Monday, December 27, 2010

Isi Hati Irina : Selalu berkasih-sayang, sepanjang hayat akan dikenang...


Hari sabtu lepas aku, adik, dan teman-teman tersayang pergi tengok teater Siti di Alam Fantasi.... Memang sangat berfantasi tetapi banyak kata-kata yang bermakna yang boleh kita ambil sebagai pengajaran...

Ayat yang paling aku suka semasa Siti terlalu sombong seekor burung bayan berkata,"Selalu berkasih-sayang, sepanjang hayat akan dikenang" kepada siti, mamat dan pokok sebatang kara... sgt best! sangat betul kata-kata burung bayan tue...

Bila kita sebut pasal berkasih-sayang nie mesti orang akan ingat pasal boyfren, tunang, hubby.... lupa kah kita pada orang tua kita, adik-beradik kita, sanak-saudara kita, sahabat-sahabat kita, dan semualah yang rapat dengan kita...

Bila kita "single" kita selalu rasa xde orang sayang kita kn? sebab kita rasa selalu keseorangan dan sunyi... jika kita menyayangi orang dengan ikhlas orang akan menyayangi kita tanpa balas... tidak kira la sesiapa pun... sama la jugak jika kita berbuat baik dengan ikhlas orang akan menolong kita tanpa kita perlu meminta... kita ada ramai teman-teman yang menyayangi kita tanpa kita sedari... cuma kita terlampau melayani perasaan sendiri dan ego untuk menyayangi orang lain... sebab itu perasaan sayang itu tidak dirasai...

Cuba buka hati untuk menyayangi teman-teman anda tidak kira sesiapa pun... lagi ramai orang yg kita sayang lagi ramai orang menyayangi dan mengambil berat tentang diri kita... Jauh bukanlah alasan untuk sayang-menyayangi... sebab kita ada bermacam cara untuk berhubung... tidak kira dengan cara yg lama iaitu surat, poskad dsb.. atau dengan cara melenium.. hahaha... sms, call, ym, emel, fb, twitter dsc...

Percaya la, jika kita saling sayang-menyayangi hidup akan rasa bermakna setiap hari... Bila mangun tdo akan rasa bersemangat sebab ada yang menghantar sms, call or tinggalkan komen di fb anda... tak seronok ke jika ada orang mengingat anda setiap masa tanpa anda perlu tanya? Mesti rasa happy kan? mood pon akan positif sepanjang masa...

dan betulla kata si burung bayan tue, "Selalu berkasih-sayang, sepanjang hayat akan dikenang..."

jadi nk berkasih-sayang tidak perlu tunggu hari kekasih sahaja.. setiap hari pon kita boleh menyatakan sayang pada orang yg kita sayang.. kadangkala sayang tidak perlu dilafaz sebab perbuatan kita boleh menyampaikan maksud...

~saya sayang sayang saya~

No comments:

Post a Comment

Followers