Friday, September 13, 2013

Kes 1: Ragut di Stesen Minyak

Assalamualaikum,

Hari isnin lepas salah sorang daripada staf kena ragut/rompak kat stesen minyak. Dia dok isi angin tayar dan seperti kebiasaan memang kita semua pon tak tutup enjin dan lock pintu kn? Sebab isi angin kn sekejap jer. Malang tak berbau datang penunggang motosikal bersama pembonceng buka pintu dan ambil beg tangan yang diletakkan di tempat yang senang diambil, mungkin atas kerusi or di tengah-tengah(handbrek). Dia mesti dah usyar lama kn? Takkan teruih nk p amek ja kn?

So para ladies yang rata-ratanya membawa handbeg ke pejabat or di mana-mana sila ambil perhatian.

1. Sila tutup enjin semasa nk isi minyak/angin di Stesen Minyak. (Mungkin sebab dah biasa jadi macam ala leceh la... tp dah terkena batang hidung sendiri br la nk tercangak kn?)

2. Sila lock pintu semasa nk g kaunter bayar duit/ masuk dalam stesen minyak/isi angin.

3. Beg tangan diletakkan di bawah kerusi/ tempat yang orang x nampak. Kalau yg penting pon selit duit/hp jer. (Selalu aku pon letak kat tengah-tengah seat, sebab senang nk cari barang... beg dah macam poket doreamon)

4. Tingkap pastikan ditutup rapat di mana-mana trafic light. Sebab banyak jugak berlaku kat trafic light kn? (Mati ler air-con ai rosak... sebelum si AS nie keluar kena g buat Air-Con dlu nie)

5. Kalau ade yang ketuk cermin or anything yg suspicious terus drive ke Balai Polis berhampiran. Bawak laju-laju g kat balai... Sebab dah ada kes yg sampai kemik-kemik satu group motosikal hampir 10 org ketuk kereta dengan kayu hoki. Yang penting nyawa bukan kereta. So, terus jer g balai okay. Jangan p berenti pulak sebab memang tue yg depa mau. Kalau perempuan lagi bahaya silap-silap kena r*g*l. Nauzubillah...

So sila jaga diri anda okay. Bawak jer beg yg biasa-biasa, sebab org nmpk jer beg berjenama mewah mesti ingat kita nie kaya walaupun beg gred AAA yg di beli di PS Street, Uptown, Feringgi Night Market.

Kepada semua sayangku, sila lebih berhati-hati ye walaupun naik kereta, motor, atau kenderaan awam.

Love Love Love.

Sekian, Wslm.

Irina

No comments:

Post a Comment

Followers