Assalam,
Kali nie aku nk buat entri pasal derma. Korang ada masalah tak nk bg/derma kat orang 10sen kalau dalam purse hampa cuma ada RM1. Aku x mau la cerita apa yg aku pernah buat nanti RIAK. Tapi aku pernah banyak kali dalam keadaan macam tuh. Normally kat pasar ramadhan, yela kn nk beli food utk berbuka. Pastu duit ada la dlm 2 3 ringgit, tp kesian sgt sebab fikir jugak aku pon ada banyak nie nk beli apa pon x cukup macam mana la depa hari2x x dak duit nk makan. Tiap kali tgk mesti teringat arwah tok ngan tokwan... walaupun ada skit tp aku letak la jugak (tak payah taw la berapa kn)... sedih kn?
Sama jugak tiap kali aku tgk benda2x menyedihkan macam kat fb atas ni. Kisah depa dua beradik macam nie.
Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan Mitochondrial Disease.
Dana ini bertujuan untuk membawa Annisa dan An-Nur ke Erkang Hospital di
Beijing, China bagi menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif. Untuk info lanjut sila layarihttp://www.hfind.net/
Selepas itu Annisa dan An-Nur akan meneruskan program rawatan dan persekolahan khas Cerebral Palsy di United Kingdom.
Sila layari http://www.scope.org.uk/
http://www.b-i-r-d.org.uk/
Tapi malangnya Arwah adik Anissa telah pergi dulu seperti catatan babah kepada adik Anissa dan An-nur;
"Dia menolak untuk ke China, barangkali memberi ruang untuk adiknya kerana untuk mencapai sasaran kutipan masih terlalu jauh. Dia padamkan lilinnya di sini untuk menerangi lilin di kehidupan abadi. Untuk menerangi taman-taman wangi- mempersiapkannya untuk kami menyusul nanti."
Aku harap kawan2x aku yang sgt baik hati bolehla derma kepada Adik An-Nur utk mengumpul dana ini. Kalau sorang rakyat Malaysia bg RM1 boley dpt hampir 20 juta.. so, setakat RM500 ribu memang x mustahil.
Aku ada ramai kawan dan sedara yang anak dia ada masalah macam nie. Memang kesian sgt. Tapi family berusaha nk cari duit buat macam2x rawatan. Ya Allah SWT hanya depa ja taw macam mana susahnya nk cari duit tuh.
Cuba letakkan kita kat tempat depa apa perasaan nya? Kita sihat, ada duit, boley sopping, mewah2x, tapi nk bg seringgit pon berat kn? Kalau kena kat kita nk pulak p mintak kat sana sini, masuk TV la bagai. Masa senang takdak la pulak nak ingat kn?
Kalau pon ada yg berniat nk menipu tapi niat kita yang ikhlas utk membantu dah tertulis dalam kamus diari kita.
Jom la bantu adik An-nur yg telah kehilangan kakaknya Arwah Anissa pada 22 Disember 2011.
Ya Allah semoga engkau berikan kekuatan pada keluarga arwah adik Anissa dan adik Annur.
Sesiapa yg berniat nk memberi sumbangan bolehla beri kepada:
Maybank
Mohd Affandi bin Ramli (bapa)
156114001424
3 amalan yg dibawa mati:
1) Doa anak yang soleh
2) Ilmu yang dimanfaatkan
3) Sedakah dan amal jariah
Aku bukan ustazah, aku juga bukan ilmuan agama, dan aku juga bukan seorang alim tetapi aku hanya insan biasa yang bisa mengerti penderitaan orang lain.
Irina
No comments:
Post a Comment