Wednesday, March 16, 2016

KinderKaizen Penang

Assalamualaikum,
Hari sabtu baru nie kami ke KK untuk attend "Talk on Guiding Children Positive Parenting KinderKaizen Open Day 2016.

Konsep KK nie adalah Play-Based Learning yang diasaskan oleh Dr Putri Afzan Maria .

www.facebook.com/Meet:Afzan Maria -  The Early Childhood Practitioner

Ada Apa Dengan Cikgu KK?
1. Cikgu yang profesional
2. Cikguyang boleh jadi kawan kepada anak muridnya
3. Cikgu yang menggembirakan anak muridnya(sporting)
4. Cikgu yang tak berkira untuk mengemas
5. Cikgu yang keanak-anakan
6. Cikgu yang memahami jiwa kanak-kanak
7. Cikgu yang tidak boleh duduk diam'
8. Cikgu yang kreatif
9. Cikgu yang boleh buat 5 suara
10.Cikgu yang penyayang

Masa aku pergi untuk dengar talk nie anak-anak depa suruh tinggalkan di bawah jer. Untuk anak aku yg x pernah duduk dengan orang asing memang susah sikit. Abah dia yg tunggu sampai nampak dia okay baru tinggalkan dengan cikgu.

Kadang-kadang mak2 jer risau pasal anak2 tak boleh bergaul padahal anak anak kita nie belum tahu erti prejudis dan berkawan dengan semua orang. Tapi biasalah kan anak baru 2 tahun lebih. Mana ada kekuatan nk hantar taska lagi. Senang cakap hantar kat orang lain la. Cakap pun baru pelat lagi.
Tapi sebenarnya bagus hantar awal supaya dia lebih berdikari dan boleh bersosial (ada kawan2).

Then lepas bersembang dengan kawan2 aku depa suggest p KK sebab kat sini budak-budak nie tidak ditekankan kena belajar ABC, 123, ada ujian semualah.

Serius aku cakap dengan pendidikan di sekolah masa nie memang menakutkan. Dengan silibus yang lagi susah. Kalau nk masuk darjah 1 sekurang2nya dah tahu membaca dan menulis. Bukan baru nk belajar ABC. Kalau nk hantar sekolah Cina seawal 3 4 tahun kena hantar tadika Cina or hantaq p tuisyen. So anak ready nk masuk sekolah Cina bila darjah 1. Ha...

Nie ada budak ofis hantar anak p tuisyen seawal Darjah 1 sepanjang cuti sekolah. Kalau aku dlu depa nanti hantaq kami balik kampung seminggu. Main sampai puas.

Betul aku rasa budak-budak sekarang lebih stress sebab parent harapkan semua A dalam exam. Kerja siang malam hantar dari subuh sampai la malam kelas mengaji tuisyen. Sampai takdak masa dengan anak2 bermain dan luangkan masa bersama then exam tak dapat no 1 atau takdapat A kena marah.
Realitinya kami pon hampir sama. Belajar, belajar dan belajar... Sampai nak habiskan degree mood memang dah out sebab otak dah sgt tepu dan membosankan. Tiada fun utk belajar lagi. Tp syukurlah berjaya jugak habiskan degree dengan three pointer. :)

So berbalik kisah KK nie depa ambil seawal 4 tahun untuk belajar dengan cara bermain. Depa ada menconteng dinding, buat cookies, melukis, mewarna, tayangan video, nyanyi, solat dan juga kalau ada yg mengantuk disediakan tempat tidur.

So, nampak sgt lah fun yang tak perlu pakai uniform, then bawak beg sekolah serta buku ikut jadual, lepas tu duduk atas kerusi utk next 6-7 hour. Belajar, hafal dan menulis sepanjang hari. Cukup haul ada ujian, lepas tu ada penyampaian hadiah. So anak2 yg kurang pandai mcm aku x pernah naik pentas ambil hadiah. Sedih sgt. Dikriminasi utk pelajar pandai seawal usia 4 tahun.

So konsep KK nie sgt bagus utk enviroment tadika masa kini yg hanya fokus belajar belajar belajar saja.

Insya-Allah kalau ad rezeki tahun depan nk hantar p KK nie. Cuma faktor jauh dan masa jer tengah dok fikir.

So, makpak jgn la fikir anak mcm robot dari kecik suh belajar2 saja. Habiskan masa bersama jugak utk bermain dan bersembang dari hati ke hati. kadang-kadang depa rindu dengan kita sgt tapi tak terucap sebab kita sibuk dengan gajet di tangan. (Present by Absent)

Okay la bebelan utk hari nie. Jom tgk gambar pulak. :)

Dengar talk pasal tantrum dari Puan Afidah.

Alhamdulillah lega dah tahu bawak diri

Nampak kat belakang tue.. Bukan heran dah mama dia.. lari sana sini

Nampak dia cool and relax ja... Mak jer yg gelabah puyuh...

No comments:

Post a Comment

Followers