Thursday, February 13, 2014

Rezeki Ada di Mana-Mana

Assalamualaikum,

Rezeki ada di mana-mana.

Motif aku cerita pasal benda nie bila aku nampak ramai orang meniaga tapi masih menanggung hutang merata. Kalau hutang rumah, kereta tue aku masih lagi boleh consider la. Hutang orang pun tak mampu nk bayaq.

Maksudnya duit banyak masuk dan duit keluaq pon banyak jugak. Contohnya masuk hari nie RM100 tapi dah keluaq utk beli barang lain yang mungkin harga RM150. Macam tue dapat untung atau tidak?

Mungkin ada di mana-mana kita terkurang. Sebab tuh jangan riak sgt kalau berniaga nie. Lagi banyak patutnya banyak infaq/sedekah. Apa salahnya 10% dari hasil pendapatan/berniaga kita infaqkan?

For me untuk menjadi kaya hanyalah hasrat orang-orang yg miskin. Tp hakikatnya perbelanjaan pon makin bertambah, nk pakai barang pon mewah, bertukar-tukar henpon, tak layan hospital kerajaan lagi dan bil-bil semua pun meningkat.

Ini realiti depan mata. 

Aku mengaku few years ago masa kat putrajaya aku pon pernah keputusan duit sebab maybe aku kedet-kut bg kat parent aku n selalu delay byr hutang belajaq n sbgnya. Aku selalu ckp dengan diri aku nk survive pon x cukup macam mana nk bg kat parent n byq hutang kn? Takut hujung bulan xdak duit nk isi minyak n makan. Sampai ada satu masa hampir tetiap bulan aku meminjam ngan mama aku. Bukan nk bagi kn, mintak lagi ada la.

Lepas kawen aku muhasabah balik diri aku yang aku kena fikir untuk menyimpan utk masa depan kn? Untuk anak lagi. Kalau dah sendiri tak bleh survive macamana nk tanggung anak. In case aku x dpt tukaq la. Yela nk mintak ngan MH masa tuh dia byk dah berkorban masa dan duit mai Putrajaya. So, aku kena pandai2x jimat duit sendiri la.

Then syukur lepas satu kehilangan aku dapat perkhabaran gembira berpindah balik bersama dengan MH. Syukur tak terhingga. Tak sampai sebulan aku mengandung (si puteri dah nk masuk 4 bulan ...). Then aku bgtaw husband aku siap tolong buat kira-kira utk perbelanjaan isi rumah dan juga simpanan utk puteri. Tapi tak berjaya sgt nk menyimpan sebenarnya.

Bila dah pregnant aku mengaku banyak pakai duit sebenarnya. Mak pon kena p check-up sebulan sekali kat gomen+private( gomen jarang scan budak). Yela risau jugak banyak kes, so sebab kehilangan yg lepas kali nie memang jaga bersungguh-sungguh. Makan yg terbaik, amek vitamin n buah bagai. 

Pastu dah dekat nk bersalin baru cari barang2 dia (orang pesan untuk anak sulung seelok2xnya lepas 6 bulan or 8 bulan macam tuh la...) Beli sikit-sikit time gaji. Yela gaji kerani kerajaan berapa banyak la kn? So, tak dapat menyimpan lagi.

Then smp lah dia dah bersalin br dapat masukkan dalam ASB sikit-sikit sebab amek cuti 3 bulan. So, bleh la jimat kat travel kn? Tp sok sopping online pulak kejanya. So, tak banyak sgt bleh menyimpan.

So, sebelum masuk kerja hari tu dah buka Akaun Tabung Haji dan SSPN-i utk dia. Rasa macam lega sgt. Pak dia potong gaji terus senang kn? Mak pulak transfer online jer... pon senang jugak. Skg nie semua di hujung jari tak payah nk beratuq panjang-panjang.

Sambung balik bab rezeki nie. Dulu masa tak dak anak duit macam x bape nk cukup tapi dah ada anak nie duit sentiasa ada dah boley pulak menyimpan utk mak/anak. Pelik kan?

Dari hari dia lahir aku akan infaq tetiap bulan mengikut kemampuan. Macam ada org post kat facebook kalau rasa tak cukup duit cuba bg makayah duit tetiap bulan dan sedekah kat mana-mana RM1/sehari. Buat sebulan kalau rezeki tak murah buat sampai rezeki murah. Tp biar kena dengan niat kan?

Kita kaya la macam mana pon kalau hati tak tenang, masa pon takdak dengan keluarga sebab siang-malam carik duit, anak pon lebih rapat dengan org lain berbanding kita. Aku pulak rasa macam nk berenti keja kalau semua hutang aku dah settle n tgk anak-anak aku membesar depan mata. 

Tengok kawan aku dapat jadi tukang masak, tukang dobi, tukang kemas, driver, cikgu, doktor dan semua utk anak dia rasa memang cemburu. Syok kn?

Semoga aku dapat menjadi seperti suatu hari nanti. Cuma dapat rumah untuk berlindung (walaupun sekadar rumah burung), kewangan (cukup untuk belanja hari-hari, perubatan, pendidikan, kecemasan n dll), pun dah cukup. Tak payah la nk hantaq anak p tadika sampai beribu-ribu semata-mata nk tunjuk kat orang kita mampu kn? (semua orang mengharapkan yg terbaik untuk anak mereka cuma ukur di baju sendiri). Jgn sampai nk beli susu anak esok takdak duit sebab nk bayar yuran itu ini (yela sekolah mahal kn?). 

Kalau budak tuh memang dah dididik di rumah tak perlu nk byq org len suh ajaq kn? Kita patut tambah ilmu pendidikan awal kanan-kanak kn? Kekadang tuh yg ajaq bebudak yg baru abis SPM dan tak sambung belajaq. Rugi la makpak belajaq tinggi2x nie kn? 

Insya-Allah kita dimurahkan rezeki walaupun kita bersedekah. Walaupun hari-hari aku keluaq duit "belanja orang" tapi hari-hari jugak duit masuk. Syukur sgt!

Semoga rezeki kita dipermudahkan. Amin. Yang baik boleh diambil dan yang buruk tue dari aku... 

Sekian, Wslm.

Irina

No comments:

Post a Comment

Followers