Friday, February 11, 2011

Isi Hati Irina: Yang Patah Akan Tumbuh Yang Hilang Akan Berganti....


Kerap kita dengar ayat nie bila ada sesuatu perpisahan berlaku kn? Mesti nasihat

Tapi yang sudah patah tak sama yang baru tumbuh dan yang sudah hilang takkan sama dengan yang diganti...

Kita meratapi sesuatu perpisahan macam dah xde orang lain yang nak pada kita. Kita menangis sampai kering air mata macam dah tiada lagi bahagia untuk kita.

Memang kita patut bersedih tetapi jangan lah sampai meratapi perpisahan hingga lupa pada menyayangi kita. Contohnya kita masih ada ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, sahabat-sahabat. Mereka sedia untuk menyokong kita sehingga kita mampu dan kuat untuk berdiri dengan sendirinya. Mungkin nampak mudah bukan? Bagi yang mengalaminya, ibarat hidup di dunia sendiri, tiada lagi tempat bergantung, tiada lagi yang menyayanginya, mengasihinya, mencintainya, mengambil berat tentangnya....

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tapi perpisahan boleh berlaku cara yang berbeza bukan sahaja putus cinta, tunang, bercerai hidup/mati... Pasti kita semua tak nk akhiri sesuatu perhubungan yang telah terbina dengan perpisahan. Sebaik-baik Perancang adalah Allah SWT itu sendiri. Jadi kita mampu merancang....

Orang yang pergi takkan sama dengan orang yang kita baru kenal. Tetapi mungkin dia lebih baik dari sebelumnya. ^_^

Sentiasa bersyukur ke atas segala pemberian-Nya.

No comments:

Post a Comment

Followers