Wednesday, December 8, 2010

Isi Hati Irina : Benci, Rindu, Wahai Sahabat!


Bila kita teringatkan seseorang mesti dia pun tengah teringatkan kita.

Tapi ada pulak soalan-soalan yang lain pulak yang muncul. Saya pernah bercinta dan kecewa. Saya tahu apa yang bermain di minda anda. Kalau kita rindukan dia, dia rindukan kita tak? Kalau kita sayangkan dia, dia sayangkan kita x?

Memang kita marah dan kecewa bila melalui sesuatu perpisahan ataupun penolakan tetapi kita akan buat keputusan untuk tidak menyakiti hati kita lagi dengan membuang dia dari hidup kita. Kita putuskan semua hubungan dengan dia. Tukar nombor, tidak melayan sebarang msg,call dan sbgnya. Adakah kita benar-benar rasa lega dan tenang?

Bagi diri saya, saya memang amat tenang buat seketika sebab kemarahan dan kekecewaan memaksa diri utk melakukan demikian. Daripada saya melepaskan kemarahan itu baik saya tenangkan diri dan redha semua yang berlaku. Bila hati terima dengan ikhlas, diri akan lebih tenang. Selepas diri tenang, saya tidak mempunyai masalah untuk menjawab sms or call dari dia. Seolah-olah rasa seperti orang baru kenal.

Susahnya rapat dengan berlainan jantina ini akan melibatkan hati dan perasaan akhirnya.

Kita selalu bertanya kenapa dia harus berhubung dengan kita selepas apa yang jadi? Ok, fikir dengan logik dan tenang. Kita berkawan dengan dia bertahun-tahun dan berkongsi hampir kesemua masalah, kegembiraan, kesedihan, dan sbgnya. Jadinya, dia tidak mahu kita memutuskan perhubungan itu atas dasar persahabatan yang terjalin. Tapi adakah kita mampu untuk menghadapinya? Adakah kita bersedia?

Benci tidak akan mengubahkan apa-apa cuma menjadi penyakit di hati. Tanamkan dalam hati memang dia bukan jodoh utk kita. Kalau memang jodoh kita urusan akan lebih mudah. Seperti orang kata "terimalah orang yang terima kita seadanya"....

Tapi biasalah hati perempuan nie lembut, marah dan keras di luar tetapi di dalam...

Sebab itulah juga aku rasa pepatah nie wujud...
"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera."

4 comments:

Followers