Thursday, March 31, 2016

Tutup akaun SSPN i

Assalamualaikum...

Hari amek cuti mak in law check up kat GH. Pastu puteri pon x bape sihat dok batuk2.

Lepas hantar mak in law p GH kami p klinik dlm USM amek ubat puteri.

Alang2 nk tukar SSPN i kepada encik suami yg kena bayar income tax jd kami terus ja ke PTPTN Bayan Baru Penang yg terletak di Sunway Tunas.

Otw nak p aku banyak la browse page2 pasal tutup akaun ni. Macam susah jer prosedur dia. Kena bawak photostat ic la kena isi borang la... salinan akaun bank l...

Mula la gelabah puyuh tp tak cerita kat encik suami satg kena marah. Hahaha. Manala nk photostat semua benda tuh la.

So selamba jer p jugak. Then sampai PTPTN dia tanya nk buat apa. So aku ckp nk tutup akaun aku n bukak akaun suami.

So utk tutup akaun cuma perlu isi borang ja. Tak perlu nk semua salinan jadah pon. Jgn lupa letak no akaun bank sbb akan dikreditkan semua balance dlm akaun dlm tempoh 14 hari. Aku rasa utk proses tutup akaun x sampai pon 5 minit.

Utk buka isi borang buka akaun dan borang utk deposit duit minimun RM20 jer. Buka akaun baru pon sat saja tak sampai 5 minit. Dulu aku bukak kat Maybank lambat jugak.

So tunggu jerla duit kredit masuk akaun. Servis memang terbaik!

Sekian dulu.

No comments:

Post a Comment

Followers