Wednesday, September 11, 2013

Bersabarlah sahabat...

Assalamualaikum,

Di sini bukan lah nk menceritakan yang aku nie sgt bertuah di dunia ini tapi cuma aku pun menumpang di kalangan orang-orang bertuah kerana mempunyai keluarga yang amat mementingkan pendidikan walaupun kekurangan sumber kewangan (jadi pinjam dari MARA-dah selesai dah bayar,syukur Alhamdulillah), pendidikan sehingga Degree (kalau ada rezeki nk sambung profesional certificate or Master, semoga dipermudahkan...), kerjaya walaupun di bawah kelayakan (syukur, walaupun gaji tak banyak tapi berjaya menguruskan dengan sebaik-baiknya), aset (kereta walaupun air-con dah rosak hampir setahun yang lalu tapi masih elok untuk berkhidmat untuk tuan dia, myb soon plan nk beli sebuah rumah walaupun hanya flat untuk dijadikan investment masa hadapan... Semoga dipermudahkan perancangan ini...) dan suami yang memahami (bertikam lidah adalah asam garam rumahtangga, perselisihan pendapat kadang-kadang buat kita lebih memahami, nk yang sempurna memang tak ada kat dunia nie... cukuplah sekadar dia tahu akan tanggungjawab dan amanah yang dipikul olehnya....)

Aku juga pernah mengalami tahap frust di mana sampai plan nk g oversea sambung belajar or dengan kata yang lebih eloknya melarikan diri dari semua orang termasuk family aku. Masa tuh adik perempuan bongsu dah bertunang jadi aku sebagai yang sulung (di mana ketika itu tiada boypren a.k.a. someone yg boleh dijadikan husband) memang rasa tertekan. Family aku pon carikan utk aku anak kawan-kawan dia yg berpangkat tinggi dan berkerjaya di mana memang aku sgt tertekan sebab bg aku biarlah pilihan dari aku sendiri yang direstui oleh kedua orang tuaku. Yela dah penghujung 20an jadi semua mula risau. Ada kawan-kawan lelaki pon di mana kita nie cuma dijadikan sebagai pilihan atau senarai if derang xdak orang lain yg lebih bagus. Memang sgt tertekan. Bila keluar dengan kita treat kita sebagai someone special, larang itu ini dan kata-kata nasihat umpamanya seorang yang ingin menjadikan teman sehidup semati... Sampai nk buat apa pon kena fikir takut dia marah/ apa pulak dia kata nanti... Padahal dia bukan sesiapa pon lagi bg kita kn? Kalau suami yang sah boleh la nk takut sebab syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Ini dikatakan tiada jodoh kn?

Tapi kuasa Allah SWT itu amat besar. Kita kena percaya kepada jodoh pertemuan. Memang kita dah merancang dengan sebaiknya tetapi Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kalau dah nampak ada masalah dalam perhubungan walaupun dengan orang (berlainan jantina) yg bergelar sahabat cuba bincang dengan sebaiknya. Mungkin hanya dia/kita yang bertepuk sebelah tangan. Then berterus-terang dari awal dan jangan berpura-pura menjadi orang lain hanya untuk mengikat hati si dia. Better dia nampak diri yg sebenar sebab esok dah dok serumah memang dah tak bleh nk pura-pura. Then kalau dia banyak sgt bg alasan/tegur itu tak kena ini tak kena then something goes wrong. Myb dia dah ada yg better person yg dia rasa kena dengan taste dia. So, better angkat kaki. Let go... Memang sakit/sedih/kecewa sebab kekadang amek masa bertahun dah berkawan kn? Tp better amek satu langkah keluar dari hidup dia dan jalani hidup sendiri.

Masa nie lah semua duit yang kita dapat dari hasil titik peluh kita, kita gunakan untuk pampered diri kita. G spa, saloon, beli hadiah untuk diri sendiri, g bercuti walaupun sorang and enjoy yourself. Jangan ingat hampa rugi sebab takdak bf bagai. I'm in that situation before. Memang fun sgt that time. Memang kekadang sunyi tapi just train yourself to let go. Then after few month or take year then open your heart. Masa nie lah nk berubah demi kebaikan bukan berubah demi bf/fiance/suami n etc. Then bermuhasabah kehidupan sendiri bukan semata-mata untuk kerjaya dan duit. Ibadah kita, perbuatan/perkataan kita dan pergaulan dengan orang lain.

Jangan anggap kita nie hebat walaupun gaji beribu sebab kita dibebani dengan hutang selonggok. Mana rumah, kereta, loan belajar, loan peribadi, bil-bil, dan etc. Kalau ada yang masih belajar dan tiada beban hutang memang x rasa. Yela ada masih bekerja tp parent bg duit lagi bulan-bulan. Kita rasa x cukup tapi bila rasa x cukup p sedekah RM50 kat tabung masjid ka or sedekah kat bersamamu ka or sapa-sapa saja yg memerlukan.

Insya-Allah kita takkan rasa susah walaupun dalam bank tinggal RM50 jer dalam bank. :)

Jangan riak dengan rezeki dia bagi pada kita, sebab tak semestinya kita berpendidikan tinggi kita pandai, berkerjaya itu hidup depa senang, berduit itu kaya, dan berkahwin itu bahagia... Selalu kena bersyukur walaupun kita masih tak jumpa dengan Mr/Mrs right kita masih memiliki rezeki yang lain. Just enjoy yourself dan carilah kedamaian di hati sebelum berjumpa jodoh hampa. Percayalah bila dah jumpa tak payah tunggu lama or risaukan pasal duit tak cukup n etc. Sebab Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan kita. Amin.

Keep calm and enjoy yourself my dear friend. Jangan bandingkan hidup kita dengan kawan-kawan kita. Setiap orang ada kesenangan dan kesusahan mereka yang tak mungkin mereka kongsi. :)

Cheer up my dear friend.

Love Love Love.

Sekian, Wslm.

Irina

4 comments:

Followers