Thursday, December 27, 2012

Welcome to KPT!



Assalam,
Alhamdulillah akhirnya dah dpt surat jd comfirmla aku akan berkhidmat utk KPT iaitu Kementerian Pelajaran Tinggi di Politeknik Balik Pulau. 
Aku kena lapor diri kt KPT Putrajaya dl on 2.1.2013 sbb 1.1.2013 kn cuti new year. Eh ada negeri x amek cuti new year taw.
Syukur alhamdulillah. Packing pun dah ready cuma nk letgo katil, tilam, kabinet kt mommy. Seb bek hat lain mama n abah da bwk blk separuh. 
Byk nk settle ni TNB, SYABAS, ASTRO & KUARTES. 
Agak kelam kabut sbb dpt surat tak smp seminggu. Kami pun dah plan g langkawi. Tu kelam kalibut.
Semoga Allah SWT permudahkan semuanya. Amin.
Wslm.
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 26, 2012

Oh Perempuan!

Zaman dah berubah jd semua perempuan perlu ada pelajaran yang tinggi.

Ini utk mendapatkan pekerjaan yg baik.

Utk perbelanjaan sendiri utk beli rumah, kereta, simpanan, byr loan belajar dan holiday.

Ia juga perlu utk menjamin masa depan.

Walaupun dah berkahwin tp husband perlu menyediakan tmpt berteduh dan yg wajib disediakan dan dibyr.

Brg2 lain spt brg dapur kita tlg belikan. Hutang sdr jgn mtk husband byrkn. Byr sendiri.

Jd kita ada simpanan sendiri dan tak perlu meminta-minta. Kalau dia nk bg syukur Alhamdulillah.

Jd walau mcm mana pun punca rezeki, kita perlu ada simpanan sdr utk emergency.

We dun kno what goin to happen in our future. Juz be realistic and independent.

That all.

Oh lalala.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 25, 2012

Tak sangka!

Assalam,
Tengah bz mengemas dan membuang brg 2 tak perlu ternampak kertas ni. Ingat ka iklan besa-besa depa bubuh dlm box. Rupanya mcm tok bomoh no ekoq.
Depa ni sedaq tak hukum main nombor berjudi ni haram. Okla katakan dia bukan Islam kn xpa la tp dia taw tak hampir 99% yg dok kuartes putrajaya semuanya melayu dan beragama ISLAM.
Sape la buat keje x bermoral ni. Kalau kaya pun p cr rezeki yg halal ye supaya selamat dunia akhirat.
Sambung mengemas.
Sekian,wslm.
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Emosi T_T

Assalam,

Sayu sgt bila abah n mama dah blk. Rasa macam dulu masa depa mai melawat kat asrama. Hish, da beso2x nie pon sensitip sgt kn? Anyway aku sgt bersyukur sebab ada parent yg sgt prihatin n sayang aku. Kekadang tuh rasa mcm depa sayang aku lebih. Haha verangan je la x padan ngan anak sulung kn?

Tp memang abah aku pernah ckp aku nie paling manja dalam family dari adik-adik aku. Haha. Nk buat cemana kn?

Aku ingat lagi masa aku kena masuk spital arituh. Anyway aku dah masuk awal kul 3 pagi tp dlm kul 6 pagi cam tuh br gtaw parent aku n adik-adik aku. Terus depa amek cuti n mai kat aku. Masa aku kena tolak masuk bilik OT depa sampai kat hospital. Dengan x makan lagi depa tunggu smp aku keluaq bilik OT. Sebak sgt tgk depa. Tp aku br taw jer abah cita ngan aku semalam. Ayaq mata nk menitik tp ditahan jer.

Nie aku gtaw depa aku dpt tukaq dan kebetulan memang depa nk mai sini ada kenduri anak kazen aku. Siap bawak kotak-kotak dah. Tak payah gaduh nk cari. Siap belikan plastic hitam bagai. Siap tlg packing kn? Aku kn dok serabut x taw nk pack mana dulu. Yela husband jauh kn? So nk kena buat semua sendiri.

Smlm pulak aku p kelas menjahit so mama n abah decide nk p GM klang. Tak semena-mena jari abah terkepit kat pintu keta. Abis tgk smlm darah masih menitik-nitik walaupun berapa jam dah. Tp abah tahan kan ajer. Ayaq mata bergenang lagi.

Smlm abah ckp nk punggah barang masuk keta tgh malam sket jadi aku pon letih sgt seharian belajaq menjahit tertdoq la awai sket n ingat nk tlg la abah angkat brg masuk kete. Terjaga kul 2 pagi dengaq org dok angkut brg tgk2x dah abis dah abah angkat barang. Dengan jari berbalut. Besaq kn pengorbanan depa. Ya Allah selagi aku hidup aku akan balas jasa depa.

Td masa nk balik pon tgk kereta penuh barang-barang aku tp sikit pon x merungut. Mana lagi aku nk dapat parent macam nie kn? Sedih betul.

Semoga perjalanan pulang mereka diberkati oleh Allah SWT. Love them soooo much, Speechless nk ckp lagi.

Wslm,

Irina

Jubah ala Yasalma

a
Sehelai jubah hasil tangan ku. :)
Mama jd modelku. Thanks mama

Peralatan sebelum belajar menjahit. 


Assalamualaikum,
Semalam sy g berguru dgn kak salma dari Yasalma Modest Designer. Buat jubah. Dari ukuq, lukis,potong dah jahit semua sendiri.
Cuma mesin jahit mcm marah je x nk kwn. X kenal lg kot. Seb jahit tak ke laut sgt. Tp memang best sgt. 
Kelas dr kul 10 pg - 6 petang. Siap dgn lunch nasi arab ok. Sedap sgt.
Kak salma walaupun dan terkenal buat jubah pengantin n kasual tp tetap ramah dan tak sombong. Berbaloi sgt belajar dgn org x lokek ilmu. Semoga kak salma terus sukses.
My aim utk buat jubah or baju yg ikut syariat Islam sahaja. Sy tak nak saham org pakai bj saya x tutup aurat. Mudah-mudahan termakbul.
Ok la sayang. Layan gambaq pulak.
Guna mama sy sbg model. Cantik sgt kain ni berat n streacheable. Actualy ni my size xs tp mama saiz m jd nampak shape la. Tks mama.
Sekian, wslm.
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 20, 2012

20.12.2012

Assalam
Kalau org lain sibuk dok berckp pasal tarikh cantik utk bercouple, bertunang n bernikah aku pulak dapat abeskan 1 juzuk dalam 3 weeks. Insya-Allah target dpt khatam 30 juzuk tahun dpn.
Aku juga dikejutkn dgn satu berita yg aku nanti-nantikan. Tp tg esok ye. Nk tgk dgn biji mata dulu br leh percaya. Tp syukur Alhamdulillah semua yg aku rancangkn berjalan dgn amat lancar.
Jika kita bergantung kpd Allah SWT cepat atau lambat Insya-Allah terkabul. Byk sabar, usaha dan tawakal. :)
Sgt happy dan 20.12.2012 memberi erti yg sgt besar dalam hidup aku dan my gebubear. :)
Doakan semoga dipermudahkn perjalanan kami seterusnya. Amin.
Sekian, Wslm.
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 19, 2012

Baju Baru Happyshop girl

Assalam,
Ni benda yg paling baru aku beli. Baju kurung pahang bercorak burbery pink dan blue thaisilk. Cantik sgt dan sedap dipakai.
Anyway ni balance baju masa raya so derang lelong murah-murah.
Pink RM60 - Blue RM80.
Comel kn aku. Anyway masih bersaiz XS. Cuma tang tuut agak ketat. Haha. Pompuan kn nk buat lagu mana. For me x pyh nk mahai sgt bab baju ka tudung ka kasut ka. Janji selesa sbb hari-hari nk pakai.
Yg penting cantik di mata aku. Kan cantik itu subjektif. :)
Laki cheq x taw cheq beli ni. Diam-diam ha. Haha.
Ok la dok tg sebis keta kt Perodua Bangi.
Sekian, wslm.
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Me in 2012





Assalam,
Actualy atas permintaan suamiku yg comel bak teddy bear aku dah delete semua gambar dlm fb. So hanya gmbq pokok, awan, batu dan dsb shj dlm fb.
Dia x mau org tgk bini dia yg makin comot ni. Tak la nk elak fitnah katanya. Yela time ni pulak xbf dok gatai hantaq msg nk berkwn mcm besa la. Kok yon betoi. Dah kawen dah dok sengap2 jaga bini elok-elok x yah mengada nak bkwn ngan pompuan len or bini org. Tak phm betoi. Jd atas sebahagian dr alasan spt di atas aku pertimbangkn permintaan bebear aku utk dilit. 
Jd aku share gmbq latest aku kt sini. Ala boh 2 keping ja kn. Hahaa.
Yg dlm blk tu bukan ms honeymun tp masa kursus kt melaka last wk. N yg berdua masa kenduri my babysister last 2 wk. So memang fresh dr oven. 
Sekian, Wslm.
Irina

Ps: Nanti aku update adakah aku dah achieve wishlish 2012 dan buat wishlist 2013. :)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 18, 2012

Abahku sayang

Assalam,

Tertarik dgn sebuah artikel kt fb tentang seorg ayah yg menghantar anaknya yg dpt sambung belajar dgn menaiki motosikal. Dgn perjalanan yg jauh dgn beg penuh motor aku dpt bygkn.
Ok aku dah start masuk asrama sejak form 1 tp tak jauh dgn rumah.2 week sekali dpt blk rumah. Tp lepas spm aku dpt sambung blaja kt kpm melaka. Kami naik bas dgn berbeg-beg pegi melaka dr penang. Then naik bas ke asrama n lepas hantaq aku depa blk.
Ni 1st time dok jauh. Tgk parent aku takdak duit hantaq rasa bersalah pun ada. Awat dpt jauh-jauh sian kat abah n mama aku byk duit nk pakai. Mana tambang bas, brg2 lg, hotel dsb. Bila depa blk sayu rasa hati. N sepanjang 2 tahun lebih depa x penah mai tgk aku. Aku ja blk png. Aku taw kos kn lgpun aku anak sulung dah biasa dr sekolah x meminta-minta. Aku dpt elaun mara tp tak cukup. Yala nak p cybercafe dah bp hinggit nk print asengment lg. Aku mana la mampu nk mintak komputer apetah lg laptop kn. Henpon pun xdak. Kalau abah or mama aku nk tepon guna no kawan blk aku. Tp ikut turn la. Tp abah aku masuk jugak la RM50 utk 2 mg terakhir. Dah kering kontang dah ms ni.
Lepas aku dah tamat diploma aku tgk makpak org len mai jemput suma anak-anak depa. Tp aku mengangkut beg-beg berat berisi buku dan baju naik bas. Sedih tp aku taw parent aku tak mampu so aku redah ja ikut kemampuan family aku. Then sampai penang pepagi buta abah aku dah ready tdo atas moto. Kdg2 aku cl masa aku br sampai kt tapah tp abah dah kuaq umah dah. Kdg2 2 3 jam dia tunggu aku. Bayangkan dia dah tunggu dari kul 3 pg padahal aku smp kul 5 pg. Dia pun taw tp risau kt anak dia trn bas takdak org tg. Memang sedih bercmpur excitd tgk abKami x mampu pk keta masa ni. So dgn beg besaq n berat kami redah hutan dan bukit pepagi buta blk rumah. Jarak rumah kami lebih kurang sejam jugak.
So memang aku dpt bygkn keadaan pakcik td dgn anak dia. 
Tiap kali aku ingat mesti aku nangis n sbb tu aku belajaq bg dpt cemerlang. Aku antara pelajar cemerlang masa diploma tp sygnya aku x dpt nk bwk depa tgk aku berkonvo sbb hari tu aku ada 1st paper utk degree aku.
Semoga aku buat depa bangga dgn aku. Aku syg sgt parent aku terutamanya abah aku. Insya-Allah walaupun dah jd wife org tp aku tetap akan bls jasa mereka selagi bernyawa.
Agak emosi mlm ni. Wslm
Irina
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 11, 2012

Adik Ipar Lagi! Welcome Faiz...

Assalam,

Alhamdulillah aku sangat bersyukur dalam tahun nie abah aku terima 3 menantu termasuk husband aku la kn? Ewah. 

Tanggal 7 Disember 2012, 10.00 pm di Surau Taman Terus Maju, Sitiawan  my babysister Anis Nabilah telah selamat dinikahkan dengan pasangan hatinya Mohd Faizuddin dengan sekali lafaz. Alhamdulillah after 2 1/2 year bertunang akhirnya diijabkabul dengan majlis yang penuh bermakna.

Majlis berlangsung dengan sempurna tak macam majlis aku penuh kelam kabut. Tp whatever pon majlis tetap bersyukur dan selamat semuanya. Life sebagai seorang isteri pulak selepas nie. Lebih banyak hati kena jaga lebih dari hati sendiri. Perbuatan, percakapan dan pakaian kita melambangkan suami kita. Banyak kena fikir dan tak bleh nk buat masa couple dulu. Tak bleh nk tinggikan suara, bermasam muka, mengeluh dan sebagainya. Diam jer. 

Walaupun banyak cabarannya kita tetap kena hadapi dengan sabar. Insya-Allah walau sepanas baran mana pon tetap akan sejuk bila kena dengan hanya titisan air kn? Jadi bersabar banyak-banyak yea. Akak tak mampu nk bagi atau sponsor apa utk majlis cuma mendoakan kebahagiaan adik-adik yang amat disayangi yang kini milik orang lain.Sedih pulak kn?

Insya-Allah Anis akan menjadi seorang isteri yang baik di sisi Faiz. Jaga adik akk elok-elok yea Faiz. Tanggungjawab seorang suami nie sgt mencabar dan bukan setakat bg nafkah dan sediakan tempat tinggal. Semoga kita dirahmati oleh Allah SWT. Semoga ikatan ini kekal hingga ke hujung nyawa. 

Love both of you.

Wslm
Irina

Thursday, December 6, 2012

Oh Bas dimana?

Assalam,
Now tgh tunggu bas kat putra sentral nk blk penang. Anyway bas pukul 10.45 tp always late. Mata dah sakit, kepala pun pening-pening, tekak mual, perut masuk angin.
Eh, kite x pregnant la kepala dan mata sakit sebab pakai spec dah berkurun x pakai myb the power kot. Yela contact lens dah jd bff kite kot. Then tekak mual n perut masuk angin myb sbb x amek diner lg. Mls nk kuar sbb byk benda nk buat td. Hek eleh padahal sbb packing last minute n tgk tv kn? Byk la alasan kn.
Anyway doakan perjalanan kite eh. :)
Wslm
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Travelling day!

Assalam,
Bytheway malam esok my babysister nikah. Jadi malam ni nek bus ke penang n esok pagi-pagi gerak blk perak dgn my husband. Mata mesti jd panda. Oh mai.
Then on saturday reception day. Semuanya kt rumah jd agak sibuk la. Kena touchup lebey karang nampak muka panda dlm gambaq. Xmo xmo.
Then on sunday pagi gerak blk penang n petang naik bas blk putrajaya. Nk tgk gak pengsan tak tgh jalan. Huhu
Semoga dipermudahkan pernikahan my babysister Anis & Faiz. Amin.
Wassalam,
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 5, 2012

Minta Maaf

Assalam,
Lama x update coz hapy husband dtg.
Amalan meminta maaf ni adalah perlu tambah lagi dgn suami. Minta maaf lah dgn suami setiap kali sebelum tdo. Bg yg pjj mcm aku call utk minta maaf je. Setakat ni ada la 2 3 kali terlupa sbb penat sgt or masa jumpa dia. Yela seronok sgt berbantal lengan dia sampai lupa nk minta maaf. Percayalah yg malam tdo mesti nyenyak n tersenyum. Tenang sgt. :)
Actually minta maaf ni kepada semua tmsk parent kita, adik beradik, kawan-kawan dsb. Insya-Allah hidup kita lebih tenang pabila dimaafi. Mudah-mudahan.
Badan x sihat, bersin dan selsema. Semoga cepat sihat ye badan coz esok n lusa nk travel.
Today already 2 month since i miscarriege n we looking for gud news next year. Although we hv ur brother or sister sayang, mama will always love u.
Jom tdo. Saya minta maaf kt semuanya yea. Wassalam.

Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 30, 2012

Excited! After 2 week!

Assalam,

My husband datang sini! Yeay! Alalalala, nie la gayanya orang pjj. Nk buat macam mana kadang-kadang orang x paham yang pjj memerlukan kos yang sgt tinggi. Meh nk tlg buat kira-kira jap!

Kos tambang bas: RM39/sehala X 2 (pegi balik) X 4/5 (week in a month) = RM312/390 per month on transportation. (Tak dapat la nk drive kos sekali pegi balik jer dah RM200 kalau 4 or 5 kali mau dekat RM1000)

Then kos nk beli barang dapur, makan, minyak, tol, tgk wayang, kuar deting bagai semua lagi mau ada dekat RM200-RM300 sekali datang kn? (RM300 X 4/5 = RM1200/1500)

Okay tue antara kos-kos yang kena ambil kira bila sekali datang. Jadi sebulan jer kena peruntukkan about RM1500 utk kos plus everything kn? Tue belum lagi duit poket utk saya kn? :P

Ha, korang nilaikan la sendiri. So, disebabkan itulah kami terpaksa jumpa hanya 2 week sekali or aku blk sana. So, sad kn? Okay, masa couple dan berkahwin adalah 2 benda berbeza ye. Kena ingat tue. 

So, dah penat bebel jadi nk fikir mana pulak nk bawak husband aku pegi n nk masak or makan kat mana pulak. Kadang-kadang sebab faktor masa n everything dia lebih suka makan kat luar dari masak kat rumah. yela alang-alang nk keluar kn? :)

Takpe Insya-Allah esok dok skali myb br leh main masak-masak kn? :)

Okay lah, really excited sebab arituh ckp x jadi datang sebab shortage kn? Sian pulak tp dah dia dgr suara keciwa dan separuh merajuk jadi terus g beli tiket bas! Yeay! Love him ketat-ketat!

Tue la al-kisahnya orang pjj nie. Jadi, just doa byk2x dapat tukar cepat before getting pregnant again. Amin. 

Okaylah, that's all for now! Da... Wslm

Love,
Irina

Monday, November 26, 2012

Adik ipar Adilah Anuar!









Assalam,
Sepertimana sedia maklum adik lelaki sy Hadi telah selamat diijabkabulkan dgn pilihan hatinya Adilah Anuar.
Jadi saya dah ada adik ipar utk dibuli. Anyway dia pun pjj mcm sy jugak. Nk wat cane kn dah koje. Redha je la. Insya-Allah kalau ada rezeki kita akan dipermudahkn. Amin.
Lagi 2 minggu nk terima sorang lg adik ipar lelaki pulak. Adik perempuan bongsu sy pulak nk kawen. Semoga perjalanan majlis mereka dipermudahkan dan berjalan dgn lancar. Amin.
Nanti sy upload gmbr iye. :)
Wslm.

Lot of love,
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 24, 2012

Cinta

Assalam,

Apa tue cinta? Bila dua org suka dan sayang each other. Sgp buat apa saja utk org yg dia kasihi. Walaupun jauh beribu batu sanggup datang utk berjumpa yg tersayang. Sgp belikn apa saja utk org yg dia syg. Pokok kata semua la sgp dibuat demi tsayang.

Ni zaman bercinta la kn?

Mengorat? Mula-mula kirim salam, mintak no hp or bg surat, pastu ajak kuaq ramai-ramai. Then br ajak deting berdua je?

Then biasanya deting mesti g makan fast food then tgk wayang. Rasanya sampai dah xdak movie nk tgk la kn? Ada member kumpul tiket wayang yg bernilai more than rm300. Zaman student tu kn? Abes elaun Mara. Tg duit PaMa pulak.

Then cinta jadi meluat bila dah lebih 4-5tahun. Dah bosan agaknya kot or ada org lebih baik,cantik dr kita. Mungkin. Tp masa tu seboleh-bolehnya mencari alasan x nk jumpa, bz, hp takdak bateri, xdak duit nk keluaq padahal kita yg kuaq duit suma.

Lepas tu u kno wat happen kn? Cinta mungkin hadir hanya seketika atau monyet saja.

Kadang-kadang mungkin betoi jugak lebih baik bercinta lepas kawen. Kn? Yela memangla kena hati-hati masa buat pilihan ms nk pilih calon suami. Lain masa nk buat pilihan bf. Kn?

So apa pun yg kita buat percaya yg cinta sejati tu wujud. Cepat atau lmbt je. :)

Selamat bercinta.

Wslm

Love xoxo
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 23, 2012

Chezy Toast


Assalam,

Ok ni cara-cara nk buat chezy toast.

Roti putih
Cheese
Telur
Garam n lada sulah sket


Buat je mcm dlm gmbr ni. Simple tp sedap dan mengenyangkn. :)
Makan masa panas-panas sedap cheese meleleh. Urgh! Temptation. :)
Selamat mencuba. 

Wslm
Irina
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 22, 2012

Cantik

Assalam,

Lots of thing to write recently. Ni sebab dok sorang kt umah. Berkawan dgn tv ngan hp saja. Haha. Fren? Ada tp dah kawen kn mana ble buat mcm bujang. Kuaq lepak mamak ka, cuci mata kt alamanda ka, tgk wayang ka, karok ka. After work straight going home. Dah x kuaq smp pg esok p keja. Bukan dia x bg cuma nk elakkn fitnah. Betol jugak kn? Kalau lepak kt mamak tetiba ada ex nampak n tegur pastu ada pulak org nmpk kn dah tmbl fitnah.

Its lot of thing my mind since becm wife. Hv gud n bad day as well. Ala sedangkn lidah lg tergigit kn?

Pasal cantik aku dah pernah tulis kn? Tp i hv lot of thinking since we hv long distance marriage. Theres lot of cute n beautiful ppl at campus rite?

Definisi cantik bg pompuan kampung mcm aku adalah...
Kurus
Tinggi
Putih
Muka runcing mcm teloq
Muka bersih dr jerawat
Gigi putih dan tersusun
Hidung mancung
Makeup natural pun cantik
Dressing simple tp cantik

Pokok kata org cantik buat apa pun cantik. Kn? Tak payah la nk hipokrit yg kata bukan tgk fizikal yg cantik yg penting hati. Rasa out of 100 lelaki myb 1 atau 2 org ja ckp innerbeauty than its physical.

Kalau tak xdela perempuan tak kirala yg bujang atau dah kawen cr mcm2 produk kecantikan. Utk kuruihla, putihla, laser la n memcm la. Tgk je la kt fb.

Aku pun sama dahla saiz pear. Pastu muka jerawat, muka bulat, hidung penyek, gigi x cantik, peha besaq, punggung besaq. Tgk kutuk dr sendiri kn? Bukan nk buka pekung tp just nk bgtaw yg aku pun sama mcm derang dok pk memcm produk nk bg peha kecik, perut kurang buncit. For what reason? Cantik kn?

Aku x bersyukur lg ka dgn apa Allah SWT dah bg? Alhamdulillah aku bersyukur.

Tp tgk org cantik timbul gak perasaan cemburu kt hati kn? Tp soalan perlu dijwb adalah bahagiakah derang dianugerahkn kecantikan sebegitu? Setiap kali berjalan pasti jd perhatian. Tak mcm kita sket pun org x pandang. Kdg2 rasa mcm kerdil sgt diri bila di kalangan org yg cantik2. Slalu rasa rendah diri dan tak confiden. Aku bckp bdasarkn pengalaman aku.

Sehinggakan kita ni hanya dijadikan batu loncatan utk mendptkn si cantik itu.

Husband aku tanya kenapa nak amek ubat bg putih sbb dia tgk ramai yg beli bukan aku na. Aku jwb sbb nk cantik tu ja jwpn aku ada.

Cuba tgk bp ramai org cantik yg bahagia? Sbb derang diuji dgn kecantikan yg dimiliki. Walaupun dah kawen tp masih ada yg minat dan sgp tunggu if bercerai. Kalau x tahan godaan bleh terlupa yg dr dah kawen kn? Yela husbnd x pernah hantaq bunga alih-alih ada pulak peminat misteri yg hantaq bunga dan hadiah. Mesti tersentuh kn dan mula compare ngan husbnd. Nauzubillah, jauhi aku dr jd mcm ni.

Ni antara yg aku nmpk la. Sbb byk pasangan bahagia dr pasangan yg bukan dr golongan cantik dan hensem. Kita pun wisaw org ngorat laki kt kn? Org skrg bukan kisah status.

Minta dijauhkn. Tp betul jugak ckp suami, x pyh nk fkr pasal cantik. Yg penting pandai jaga rumahtangga, jaga solat, makanminum, tuturkata,pergaulan dan byk lg la.

Ok kalau kita dilahirkn cantik bolehkah kt tahan godaan duniawi? Sebb x bolehlah Allah SWT menjadikan kt sbg insan sesempurna.

Mudah-mudahan cantik dalaman akan terzahir pd fizikal. Dont lack ur confidence juz becoz u not beautiful but crlah kecantikan dalaman. Insya-Allah org akan nampak dan lebih hargai dan syg pd kita tanpa bls. Dan x rasa malu pun nk tunjuk kt kat kwn2 dia.

Okay si cantik semuanya, jom solat dl. Dah lewat ni. Love u, wslm.

Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Love life

Assalam,

Ni dok tg depa tapaw apam balik spesel ada coklat, strwberi. Kat mana? Sg ramal area lorong belakang shell. Ada kedai juai tudung kt dpn ni.

Ok nk citer la apa love life aku nk dl. Yela yg aku idam-idamkn.

Aku nk yg tinggi, putih or sawa matang, educate, kerja tetap. Yg tue ja yg aku nk sejak aku sekolah lg. Kalau yg kaya, hensem tu additional advantage la kalu dpt. Haha veragan kn dl. Haha.

Pas thro yr after knowing all guys diff backgrd n education then i realise dat i hv to add some more for example religion, respect, responsibility and of course he should love me than i do. Seem dat i hv lots to ask for rite.

But after frustration and more stupid guys dat i know, i should respect myself more. If they dun respect me n only take advantg for my loneliness then i hv to get rid frm them.

Lot of guy juz teasing n easily play girl or woman heart because we will do and stick for ppl dat we love n cr. Whatever n for any reason they will not back up easily. Am i rite?

So, aku pun bukanla alim sgt pun. For dat reason aku nk cr pembimbing hdp aku. Aku taw org ckp cr la ustaz or ustazah kalau nk belajar. Tp kn nice kalau husband yg bimbing. Yela tingin nk tgk suami ajar anak-anak mengaji n solat. Solat berjemaah.

Itu yg aku idam-idamkn. My perfect love life. Dah dpt ke tak? We toward to understanding each other rite now. Plan to hv a beautiful babies next year.

Oh mai, verangan lg. Tp u guy yg blm kawen ble plan nk love life mcmana. Aku juz nk simple life. Belajar, keje, kawen, anak, g haji mudah-mudahan.
Yela x ble nk request lebih-lebih. Dah bersyukur sgt dah ni. Wslm

Thats all n love u,
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 21, 2012

Makeup artist

Assalam,

Hampa taw kn aku memang suka makeup. Dah penah g kelas lg utk makeup org tp lepas kawen suami mcm x bape nk restu or bg makeup. Dia mcm x suka. Nk kuaq pun x bg makeup.

Then aku pikiaq blk nk buat apa pun kena dpt restu dan redha suami kn? Jd ada plan lain. Myb nk makeup pun aku amek kwn2 saja dan yg tutup aurat sahaja.

Mcm jugak amek gmbq org x tutup aurat. Dari makeup artist, photoghaper yg amek gmbq org tu dok dpt dosa free selagi gmbq dipampang. Dulu penah terpikiaq nk serius tp since suami x bp berkenan n bab dosa pahala ni better i keep moving benda yg lebih baik.

Aku x kata la depa dpt dosa tp hukum sama dgn org x tutup aurat jugak. P refer kt ustaz yg bertauliah. Punca rezeki pun biarla yg halal kn? Duit utk makan minum, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan anak-anak kan?

If im serious doing a makeup job coz i love it so much, i will strict only for hijab sister. Maaf sy x makeup org x ttp aurat, no otter kening.

Hopefully my big plan for 2013 will success. Will telling u when the time is come.

Okay love u, wassalam.
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Single & Sedih

Assalam,

Sblm tu kita sedekah Al-Fatihah buat rakyat Palestin. Walaupun x dpt nk g tlg tp kita ble doakan keselamatan depa.

Okay now back to my single life of 29 yrs. 1st love on 2001, then breakup on 2005. Then there man dat walk in and out in my life. Ramai tak terkira tp x bangga pun. Satu pun x berguna. Hanya taw amek kesempatan saja.

Paling lama pun 4 yrs aku rapat wit one guy but not declare as bf juz fren tp treat me mcm gf dia. Sumtimes take care so much about me n sumtime not take my cl or replying my sms. Jenis tarik tali. Nk dilepaskan syg tp x nk jdkn istimewa. Xdak ciri-ciri yg dia mahu. Kiranya kalau dah xdak lg org dlm dunia kita menjadi pilihan terakhirnya.

Berapa ramai yg rasa mcm tue? X kurang pulak X-scandal yg dah kawen cr blk sbb katanya x ble lupa dah syg ngan kt. Sebab kita kesunyian dan kecewa org amek kesempatan kt kita kn?

Aku pernah rasa mcm hampa. Berapa ramai aku terkena dgn org yg x mau komitmen? Juz nk suka-suka ja. Sbb da xde org kita pun cpt suka n syg ngan lelaki bermulut manis.

Aku pun sgp meredah jem kl semata2 nk diner ngan dia n alih-alih aku kena marah sbb benda kecik. Dia x taw penat aku keje n tempuh jem nk jumpa dia. Byk benda jugak la aku buat mcm buta hati. Org kata mcm2 tp tue la bila pompuan da syg buta hati. Dah x nampak lgsg kesalahan dia. Semuanya baik belaka. Org pulak mestila amek kesempatan kn?

Jadi kalau la yg terkena ngan lelaki cenggini tinggal je la. X rugi pun ayaq mata hampa. Xpa ada lebih baik utk kita. Percaya n sabar byk-byk.

Insya-Allah bila dah jumpa yg betul ikhlas sayang dan terima kita seadanya sgt rasa bersyukur. Jgn putus asa dan jgn lupa Allah SWT kalau dah temui pasangan dan kebahagian yg dicari.

Tak rugi kt bersabar utk dpt yg terbaik kn? Bila dah dpt ble tersenyum lebaq.

Ok gudlak ye sayang. Jangan pernah berhenti berdoa ye. Xpe kita x baik tp berubah sket-sket. Insya-Allah akan sempurna bila tiba masanya. Aku pun x baik sgt. Tgh belajar dan buat pelan-pelan utk menjadi yg terbaik utk suami saya. Semoga dipermudahkn urusan perubahan saya ini.

Love u sayangs,
Irina


Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, November 20, 2012

Heart not beating

Oh mai,
Tgh tgk Ohlala couple korean drama kt 391. Tetiba one scene dat perut dia sakit.
Dia tgh early pregnancy n scan kt klinik. Muka doc berubah like my doc masa p cek kt klinik dl. Exactly same reaction.
Ur already miscarriege, didnt hv heartbeating. Memang sedih sgt when u hv to face it alone. Husband not there beside u. Then u alone at hospital before CUCI ur thing. :(
I take it as ujian dari Allah SWT. Sejauh mana kasih syg kami, bersyukur dgn rezeki dariNya.
Semoga dipermudahkn rezeki kami. Amin.

p/s: watching this now i exactly know how the feeling seeing doctor alone, referring to hospital alone bymyself, suffering also alone. But tks Allah SWT gv me this experience dat make me more grateful n appreciate ppl dat love me most.

Thanks Allah SWT.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 19, 2012

UPT Test & Suami

Ni tgk citer selagi masih ada lakonan beto. Sejak tgk instanbul aku dtg jd minat ngan beto ni.
Tp nk citer pasat UPT Test atau nama len dia pregnancy test. Wife dia tunjuk la alat tu dgn dua line. Beto tanya apa ni? Sebijik mcm sayang aku. Dia blur tgk ape benda tu.
Ceh dr nk surprise jd tensen. Haha. Then tunjuk la packaging luar yg tunjuk satu line n dua line kt dia. Br paham. Sama pulak ngan aku. Haha.
Okeh kali ni kalau ada rezeki nk buat suprise br best kn? Dia da paham. Kalau tak jd x best. Haha. Thats all.

Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 14, 2012

Rindu sgt!

Assalam,
Td lunch kuaq ngan bestfren yg dah 8 mth. Lg sebulan nk due. Sian tgk dia. Dia memang sakit tulang belakang ape tuh slipdisc bahasa omputih.
Kuat semangat dia drv hari2 jauh n dlm jem. Tuela salah satu pengorbanan seorg ibu kn?
Tetiba jadi rindu sgt nk pregnant blk. Doc dah nasihat rehat dan avoid prgnant 3 bln. Bg rahim kuat dan sembuh sepenuhnya. Tp rindu sgt nk ada isi kt dalam.
Kali myb dah kuat sket kot. Dah taw nk handle semua sbb sorang2 nk survive kn.
Miss my baby so much.
Selamat Maal Hijrah. :)
Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 8, 2012

Nak cantik dan murah?

Assalam semua,

Hari nie nk kongsi la rahsia kecantikan artis-artis yang sememang banyak duit cucuk sana cucuk sini kn? Pernah dengar tak artis-artis kata cucuk vitamin C? Ala muka depa jadi gebu n putih tanpa jerawat sini sana kn?

Sebenarnya memang betoi pon depa p cucuk Vitamin C dan kena p cucuk balik dalam tempoh 2 3 bulan camtuh balik, Sekali cucuk dalam RM200 la jugak. Tp depa banyak duit setakat nk bayaq banyak tuh tak kisah kn? Sebab adik baru nie p klinik pasal masalah jerawat kat muka dia la. Dia pakai ubat kat klinik n klinik tuh suggest utk cucuk Vitamin C. Memang cepat la kesan dia. Tp nk maintain tue la kn?

Why not korbankan tak sampai RM50 utk stok sebulan Vitamin C 1000mg?

~~~HOT SELLING VITAMIN C 1000MG~~~500 BIJI LICIN DALAM MASA 1 HARI!!!
selalu org jual yg 500 mg..yg kami jual ni 1000 mg...mmg sgt2 berkesan..tak pyh dah abiskan duit dan menyakitkan diri g cucuk sana..g cucuk sini...huhuhu

***1biji bersam

aan 1000 mg = 14 biji buah sunquick

***vitamin c adalah vitamin yang paling popular yang biasa dimakan untuk mengelakkan selsema n tahukah anda bahawa vitamin c juga banyak kebaikan dan kelebihan lain kpd kesihatan kita...

~ memberi effect kulit yang sekata,cerah dan lembab( kulit muka n badan cerah sekata..nanti xde la muka cerah tapi tangan xberapa nk cerah)

~ sesuai untuk ibu mengandung

~ untuk merawat jerawat di wajah dan badan

~ menguatkan gusi dan gigi..

Vitamin C kami 100% asid ascorbic 1000mg,tnpa perisa atau pewarna tmbahan dan tidak melekit,.. - Most Powerful Vitamin C.. 1000mg..antara vit c terbaik keluaran Pahang Pharma,no kkm MAL06051404X. so..tiada unsur keraguan dari segi halal (100% asid ascorbic) dan selamat dimakan (ada no kkm).bersifat larut air..terlebih dos pn xde mslh sbb akan keluar melalui urin dan peluh.alhamdulillah..blum ada lg stakat ni bg feedback negatif. Vitamin C ni mmg tak ada side effect.Nasihat sy,jg pemakann,jgn stress,rehat cukup,minum bnyk air utk detox/buang toksin. cara makan telan sebiji sehari dengan air masak (pagi @ malam) jgn kunyah sbb takde perisa tambahan..

price:rm45 inc postage utk 30 biji(stock sebln)


Nie antara testimoni:

"vitamin c 1000mg ni mmg best.lps 20 hari makan,kulit saya dah bseri dan xkusam lg..lingkaran hitam bwh mata semakin kurang.badan semakin cergas dan yg penting saya ni anaemic,lps amalkan vit c ni bacaan hb saya pun dah start ok.alhamdulillah.."

"testimoni terbaru vit c 1000 mg!!jerawat dan parut dah surut!!"

"testimoni akak ni lps amalkan vit c 1000 mg secara konsisten..n byk minum air masak..wajah semakin cerah dan glowing..."

Umur aku pon dah masuk 30 tahun dan memang aku tercari-cari produk apa sesuai utk aku. Banyak dah jual collagen la pil putihkan kulit la dan memacam dan untuk pengetahuan semua aku nie bukan jenis suka amek pil2x sebarangan. Jadi aku cari pil2x yang boleh dipercayai, ada kelulusan KKM, ada testimoni yang baik dan yang penting iaitu HALAL TOYIBAN. 

So, why not aku share dengan hampa pengambilan Vitamin C yang kosnya tak sampai beratus dari cucuk yang sakitkan badan kn? Or beli produk yang mahal-mahal tp belum tahu status dia lagi kn? Nie cuma Vitamin C yang sememangnya kita tahu dari kecik kita kena makan vitamin C untuk elakkan selsema or demam dan untuk kesihatan. 

Nie extra lagi sebab kandungan dia tinggi iaitu 1000mg jadi air perlu banyak. Sekurang-kurang pon 3 liter. Nanti bg testimoni diri sendiri pulak okay. 

Tak payah takut sebab nie cuma Vitamin C takde kandungan lain. Sape nk kulit yang bersih, lembab, bebas jerawat, dan glowing tanpa secalit makeup bleh cuba Vitamin C 1000mg nie.

Anything bleh tanya saya okay. Jom Cantik & Murah! :)

Wslm

Wednesday, November 7, 2012

Syukur!

Alhamdulillah my period dtg normal blk. Risau gak bc yg bila gugur kdg2 period lmbt dtg. Yela we plan again next yr. Bg rehat kejap.
Bg org x penah rasa myb kata mcm2. Tp kdg2 x phm jugak org yg mudah lekat pulak mengeluh. Kn ada namanya pil perancang dan semua kaedah planning. Terasa taw org susah nk prgnant or keguguran mcm aku ni.
Kalau blm sedia nk tambah buat protection n kalau lekat juga nama dia Rezeki ye adik2. Jd jgn menidakkn rezeki atau memikirkn abortion. Ramai yg nk p bg kt depa kalau x mau.
Bukan la nk berkasaq tp paham keadaan ekonomi, susu, pampers, nursery la bagai kn?
Tp pentingnya ada perancangan kalau kita di luar kemampuan tp kalau dah Allah SWT nk bg rezeki terima jer sebab dia akan bg sekali dengan rezeki lebih.
Tak semestinya dalam bentuk duit tp banyak cara dia nk bg kn? Myb rezeki naik pangkat, gaji naik, org bg hadiah/sumbangan, kegembiraan, kebahagiaan. Tue yg paling susah nk dpt.
Aku harap aku pon dapat merasai jd seorang ibu suatu hari nanti. Walaupun dapat rasa hampir 3 bulan hari tuh. :)
Semoga Allah SWT mempermudahkan rezeki kita semua dalam bentuk apa sekalipun. Amin.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 5, 2012

Genap sebulan (5.10.2012-5.11.2012)

Assalam,

Genap sebulan dah sayang mama xde. Alhamdulilah mama dah agak kuat utk nak bgtaw kt org. Kalau tak syg dah 4 bulan dlm perut mama. Tp mcm br smlm je g scan tgk syg mama dlm perut mama. Mcm smlm jugak mama bleeding n masuk hospital. Semoga mama dpt jumpa syg kt sana ye.
Doakan mama dpt adik kamu ye syg. Papa rindukn syg tp dia sembunyikn kerinduan dan kesedihan dia utk gembirakn mama syg. Mama bleh nampak dr mata papa syg.
Insya-Allah kalau ada rezeki mama dpt adik2 syg mama tetap tak lupakn syg mama taw.
Mama saaayangggg syg mama.

Love,
Mama

Published with Blogger-droid v2.0.9

My Brother wedding!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 1, 2012

Wardrobe ~ Puffy Kurung~

Assalam,

Hari nie dapat parcel dari Wardrobe! Puffy Kurung! :)

Serius cantik2x tau baju dia dan harga pon lagi murah dari pasaran lain. Serius. Cuma kain digunakan adalah lycra jd ikut badan la. Sebab tuh aku beli puffy kurung. Loose sikit. 

Nie pon sebab tetiba dia buat lelong! Seb ada saiz. Tue macam gambar baju hitam kat bawah tuh. Cantik kn?

Hampa pla sendiri tgk berapa harga dia utk baju cun melecun macam nie. Serius cantik! 

#superexcited #wardrobe #black #xs #puffykurung

Nie link: 


Sekian, Wslm.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 31, 2012

Honeymoon: Sipadan Water Village Resort

Assalam

Baru nk update gambar-gambar yang menarik masa madubulan arituh. Percaya la memang sgt cantik view kat sana! 

Lokasi: Sipadan Water Village Resort, Pulau Mabul, Sabah
Tarikh: 28 hingga 30 Ogos 2012

Crystal clear water from room, cafe and everywhere. Cantik! Macam nk terjun kat situ jugak. Tengok anak-anak pulau mabul bermain atas sampan kecik sambil mendayung pakai selipar. So rare! :)

Our room, actually seketul atas air. Memang privacy sebab semua asing-asing. Terbaik! :)

Nie cafe dan pemandangan indah di cafe. Makanan terbaik la! 

Nie perkampungan di Pulau Mabul. rumah,kedai runcit, juai goreng pisang, sekolah, madrasah(surau) dan permainan yang baling-baling duit atas tanah tuh. X sure dah lupa main apa tuh. :P

Nie Pulau Sipadan yang sgt famous di mata dunia.  Syurga bagi diver! Kami snorkeling jer... Jeles tgk org dok berenang dekat dengan turtle. Turtle landing atas batu la, dok berenang betul2x bawah kita. Isk macam nk dok atas dia la... Ala2x finding nemo gitu. :P

Nie logo SVWR yang diukir dan disulam merata cerok. Kalau curik mesti depa taw sebab ada logo.:)

Nie pemandangan yang biasanya org tangkap di SVWR yang sgt famous nie! Cantik kn? Tengah tuh KAMI. :)

OKay, tue dulu, Wslm. :)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 30, 2012

Keputihan & JSD

Assalam,

Sebelum tuh nk cerita dulu apa masalah saya okay.

Memang dari zaman anak dara dulu masalah keputihan tatkala nk period banyak sgt. Then keputihan yang banyak bila stress atau dalam perjalanan jauh. So, bila terlalu banyak kadangkala bau kureng sket. Rasa macam nk tukar panties jer. Then rasa panties mesti basah jer n gatal sumore. Lepas tuh pakai la pantiliner tp rasa maca period pulak asek nk berganti sebab bila banyak sgt pon rasa x selesa. Tambah bila dalam perjalanan jauh kn nk solat pon rasa x bersih. X suker sgt. Nie bila dah kawen kena la jaga kn? Tak kisah la baru ka lama tp bila dah bersuami kena la jaga luaran dan dalaman kn? So, memang dah cuba banyak benda n cuba makan jamu bagai la nk settle masalah nie. 

Segala pencuci dari beli kat watson, guardian n dekat kedai-kedai jamu semua pon x bleh settle masalah nie. So, lepas terbaca testimoni kat beberapa page berlainan kat mukabuku jadi rasa nk cuba la masker nie. Actually byk produk dia lagi. Tp makan jamu bagai belum brani lagi. Sebab jamu dia x bleh makan bersama jamu lain. So since aku tgh dlm medication akibat miscarrige arituh so aku x nk amek apa2x lagi. Just nk hilangkn masalah keputihan dan gatal nie.

So, order la kat salah sorang yg menjual Masker Vagina JSD nie. 

Hasilnya, tak sampai sehari pon dah rasa kesan dia. Iaitu panties aku xde basah lagi. Panties pon dah x berbau sebab byk keputihan. Nk solat pon rasa yakin bersih. Lepas tuh baru nie aku travel blk 12 jam atas highway then masih bersih. Kalau tak rasa macam nk tukaq panties jer. 

Nie dah seminggu aku pakai macam pakai bedak la. Arituh walaupun tak pakai sehari tp masih rasa kering dan selesa. Tak gaduh dah pasal keputihan nie. 


Nie rupa dia Masker Vagina. RM25/5gm. Dah pakai seminggu pon ada separuh lagi. Sebab pakai kat tempat lain sama. Tak payah la nk cerita detail kat. Sebab ada belum dewasa utk membaca. Dah cuba br la bleh bg testi kn? 

LANGKAH PEMAKAIAN MASKER VAGINA
1- dapatkan masker vagina "susuk dara"

2- celupkan 1 jari anda ke dalam bungkusan

3- pastikan magic powder melekat di jari anda
4- sapukan di seluruh permukaan vagina keseluruhannya

effect serta merta lebih kurang 1/2 jam:

- lubang vagina menjadi tertutup dan rapat

- rasa kering dan selesa
- rasa gatal - gatal hilang serta merta

effect jangka masa panjang:

> jika scrub slowly ketika mencuci daki2 akan keluar

faraj akan kembali cerah kemerah - merahan
> tegang
> bibir yang mengelebih akibat kesan beranak akan merapat
> deria sensitif akan menjadi aktif dan membukit tegang

sesuai digunakan selalu sebagai bedak penjagaan di permukaaan faraj supaya sentiasa awet muda dan nampak dara.
AWAS: PAHIT HERBA TERMAKAN TIDAK BAHAYA

Bleh tengok testimoni utk produk lain kat fb di bawah yea. Nanti dah cuba yg lain saya tulis lagi ye. Kena guna sendiri baru percaya. :)

FB: Datyn Mia Kryolan

Link: Datyn Mia Kryolan

Nie bukan iklan jual barang yea. Sekadar perkongsian sapa2x ada masalah yang sama dengan saya. :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 29, 2012

Hubby vs Kasut :)



Assalam,
Penat travel blk putrajaya pun x abes lg. Dgn bateri hp dah kt hujung nyawa dah. Yela 12 jam kot. Mana nk p cas kn. Huhu. 
Jd sesampai je umah terus cas hp n cl sayang kata dah smp. Dia dok tg MU VS CHELSEA. Tak pyh tanya la peminat red devil ni. Pas love u muah bagai then kunun nk tdoq la.
Tp tgk fb ja. Wah ada surprisela!
Encik sayang belikan kasut yg aritu sy suka! 
Lepas dia hantaq terus p QB beli. TQ sayang! Love u sayang. Yey ada kasut baru. Nk pakai masa adik kawen. :)
Tue je nk citer tp saiz apa dia beli? Exactly saiz 37 yey saiz saya. :)
Happy mode. 
Wslm

Encik Sayang




Assalam,
Saya suka amek gmbq pemandangan kalau p mana saja. Pastu encik sayang mesti soh posing tp sy sgt pemalu. Jd en sayang jd mangsa lensa camera hp x bape canggih ni. 
Ni kt Strait Quay, Sungai Pinang, Penang. Lawa gak nk amek gmbq. :)
Ala dia bwk wifey jalan2 la sbb lama x deting mcm sblm kawen dl. :)
Xpela x bape romantik tp dia taw amek hati. Tu yg penting. :)
Wslm

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 25, 2012

Urut & Tungku lepas Mis-C

Assalam,
Ni br abes urut n bertungku. Byk la org ckp x ble bertungku 3 mg lepas cuci takut luka x baik lg. Depa kata lg sama jugak mcm org beranak cuma kalau guguq lg kena jaga.
So aku amek kakak yg sama masa urut aku nk kawen dulu. Memang sakit la urut tp sama ja mcm sblm kawen aritu cuma byk kt perut n rahim. Perut kecik tp keras byk angin so request nk tungku.
Masa urut kt perut n rahim kakak tu kata ada denyut n biasanya kalau ada denyut kuat tu subur dan senang lekat. Rasa lega sgt. Nanti esok ni kalau hampa mengurut tradisional jgn lupa tanya ok.
Aku amek 2 hari ja pattnya 3 hari tp esok da nak blk kg. Raya kot.
Hari pertama mengurut biasa ja. Hari ni br bertungku satu bdn. Tp mengurut dl. Dkt 3 jam jugak la tmsk bertungku. Kalau mengurut dlm 2 jam cmtu ja.
Takut jugak. 1st time kot dl masa mama pantang adik no 4 ja dpt main batu ni. Bau dia sdp kot. Ala bau daun kn. :)
Kakak tu nampak aku mcm cuak. Dia ckp jgn takut taw walaupun nampk berasap2. Weh pedih tu mcm ke sterika. Kulit aku n isi nipih. Tue dok jerit ja. Ala jerit manja bukan mcm bola masuk gol tu.
Tp rasa memang sdp sgt. Nanti nk lg la. Rasa cm sdp sgt bdn, ringan, kurang angin. Betoi aku tak tpu.
Yg mana alami mcm aku better mengurut n bertungku mcm org beranak. Rasa sgt best. Fresh from oven sgt. :)
Okayla. Aku dok try satu benda. Nantila aku dah ada kesan yg positif br aku share na. Rasa mcm org br. :)
Nunite. Wslm

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 19, 2012

2 Weeks!

Assalam,

Dah 2 minggu rupanya "sayang" saya meninggalkn saya kn? Alhamdulillah dah bleh terima dah. "Sayang" mama tunggu mama kat sana kn? :)

Tapi so sad tgk baby sekarang nie kn? Lahir bermasalah macam adik Adam tuh. Semoga parent dia tabah menghadapi dugaan.

Tak kurang pulak yg baling baby, baby tak sampai sebulan meninggal kena himpap, kena dera, buang dan sebagainya. Yang kita punya la susah nk dpt baby kn? Ade yg dah kawen bertahun2x dah abis beribu2x berubat nk dpt baby nie yg ade buat sebab seronok2x buang cam gitu. Isk memang terasa sgt sebab dah lalui proses "cuci" diibaratkn macam kita yg gugurkan baby taw. :(

Sesungguh Allah Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT itu sendiri. Insya-Allah ada hikmah dan rezeki yang lebih dia nk bagi. Mudah-mudahan. Amin.

Wslm

Thursday, October 18, 2012

Nak Cantik dan Murah?

Assalam,

Ha nie bukan iklan nk jual barang cuma teruja bila ramai yang tegur perubahan muka saya!

03.04.2012

Nie tak tipu eh bleh tgk entri aku masa 03 April 2012 dlm blog nie. Aku tak buat la keje2x nk edit muka sendiri memang x exotic lagi cute nie. Nie memang kn org byk sgt tegur muka aku naik merah2x jerawat. Nie kira x jelas la kalau nmpk jelas dengan kulit aku yg ala-ala kekuningan nampak la merah-merah jerawat dan kesan jerawat.


18.10.2012 (Br capture kat workstation)

Baru nie saja try kakak ofis punya sabun muka masa nk solat kat ofis. Dah la bau best. Yela bau susu, minum x bleh tp boh tempat len bleh la. Rasa lembut je lepas cuci. Then rasa macam putih sket. Nie penipu la kn takkan la pakai sehari dah putih kn? Then baru nie aku p Plaza GM beli sebundle utk pakai satu badan. Dari muka sampai ke kaki dan celah2x an. Memang rasa glowing sket kulit nie. Tp yg lain mana leh tunjukkan aurat. Muka je bleh tunjuk tp bukan sebab cantik yea. Nk tunjuk betapa licinnya muka saya. 

Yang best tuh ade budak ofis lelaki saya bleh lak tegur asal muka cam bersih jer. Nk ckp la yela pancaran sinar Nur kn? Haha, takde la hasil lepas pakai 2 ketoi sabun nie. 

Serius dah la murah. Takde dah nk bazir beli pencuci muka ngan shower gel yeay!

Nie dia sabun susu beras. Memang dari Thailand yea. Jangan risau natural nie. :)

Benda yang aku pakai jer aku suggest sebab kulit aku memang problem dari anak dara. Cewah. haha.

Okay, Daaaaa.... Wslm


Yaks!

Benda yg aku paling x suka adalah jarum dan obat. Tu yg selama ni rasa setahun blm tentu aku p hospital. Tahun ni ja bp kali aku p klinik n siap masuk wad lg. Jarum n obat da jd kawan kot.
Xpela kn utk masa depan jugak. Jd bertahan la.
Senyum dlm terpaksa haha. Pepagi mengadap benda ni mesti sebut yaks. Bau pun x bleh blah. Haha.
Ni bekalan dr hospital utk sebulan. Asid folik, asid asorbik, vit b n iron.
Wee, jom makan obat. :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 17, 2012

Tak semua org paham

Assalam,

Dah tak reti nk bagi tajuk dah cuma aku nk luah sket ape aku rasa lepas kejadian tue.

1. Aku rasa berat dah nk like page/status cerita pasal hamil, maksudnya aku blm stabil lagi.

2. Aku tak boleh nk baca permasalahan org2x mengandung kat status fb/twitter rasa sedih jer. Nak tekan like sorry la buat masa nie. Aku cuba mengelak utk buka fb sekerap dulu.

3. Aku tak kuat lagi nk menggoogle pasal gugur dan boleh tak mengandung lagi. Insya-Allah kan rahsia Allah SWT tuh.

4. Nak bgtaw kat sedara mara sepupu sepapat kekawan suma la pasal benda nie. Yela soon or later org akan tanya cuma cane aku nk handle eh? Takkan sorang2x aku nk explain dari awal smp akhir kn? Yg akan aku kerap dengar "Eh ko jatuh ke?" "Buat kerja berat eh?" Soalan tuh jer dah byk aku dengar walaupun jumlah org tahu sedikit. Sebab soon adik aku dua org tuh nk kawen confirm ramai tanya.

5. Aku rasa sedih lagi bila dok dlm bilik sorang2x waktu malam tgk toilet. Masih teringat. Takut pon ade.

6. Berani tak nk mengandung lagi? Nie yg doc ckp ade stgh org rasa trauma lagi. Masa kat hospital tak terfikit tapi lepas ber"puasa" bersama ngan sayang baru terfikir. Yela dah rasa doc korek dalam tuh kn? Sakitnya tak taw nk cita. Kalau boleh x mau dah kena. Nauzubillah.

Tue antara aku dok figure out macam mana nk handle. Blur jer dtg ofis tp tak taw cane nk react. Myb dlm sebulan nie dah boleh kuat balik kot kn? Td sembang dengan bos yg sempoi yg pernah jadi macam nie last year dia habaq kata 2 week jer dia posa pastu dah bersama. Cuma tak bg mengandung lagi la.

Insya-Allah aku akan dpt kekuatan  tue. Mudah-mudahan. Amin.

Wslm

Nasi lemak utk tambah lemak.

Pantang tak makan ns lemak? Tingin sgt n lapar sgt. Syukur Alhamdulillah masih diberikan rezeki. :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, October 15, 2012

Sehari, Pertama kali masuk hospital

Assalam,

Nie seharian di hospital. Dari 05.10.2012 0345 sehingga 06.10.2012 1500.

Cerita detail kat sini:
Miscarriage
Lendir Semasa Hamil
Hamil

Sepatutnya scan dia dah 12 week tapi my sayang just 9 week. Tengok cantik jer dia dalam kantung dia kn? Nampak dia tue lagi sayu. :(

Nie baru kena cucuk. Masya-Allah sakit sgt. Dahla memang takut jarum. 

Nie baru balik toilet so darah yg keluar. sakit sgt. Tak boleh nk gerak sket mesti darah kuaq. Baru sehari masuk hospital dah 4 kali tukaq wayar nie. T_T

Tag nama. Kalau ade baby akan pakai tag yg sama. :(

Thanks Dayana. Berderai ayaq mata. T_T

From Buntat n Wife Dod. Thanks lovely newly wed aka my best buddies ever!

Nie makan malam. Bubuq nasik!

Yeay dah cabut! Tapi tgk bengkak n merah kn? seronok sgt macam nk menari bila nurse cabut sebab dok merayu suh bukak. Sakit sgt. :(

Wad 2B Katil 25, Hospital Putrajaya.

Nie makan pagi sabtu. Nasi Dagang okay. :)

1st time masuk hospital kn? So, macam seronok jer pengalaman kat sini. Tenang jer walaupun baru lepas "kosongkan" perut. Insya-Allah ada hikmah dan rezeki lebih baik lepas nie. Amin. 

Wslm
Published with Blogger-droid v2.0.6

Followers