Thursday, December 23, 2010

Isi Hati Irina : Oh Lelaki, Kenapa aku jatuh cinta?


Tertarik dengan tajuk nie sebab hampir setiap hari aku bercakap pasal hal nie dengan kakak dan adik-adikku yang tersayang. Sama ada yang single, couple dan yang sudah berkahwin...

Apa sebabnya perempuan mudah jatuh cinta/suka/sayang?

1. Orang mengambil berat tentang dirinya...
2. Orang yang selalu ada ketika dia senang dan susah...
3. Orang yang sering menghulur bantuan...
4. Orang yang tidak kenal erti jemu call, msg, ym or emel setiap hati dan apa cara perhubungan sekalipun..
5. Orang yang sering menjadi pendengar yang baik..
6. Orang yang sering menjadi penasihat yang baik...
7. Orang yang sering menjadi pemberi cadangan yang baik...
8. Orang yang sering memberinya hadiah...
9. Orang yang sering meminjam bahunya ketika di dalam kesedihan/kekecewaan...
10. Orang sering membuat kita ketawa...
11. Orang yang sering risau tentang diri kita..
12. Orang yang sering menjemput kita tengah-tengah malam hanya untuk menemani kita makan...

Dan banyak lagi.. tak tersenarai semua rasanya... atas sebab-sebab itu jugak membuat aku mudah jatuh hati...

Kepada lelaki yang hanya mengganggap perempuan itu hanya sekadar kawan sila berterus-terang atau sila layan perempuan itu selayaknya sebagai kawan... sebab perempuan amat mudah untuk terjatuh cinta bila anda membuat perkara-perkara di atas...

Jangan buat perkara-perkara di atas untuk mempermainkan hati perempuan ye sebab anda mungkin mempunyai Ibu, Kakak, Adik Perempuan, Makcik-Makcik, Sepupu, Anak dsb....

Jika tidak mahu dipermainkan sila jangan permainkan hati orang lain... Sbb aku percaya apa yang kita lakukan sekarang, akan dibalas dengan perbuatan yang sama suatu masa nanti...

Bagi perempuan jangan mudah untuk jatuh hati jika anda dilayan sebegitu sebab kadang-kadang kita ini hanya sebahagian dari list pilihannya... Layan selayaknya mereka perlu dilayan...

~mengalaminya berkali-kali dan harap tidak kali ini~

No comments:

Post a Comment

Followers