 1951. Sejak awal usianya, beliau telah menunjukkan minat yang mendalam dan berbakat besar dalam melukis. Mujur ayahnya, seorang kakitangan kerajaan berjawatan kerani, memberikan dorongan penuh kepada kesungguhan dan minat anaknya.
Berhijrah ke kota Ipoh untuk mencari peluang lebih baik, Lat secara automatik menjadi budak 'kota' yang menemukannya dengan Mrs. Hew, guru yang banyak menekankan betapa pentingnya pengetahuan dan pembelajaran. Lat turut mengenali Frankie, seorang budak Cina yang berkongsi minat sama dengannya, iaitu muzik.
Semasa dewasa, Lat berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur (KL) di mana beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan jenayah di New Straits Times, Balai Berita – di bawah bimbingan Pengarang Kanan, Pak Samad. Di KL, Lat juga bertemu dan jatuh cinta dengan Faezah. Tatkala hampir mengalah berhadapan dengan kehidupan mencabar di KL dan ingin kembali ke Ipoh, ketika itulah karya kartunnya, 'Sunat' diterbitkan dalam Asia Magazine.
Di sinilah bermulanya titik penting kepada perubahan dalam hidupnya.
“Scenes of a Malaysian Life” dan "The Kampung Boy" karya Lat pula menyusul kemudiannya.
Kehidupan Lat mula berubah, karya kartunnya juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana sahaja. Impiannya untuk menjadi kartunis profesional sepenuh masa akhirnya menjadi realiti.
Namun kemasyhurannya itu perlu dibayar dengan nilai tersendiri. Lat terperangkap dalam arus perhatian umum. Umpama orang di sekeliling menyelidiki setiap sudut dirinya. Syarikat besar mula menghubunginya. Lawatan dan tugasan mula “menghimpit” waktunya. Beliau mula berjuang berhadapan tuntutan menjadi ikon Negara.
Apakah yang beliau lakukan untuk menghadapi semua ini? Adakah Lat berjaya menangani tuntutan yang dihadapinya? Saksikan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal untuk mengetahui kesudahannya!
     
Tiket : RM40, RM70, RM100, RM120, RM160, RM200, RM230, RM300
     
Tempahan / Pembelian Online : http://www.ticket2u.biz/
Hotline : 03-41498600

2 comments:

Followers