Wednesday, April 6, 2016

Trip to Pekan Baru - Bukit Tinggi

Assalamualaikim...

24 Mac 2016

Seawal jam 4.30am dah bergerak ke rumah mak utk hantar anak dan trs bergerak ke Airport Penang.
Berkumpul di PIA seramai 10 org dan boarding ke KLIA2 jam 7.10am.

Sampai di KLIA2 pukul 8am cepat2 ambil bag dan check in semula lugage dan ke International.

Muka excited nk berlepas dari KLIA2 ke PB

Then  boarding ke Pekan Baru melalui pintu L14 jam 10.45am. Dan sampai 10.45am waktu tempatan. (Waktu Malaysia 11.45am)

Nie perjalanan untuk hari pertama.

Then sampai Pak Tono (Tourist Guide) kami dah siap tunggu dengan Kertas di tangan. Then terus lunch di BareSolok Pekan Baru (Masudnya beras di Solok nama tempat di kawasan bukit tinggi).

Singgah solat di masjid yang mana wanita tak dibenarkan pakai celana (seluar) jadi semua sarung kain telekung di tepi jalan (sebab dah tak bleh fikir). Lawak betoi.

Ha.. model kain telekung. Main sarung jer uols.

Memang area Riau banyak masjid. Di kiri kanan masjid. Siap ada buat Kaabah kat luar masjid untuk depa praktikal utk jemaah haji/umrah. Nie betul2 cuma saiz dalam bangunan setingkat. 

Then terus bergerak ke Bukit Tinggi melalui kawasan kampung kiri dan kanan. Banyak nenas dijual di tepi jalan sepanjang dari Pekan Baru ke Bangkinang kira-kira 2 jam perjalanan.

Selepas melepasi daerah Kampar jalan selekoh- selekoh dan berbukit macam jalan dari grik ke jeli yang perjalanannya hampir 5 jam kawasan berbukit.

Jalan yg sempit tapi selamba jer bas memotong kereta dan lori... tapi berhemah jugak driver di sana bila kita memotong kereta di depan terus bawak slow bagi lepas dulu. Tapi sepanjang jalan bunyi jugak la jeritan kecil jemaah wanita. Seriau pon ada kereta dah dekat pon boley potong.
Then stop kat satu kedai makan atas bukit sebab nak ambil gambar pemandangan yg sangat cantik dari puncak bukit.

The cik kiahs


Lepas pekena sebiji air kelapa muda dengan ada yg order Indo Mee kuah... Boley tahan la sedap kalau buat kat sini tak jadi sedapnya macam kat sana.

Nie betul2 atas bukit banyak gerai indomie taja kot. Cuma nama kedai org lain.



Kami lanjutkan perjalanan ke Bukit Tinggi yang akan melalui jalan berbukit2 dan sebelum sampai di Paya Kumbuh di daerah Bukit Tinggi akan melalui satu jalan yang berbengkak bengkok tapi telah dibuat jalan yang baru (sangat tinggi dan seriau). Nanti aku letak gambar sebab masa kami otw balik ke Pekan Baru baru stop over utk ambil gambar.

Then sampai di Paya Kumbuh memang dah nak malam dah hampir jam 7mlm. So nampak la rumah2 lama minangkabau di depannya rumah batu moden. Tapi tak sempat ambil gambar sebab bas bawak laju (tapi dlm 40-60km/j jer tapi tue kira laju la kat sana).

Dalam sejam sampai la di kawasan Bukit Tinggi dlm kul 8mlm dan stop utk makan malam. Nanti gambar makan posting yg spesial utk makan jer eh. Senang org nk tengok/cari nanti.

Habis makan terus depa bawak kami p tempat jual kain sulam di rumah orang Yenie Bordir  di Bukit Tinggi. Ingat kat rumah orang murah rupanya lagi tinggi. Dengar ada org bgtaw upah org buat sulam kat rumah nie dibayar 30% dari harga kain. Patutla...



Starting kain yg cotton prada dlm 350.000 rup mintak kurang pon dapatlah 320.000 rup (RM100++) dan tak mau bg kurang dah. Yang corak tebal dekat 450.000 rup ke atas (RM130+++) mahainya masya-Allah. Pastu pujuk yg kain cotton prada kalau nk beli borong dia bg dlm 280.000 rup (RM80++) still over bajet jadi kami mintak password wifi jer konon nk tanya family mau ka dak... Haha.. Padahal buat call husband pakai whatsapp. Hampa jangan lupa mintak password wifinya okay.


Dari 13 org hanya sorang jer yg beli kain. Haha. So terus balik ke Nikita Hotel (2 bintang) semua dalam pakej dah.



Hotel okay la cuma wifinya hanya di lobi. Mati kutu dok dlm bilik sbb takdak wifi. Haih pastu takdak lif naik pakei tangga sampai tingkat 3 bawak beg super berat. (padahal beg kosong utk bekalan nanti). Kipas takdak, air-con pon takdak. Tak la sejuk macam cameron highland tapi sejuk-sejuk jugak bila dah pagi.

Then yang lelaki beli simkad sana yg sgt murah RM15 utk 3Gb kot. Tapi kedekut nk share wifi nya. Haha cuma dah nk balik ja depa share wifi. Haha.

Sampai bilik memang lena awaila. Suasana still banyak kereta di jalanan. Macam kat kampung ja. Sayang kabus tebal jadi x nampak Gunung berapi.

Actually sampai jer bilik salin baju terus terlena. Haha... Letih sgt kot dekat kul 10mlm baru sampai hotel.

Sambung 2nd day pulak. 

No comments:

Post a Comment

Followers