Monday, February 17, 2014

Berteater " Lawak Utagha The Musical"

Assalamalaikum,

Malam tadi kami g buat ramai kat Dewan Tuanku Syed Putra, USM Penang utk memeriahkan teater " Lawak Utagha The Musical" .

Antara artis yang buat ramai dalam teater nie! Abg Yus Jambu, Ropie Comei, Syuk SYJ, Kumpulan Mamu, Mamak Cuit, Shazli Cuit, Jumie Samsudin, Najua P Ramlee (Sora depa sedap sgt! Rupanya budak ASWARA kot si Najua nie!)

Bila cakap pasal muzikal mesti la berlakon di selang selikan dengan nyanyian! Semua pelakon menyanyi oi!

Berbalik dengan kisah teater nie.

Kisah bermula dari zaman persekolahan ada budak nakai, tak taw speaking omputeh, budak nerd, suka mengusik dan memacam hal la. Depa kata cikgu depa rokok daun. Haha... 

Che Embum (Najua) dan Zamri (Syuk SYJ) pasangan yang romantis sgt. Banyak scene depa nyanyi dua. Then si Hamdan (Yus Jambu) Ketua geng budak jahat (Kumpulan Mamu) cemburu dengan couple nie. So plan untuk bg depa putuih.

Tapi diselitkan jugak scene kat dalam kelas yang mana dok mengusik cikgu dengan panggilan Rokok Daun, kawan sekelas Dunhill 20... Memang best sgt! Tang Pak yus garu pungkuq sambil skodeng apa kat tingkap pon x taw. Hahaha.

Then kat asrama pulak terjaga malam-malam nk terkucil. Gerak kawan mangun tapi kawan x mau bangun. Takut nk p toilet. Last2x kencing atas tilam. Then usik kawan-kawan lain yg dok sedap dibuai mimpi. Tetiba nampak sekoq toyol. Dok jerit2x panggil kawan-kawan tp semua x nampak. Last-last dia hilang macam tuh ja. Org x nmpk kewujudan dia. Kena sorok bunian kot.

"Watak Non (Mamak Cuit) telah 'dihalimunankan' selepas tersampuk berjumpa dengan toyol semasa di dalam bilik asrama" - Shazli Resdong's aka Ustaz

Pastu tunjuk lak si pasangan kekasih dok bercanda, menyanyi bersama. Suara Najua P Ramlee (budak ASWARA) tue memang sedap! Walaupun tembun kn? Hamdan n the geng panggil memacam kat depa nie. Kelempung... hahahahahahaha...

Pastu setup bagi couple nie berpisah n jumpak balik kat reunion tetiba nk kawen dengan hamdan. Zamri terkeciwa.

Mai pulak time kenduri kawen pon lawak. Hahaha. Pak Imam sebuk nk berselfie dan amek gambaq. 

"Hamdan ( Yus Jambu 76) ) bin Mutalib ka atau Hamdan bin/binti Syakirin" - Shazli Resdong's aka Tok Kadi

"Tok kadi ( Shazli Resdong's) lain kali panggil saya bewak, jangan panggil jebon terasa hati saya" - Hamdan (Yus Jambu 76)

Saya nikahkan dikau dengan Che Embum binti Kelempung dengan mas kawennya Kelempung 5 kilo! Adoila sakit perut!

Memang terbaiklah!

Okay layan gambaq pulak....


Tiket yang tak bertuah... Hahaha. Hadiah Utama Motosikal Sym!


Comei dak mak budak?


Depa dok syok jadi backup kepada Husin yg  nerd.


Nie antara barisan team yg menjayakan pementasan teater  " Lawak Utagha The Musical".


Next pulak "Siluman Ungka"

That's all. :)

Irina

No comments:

Post a Comment

Followers