Sambungan di hari kedua
Seawal 6.00 pagi dah bangun siapkan diri dan turun breakfast jam 7.00 pagi di hotel. Walaupun tanpa kipas dan air-con terasa sejuknya. Sesuai dengan namanya Bukit Tinggi kn? Mestilah sejuk walaupun di apit oleh dua buah gunung berapi aktif.
8.00 pagi terus bergerak menaiki bas untuk ke Istana Baso Pagar Ruyung, Batu Sangkar.
Dalam perjalanan ke sana pemandangan sangat indah dengan di kiri kanan sawah padi. Walaupun di depannya rumah/kedai di belakangnya ada sawah padi atau tanaman lain seperti cabai, terung, jagung dan banyak lagi. Sebab depa tanam ikut musim.
Then stop satu kedai sulam yang kedua, Sulaman dan Bordiran Annisa. Agak pricey harganya tp sulaman sangat cantik.
Harga bermula 350.000 ke atas la. Tapi okay boleh tengok patern dan corak terkini.
Lepas tu ke kedai sulam ketiga Sulaman Lindung Bulan masih di Bukit Tinggi. Harganya masih boleh ditawar dan okay la dari yang sebelum nie. Tapi kedai nie famous dengan telekung. Hampir kesemua ahli rombongan memborong telekung disini. Harga yang Sulam Penuh Cotton dalam 180.000 (+-RM60) duit kita la. Kalau kain sutera mahai sikit dlm 200.000+. Kalau jenis Siti Khadijah dalam 280.000+ gitu. (RM80++).
Aku beli t-shirt 3 helai untuk anak-anak buahku sahaja. Okay la RM10 ja kain cotton tebai. :)
Nie depan kedai tu yang dibelakangnya pemandangan Gunung berapi aktif. Tapi disekeliling kaki gunung ada kampung.
Di belakang nie ada view yg sangat cantik! Nie tengah dok buat rakaman ala-ala majalah 3 dari orang kuat poli.
Sementara nk sampai ke tempat dituju kami singgah di sebuah kedai juai Bika Talago ala macam Tempek/lempeng kita la. Ada 2 perisa iaitu original (kelapa) dan pisang. Sedap oi! harga tu kat kaca tu. :)
Kalau 3.000 tu dalam RM1 kita la. Murah la kn?
Nie dia rupanya
Okay inilah destinasi kami iaitu Istana Pagar Ruyung @ Istana Baso PagarRuyung di Batu Sangkar yang kira 1 lebih dari Bukit Tinggi.
Bukan selalu selfie nie kn? Yeay walaupun panas tapi tetap berselfie. Haha.
Then tunggu depa abis solat Jumaat di masjid berhampiran. Baru kami bertolak balik ke Bukit Tinggi.
Tapi singgah lunch nasi padang lagi di Pondok Flora (pasai makan nanti aku buat special post).
Yang paling menarik adalah depan kedai nie ada Wifi dan ada jual keris, parang dan pisau macam di bawah nie.
Menarik oi harga keris pon lebih kurang 150.000 (RM50) gitu. Rugi nya x beli buat kenangan. Huhu. One in lifetime orangputih kata la.
Bestnya oi!
Teh dari daun kopi. Pastu amek kayu manis untuk kacau. Tanpa gula.
Free ajer so tuang la bape banyak kali pon. Ada juga air pinang.
Kerepek2 dan yang terkenal adalah pisang salai. Di belakang nie ada dapur menyediakan pisang salai. Boleh masuk dan tgk cara pembuatannya. So sopping lagi kat sini beli sobenior utk orang2 kampung. Murah jer sepeket dlm 14.000 ala lebih kurang RM4 lebih gitu.. Then beli kopi utk mater in law.
View memang cantik dan terbaik.
Actually lepas jer lunch kat Pondok Flora nie kami terus balik ke Bukit Tinggi sebab masing2 dah x sabar nk ke Jam Gadang/Pasar Atas utk shopping. Tapi sempat singgah minum teh daun kopi yang famous di bukit tinggi. Dengar katanya kalau minum selepas makan dia akan hapuskan kolesterol dalam badan. Tapi kalau kolesterol tu dah jadi batu, haha... kena amek mertun (tukul) ketok bg pecah la.
Kiniko nama tempat nie rasanya.
Dan singgah solat jamak skali kat masjid berdekatan.
Nie nk cerita sikit pengalaman dalam toilet/ambil wuduk dia. Tempat utk ambil wuduk/toilet di bawah tanah jadi kena turun tangga dan tak boleh pakai selipar. Pastu masing2 mencari toilet tapi terkejut sebab open toilet.
Toilet yg hanya ada separuh pintu shj. So kalau nk buang ayaq kencing duduk so org x nampak. Elok2 atas sikit dari pinggang pintu dia. So tlg cover la kalau sorang kencing sorang berdiri kat pintu sebab segan kot nk tarik seluaq semua mcm org nmpk sbb dah pintu separuh mcm tu kn? Then dia boh timba kecik kat luar so setiap kali nk kencing or amek ayaq semayang amek timba kecik yg banyak2 kat luar tu bawak sama masuk. Abis kencing cebok jer dari kolah kecik keliling toilet tu. Actually dia design kolah kecik( utk toilet) dan kolah besaq utk wuduk bersekali...
Hampa p la sendiri mesti agak terbantut di situ. Haha... Kalau x tahan buang jugak. Tp utk yg kecil sahaja ye. Yg besaq myb tang lain.
Then barulah g bershopping di pasar atas. Di sebabkan aku bawak 1 juta saja mmg x cukup jadi aku pinjam lagi RM300 utk sopping. Aku p cari money changer dan tukar (RM315 : 1 Juta 1ribu).
Then kawan2 yg lain terpisah masa kami mencari money changer. So puas la pusing mencari depa semua nie. Sempat la tengok di bawak jual tshirt, beg, cederamata dan sebagainya. Di atas baru jual kain pasang.
So kami decide utk bergerak sendiri sebab masa pun dah agak suntuk. So rata2 di pasar atas jual kain pasang 3.5m dalam 180.000 ke bawah gitu. Corak lebih kurang yg kami p di semua kedai sulam sebelum nie.
Yang sulam tebal (1 kaki) dan siap berlubang harga dalam 250.000 tp kami mintak kurang sebab nk beli banyak. Yela adik beradik perempuan kan ramai.
So dapatlah 180.000 lega sgt oi. Dlm RM55+ gitu. Hoi kalau kat sini harga mencecah RM130+. Kain cotton prada sebab semua agak tak minat kain satin or rosella.
Hampir 2 jam dalam kedai aku punggah semua kain yg ada semua agak berpuas hati dengan harga yg ditawarkan. Rasanya hampir 40++ lai lain dia terjual. Abis patung pon kami tanggalkan kainnya. Haha.
Cantik kn?
Nampak ketua rombongan yang setia menanti ahli rombongan sedang mengamuk tengok kain dalam kedai sulam. Haha..
Nie hasil 10 org punya shopping. Murah rezeki la akk tue hari tu. :)
Then semua sepatutnya tunggu jam 7 mlm di Jam Gadang. Ada yang shopping tak sedar diri sampai lupa jalan balik. Dekat kul 8mlm jugak la baru semua ada. :)
Then sebab dan sgt gembira jadi balik dengan muka yg sgt happy dan singgah utk dinner di Ayam Penyet. Ha.. lega bukan nasi padang lagi. :P
Then sempat lagi singgah kedai sulam p sebelah kedai makan. Haha. Dapat la sepasang jubah utk ibu mertuaku. Cantik oi kain jenis berat dlm 200.000 (RM60 duit kita).
So misi balik ke hotel dan susun kain yang sgt banyak dalam beg. Haha. dari 1kg jadi 12kilo bagpack. Muahaha.
Okay esok tu perjalanan balik pe Pekan Baru.
No comments:
Post a Comment