Wednesday, December 22, 2010

Isi Hati Irina : Duit? Hutang? Shopping?


Selepas baca kawan baik saya punya blog, MissB... Saya mula terfikir apa yang nak buat sekiranya saya mempunyai duit yang banyak.... Yang dah nampak nie duit ASB la... tapi bagi yang lain-lain mesti ada Duit Bonus, Unit Trust, or menang pertandingan ka... Yang paling best hubby bagi... tapi kalu bf xde nye die nk bagi .... baik simpan untuk untuk next plan kn? ahaha

Nak bercuti tahun baru nie dah macam-macam plan dah buat. Nak g bercuti la, teringin nak shopping la, kalau ikutkan nafsu nie sekejap jer duit tue habis. Apa yang kawan-kawan plan jika dpt duit yg banyak?

Saya listkan yea:

1. Shopping "branded" things... handbag, cloth n etc..
2. Hair treatment or new style
3. Holiday (Cameron, Singapore, Bali, Bandung, or Pulau-pulau..)\
4. Facial treatment...
5. Body massage n treatment...
6. Kahwin
7. Ipad, Iphone, n etc

Mungkin semua nie bukan menjadi keutamaan saya buat masa sekarang kot... Banyak lagi tanggungjawab dan liabiliti yang terpaksa ditanggung.

Kalau masa sekarang kita dapat selesai perkara-perkara di bawah alangkah bagusnya:

1. Hutang Belajar (MARA, PTPTN dsb)
2. Hutang Peribadi bank...
3. Hutang Kereta/Rumah...
4. Hutang Credit Card...
5. Hutang-piutang dengan orang-orang lain sebab ingat yea hutang dibawa ke mati...

Lega rasanya kalu dapat selesaikan semua itu dalam usia yang muda... Muda-muda dah xde komitmen... Dan jika semua ini langsai dapatlah kita untuk menjana wang kita sendiri untuk masa depan seperti:

1. Melabur dalam ASB, A1M, AHB dsb...
2. Melabur dalm Unit Trust, berisiko tapi lebih untung....
3. Melabur dalam hartanah, beli rumah or tanah nie x rugi kalau mampu...

Kadang-kadang aku pelik tengok orang nie. Kalau buat personal loan yang tanpa return baik buat loan dengan "return". Memang la sedikit tetapi jika dibandingkan dengan apa yang bakal kita perolehi nanti berbaloi-baloi. Orang bila kita banyak duit sikit mula la suruh kita belanja n macam-macam. Tapi bila diajak melabur sama macam-macam alasan....

Sistem KUTU bukan lah x bagus tapi kita hanya akan dapat apa yang kita bayar tanpa sebarang faedah. Lepas dapat KUTU semua pakat enjoy beli itu ini dan akhirnya x nampak langsung apa yang dapat. Dari pengalaman diri sendiri nie...

Sebenarnya tiada faedah aku dapat pun jika aku cerita kat sini sekadar untuk berkongsi ilmu yang aku dapat dari kawan-kawan yang lebih lama menceburi bidang pelaburan ni. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka sebab tanpa mereka aku tak buat semua nie. Semua duit gaji habis untuk kegunaan sendiri tanpa simpanan dan akhirnya menanggung hutang yang banyak.

Orang pun ada cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Baru yang nak mula tidak salah menyimpan sedikit-sedikit dari tiada langsung simpanan kita di masa depan nanti. Cukup ke pencen kita dapat nanti untuk menyara kehidupan kita di zaman yang serba mahal?

Fikir-fikirkanlah yea... Yang pastinya target aku kali ini untuk meminimakan semua hutang-hutang aku... Insya-Allah...

~tidak tenteram hatinya seorang yang berhutang~

p/s: MissB you my best fren and my inspirations... Love you!

6 comments:

  1. besfrn missB adlh serena william.. kikikii!

    ReplyDelete
  2. aha.... cet! nape lak serena wiliam? mana boley.... dia melayu la.... so kena kawan ngan melayu jugak.. ;)

    ReplyDelete
  3. Glad u find it useful. Jom sama2 kita berubah :)

    ReplyDelete
  4. saya mesti berubah! thanks dear...

    ReplyDelete
  5. oppsie.. sbb dlm gossip girl camtuh..

    ReplyDelete
  6. aha... tue yang dia dapat setelah melayan 3 siri gossip girl eh? xpe.. nanti ktni lak tgk yea.. ;)

    ReplyDelete

Followers