Friday, December 9, 2011

Isi Hati Irina: Pantun Rindu Merindu!

Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan"



"Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang"


"Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya"

"Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh"

"Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung"

"Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang"

"Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari"

"Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang"

"tanam pisang rapat-rapat,
biar senang puyuh berlari,
ku pinang-pinang tak dapat-dapat,
ku pujuk-pujuk ku bawa lari"

"wahai sukma dengarlah sayang
hati ini tak pernah hilang
bukalah hati bukalah sayang
moga terbuka jiwa yang riang"

"di mana tempat kuang berbunyi,
di tepi kolam di pohon kekabu,
di mana tempat kita berjanji,
di atas tilam dalam kelambu"

"anak itik ditepi kuali
pergi mengintai si kucing mandi
niat di hati tak pernah ku sesali
walaupun sesekali terperosok di loji"

"tujuh ratus lima puluh lima
itulah harga grafik card idaman kalbu
diluar nampak bersuka ria
dalam hati sapa yang tahu" 



Hilang dah link irina copy tadi... Sowie yea tuan khemah... Credit to tuan khemah yang buat entri pasal pantun nie... :)

3 comments:

  1. alahai....ada pokok, ada laut, ada bunga........alam dan manusia sungguh

    ReplyDelete

Followers