Monday, April 25, 2016

Radiator Meletup POMMM!

Assalamualaikum...

Hari khamis lepas radiator meletup masa otw balik pickup pak in law balik rumah dari hospital (Anyway dia kerja di GH).

Tengah2 bawa kereta tetiba aircon slow jadi sebab El Nino kn jadi bukak la nombor 4. Then tetiba bunyi POM! Tapi ingat terlanggar something then okay la... Dalam beberapa saat asap mula berkepul2 keluar dari bonet. Ohoi pak in law suh la berenti ke tepi. Masalahnya dok kat simpang mana tepinya. Kereta dah mula hon hon.

Dalam mengigil gagahkan jugak bawak balik sampai rumah. Biarla nk jadi apa pon janji sampai rumah yang kurang 500meter dari pintu hospital.

Then elok jer parking En Fasya pon sampai dan mula la cerita apa apa yang berlaku. Ha kau nk bukak bonet pon takut. Takut la meletup or terbako.. Pak in law dok kata ayaq kering kot tapi i menjawabla yang kereta tak sampai sebulan g servis.

Then pagi Jumaat inform terus bos2 yg kata amek hapday kalau lambat baiki terus EL. Alhamdulillah bos amat memahami. Isk kereta rosak kot. 

Then lepas breakfast dengan Encik Fasya dia temankan hantar ke Perodua Jalan Patani (Dari 8 tahun lepas apa2 jadi mmg refer terus ke Perodua). Sampai orang belum ada lagi. Haha.

Then jadi 1st customer kot.  Tunggu dia check dulu. So dapat tengok la depa tengah morning briefing dan baca doa sblm start kerja. Alhamdulillah.

Then ada customer service offer nasi lemak pulak. Isk malunya sebab actually baru lepas makan nasik lemak jugak. Haha so kata nanti la dulu. Dia suh amek kat kaunter makanan. Memang complimentary nasi lemak, roti, ayaq dan semua yg ada. FOC. Makan jer sebanyak yg mampu. :)

Then baru dia mai habaq motor rosak so kipas tak pusing. Okay la kos lebih kurang 300 gitu... Hampir 2 jam lebih dia mai bgtaw yang sebenarnya Radiator meletup. Ohoi... :(

Kesnya adalah motor rosak menyebabkan kipas tidak berfungsi dan Radiator panas lalu meletup POM!!!

Gitulah jadi total adalah RM650+++ gitu. So nk buat macam mana kn? Dah lah hampir 5 jam tunggu depa pon sampai dah nk p Solat Jumaat kot. 

Nasib baiklah En Fasya payungkan dulu. Tapi kena pelan2 bayaq la jugak. Dah kata pinjam kn? Sedih sebab isnin baru gaji.

Kita fikir yg positif jer. Nasib baik dia jadi dah dekat dengan rumah dan bukan atas bukit. Dia ingatkan jugak yg jangan seronok kena ingat jugak yg susah. So dia bg la ujian sikit kan?

So, bgtaw la kat boss iols EL boss sebab dekat 5 jam kat Perodua. 

Okayla itu kesnya so lepas nie pemandu wanita pon perlu taw serba sedikit pasal isi dalam kereta jadi bila dia nk tukaq jadi konon paham la jugak. Nie angguk2 tapi sepatah apa pon x paham. haha

Okay dulu, sekian.

Love 
Irina

No comments:

Post a Comment

Followers