Thursday, September 26, 2013

Luahan Seorang Isteri Yang Bekerja

Assalamualaikum,

Isu sekarang nie kecuaian ibubapa menyebabkan kehilangan nyawa si anak. Walaupun ditinggalkan kat pengasuh/taska pun ibubapa disalahkan. They said, mom should take care of their baby/kids them self. Hurm...

Yup, memang aku setuju bab jaga anak patutnya makpak kena jaga anak-anak sendiri sebab didikan parent sendiri lebih berkesan dari hantaq anak p mengasuh or taska or anything. Aku pon dibesarkan di rumah orang dan taska/tadika. So, aku memang dapat rasa bila kawan-kawan aku yg mana mak depa surirumah nmpk ceria n happy jer bila datang sekolah bawak bekal or excited nk blk rumah sebab mak depa masak.

Itu baru bab masak sebab dari kecik kami memang makan lauk kedai. Aku memahami kepenatan makpak aku sebab aku pon bekerja kn? Bila balik rumah memang penat sgt. Kerja-kerja yg ringan aku mampu la buat yang lain kena tunggu weekend. Tp myb sebab aku pon tengah sarat so tak boleh diambilkira lagi. Cepat mengah n penat.

So, berbalik kepada kisahnya menjadi surirumah sepenuh masa. Aku tak nafikan ramai kawan-kawan diploma & degree aku dah jadi surirumah sepenuh masa. Memang ada keinginan depa nk cari kerja tp setelah bertahun jadi surirumah depa x gamak nk hantaq anak depa kat orang nk bg jaga. Senang kata x percaya kat orang lain nk jaga. Yela banyak dah kes kena dera sampai koma, tersedak susu, hish nauzubillah mintak dijauhkan. Hurm, aku pon dah terdetik kerisauan yg amat sgt untuk nk hantaq kat org. Yela belum keluar lagi kn? Semoga anak mama nie senang dijaga. :)

Sepertimana yang hampa semua taw setelah habis diploma & degree, kami perlu membayar pinjaman pelajaran yang mencecah hampir 30/40k bagi tempoh pengajian 5-6 tahun. Kalau masa ada diskaun sket Alhamdulillah. Then bila dah mula bekerja mula ada komitmen kereta, rumah, pinjaman, simpanan dll. So, bila dah berumahtangga komitmen masih ada dan perlu ada kerja untuk komitmen yang bertahun lagi nk abis. Bukan mengejar beg tangan mewah, barang kemas, gajet terkini, pakaian yg mahal or anything. Percayalah bahawa tak semua wanita akan menghabiskan duitnya hanya untuk membeli bedak yang berharga RM100+ sebulan. Tak semua datang kerja nk melawa jer. Memang tujuan nk cari rezeki.

Lepas kawen lagi la kita tak boleh berlebih-lebihan melawa bila bekerja. Nie kepada yang sedar yang dia adalah bini orang dia akan kawal cara pemakaian,makeup bila bekerja. Bukan x bleh nk dress up yela sekarang nie kebanyakannya adalah eksekutif yg berjaya. Takkan la x grooming kn? Cuma kekadang tuh bini org dressing lagi dasyat dari anak dara. Tue yg mungkin ramai terpikat dengan bini org berbanding anak dara. Nie memang aku nmpk sendiri kat pejabat masa di Putrajaya. Tak boleh nk jangka yg mana bujang yang mana dah kawen.

Eh dah masuk bab lain dah. Nie sebenarnya peringatan untuk diri sendiri kn?

Okay berbalik kepada isu tadi menjadi surirumah sepenuh masa. Ramai kawan-kawan aku kata if they husband can provide such amount make them to stay at them they will agree to be full time housewife. Tp kena ingat yang bukan semua suami mampu nk bagi sekurang-kurangnya 1000 sebulan sebab myb gaji dia pon ngam-ngam 1000. Mana nk bayar rumah sewa, bil-bil, barang-barang dapur n etc kn? Silap nk bg 100 pon x mampu. Nie lah dilema para isteri sekarang sebab tak semua suami adalah CEO yang bergaji RM10k+ sebulan kn?

Or else para isteri kat rumah kena ada income sendiri macam menjahit, buat kek or jual online kn? Income sendiri untuk simpanan dan komitmen sendiri. Yela kekadang nk jugak beli barang sendiri kn macam bedak, perfume, baju n etc. Nk mintak kat husband belikan pon segan kn? Sebab aku tgk ramai jugak kawan-kawan aku berjaya menjadi seorang usahawan yg berjaya. Contohnya jual kek semuanya melalui online. Tak payah nk bukak kedai pon. :)

At the same time being full time housewife. So dia ada duit sendiri nk beli barang yg mahai-mahai. Yela x menyusahkan husband dia pon nk request beg carlo rino ka sebab dia ada duit sendiri. Memang kalau boleh aku pon nk jadi free from hutang n raise my own child. Sape tak nk kn? Cuma kekadang tuh aku tengok depa rushing jugak nk ke pejabat pos/deliver barang hari-hari.

Tengok husband dok buat bajet bulan-bulan kesian tgk. Sebab dah bekerja so sama-sama kongsi belanja kn? Sorang dah tanggung rumah, jadi bil-bila kita bayarkan. Barang rumah memang tanggungjawab dia untuk sediakan.

Bila dah duduk rumah sendiri barulah kita tahu perbelanjaan sebulan kn? So, bab duit nie sgt sensitif dan boleh menyebabkan salah-faham dalam rumahtangga. So, memang kita perlu ada simpanan sendiri in case emergency. So, memang dilema untuk nk berhenti kerja untuk menjadi full time housewife. Aku bukan typical gomen servant yg nk tunggu sampai pencen. Cuma rezeki aku masih di sini. Nie punca rezeki aku yg mungkin Allah SWT dah rancangkan.Mungkin juga ada perancangan untuk aku yang lebih baik nanti. Jadi aku amat bersyukur atas rezekiMu Ya Allah.

So, aku akan lebih berusaha untuk menjaga, mendidik zuriat kami lebih dari pengasuh/taska di luar. Kita tak boleh mengharapkan pengajaran di luar semata-mata. Nanti anak-anak lebih percayakan di luar dari parent sendiri. Yup, aku dah rasa cuma aku masih ingat masa aku 3-4 tahun abah aku sendiri yg ajar mengaji kat rumah. Then ajar buat keje sekolah. Kita cuma boleh merancang yang terbaik untuk orang yg kita sayang kn? Cari sekolah yang terbaik, pakej insurans terbaik, pakej simpanan yg terbaik. Semuanya kita harapkan yg terbaik kn? Jadi kita pon perlu jugak menjadi terbaik kn?

Insya-Allah pengalaman masa membuatkan kita sedar kepentingan hubungan kekeluargaan dari kerjaya atau duit. Ada duit banyak tp anak-anak tak hormatkan kita sebab memang dari kecil dah dimanjakan dengan duit. So, belajarlah ambil mana yang baik-baik.

Semoga segala perancangan kita dipermudahkan. Sangat nervous bila mengingatkan baby AS dah semakin membesar dalam perut mama. 34week already. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita dengan sebaik-baiknya.

That's all for now. Sebelum lupa papa dia excited nk g scan minggu nie, siap pujuk lagi sayang jgn tutup muka taw nanti... haha... soo cute... dah 8 month... :)

Sekian dulu, Wslm.

Irina

No comments:

Post a Comment

Followers