Friday, December 17, 2010

Isi Hati Irina : Aura "Single" vs "Berpunya"


Bila kita berkeseorangan atau lebih mudah ayatnya "single" atau "lone ranger" tiada langsung yang suka atau tertarik dengan kita tetapi bila kita sudah berpunya mesti ramai yang tetiba memuncul diri entah dari mana....

Ini bukan sekadar pengalaman aku yang sudah beberapa kali bercinta dan berputus cinta... haha... Ini dari apa yang aku lihat dan dengar pengalaman kawan-kawan aku sendiri...

Apa yang menyebabkan tetiba ada daya tarikan selepas berpunya?

Mungkin orang yang sudah berpunya nie:

1. Muka orang bercinta nie lebih dan sentiasa berseri-seri/bercahaya...
2. Lebih bergaya dan mementingkan penampilan..
3. Menjadi lebih peramah..
4. Mudah tersenyum..
5. Lebih mudah didekati dan mudah bergaul...
6. Lebih menjadi diri sendiri...
7. Berterus-terang...
8. Sentiasa ceria... "happy go lucky"..

Sebab itu agaknya orang lebih "nampak" kita wujud... walaupun tidak cantik tetapi perwatakan dan personaliti yang kita bawa itu mempesonakan orang lain yang melihat...

Mungkin orang yang "single" nie:

1. Muka suram/sedih/kurang ceria...
2. Sentiasa berfikiran negatif...
3. Menjadi pasif... mengambil sikap berdiam diri..
4. Suka bersendirian dan kurang bersosial dengan jantina berlainan...
5. Suka menyimpan perasaan...
6. Sentiasa diselubungi masalah...
7. Tertekan.....
8. Mudah menangis...terlalu sensitif
9. Memakai "ala kadar" atau "asal boleh" ajer...
10. Muka sentiasa pucat dan tidak bermaya...

Mungkin sebab-sebab di atas menyebabkan orang-orang sekeliling anda menjauhi diri dari anda disebabkan risau tersalah cakap atau melawak... mungkin akan mengusik jiwa anda yang sedang bergelora dan bermasalah...

Ini mungkin di antara apa yang aku dapat lihat dan aku pernah hadapi semasa di landa kekecewaan dulu... sekadar pengalaman sendiri... dan pengalaman setiap orang itu berbeza...

Apa salahnya ambil masa yang singkat untuk bersedih dan selepas itu manjakan diri sendiri dengan perawatan rambut, wajah dan badan... supaya lebih nampak cantik dan bergaya... Bukan kita buat untuk orang lain tetapi sebagai hadiah untuk diri sendiri...

Kita sentiasa harus sayangkan dan mementingan kecantikan, kesihatan diri sendiri sebelum  hendak menyayangi orang lain... Bagaimana nak sayang orang jika kita sakit dan tidak mampu untuk menjaga nya?

Kepada yang masih single jangan risau sebab jodoh kita adalah urusan-Nya.... Kita mohon supaya dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat... Insya-Allah...

~irina berbicara~

2 comments:

  1. hihihi..entri ni dya sokong kak arini..betul sgt2 ni.mmg masa single org wat derk je.tp bila da berdouble,saham melonjak naik... (^_^)

    ReplyDelete
  2. saham tengah naik kan? masa "single" stok boya jer ramai... huhu

    ReplyDelete

Followers