Tuesday, April 9, 2013

Karpet Bulu Murah Dan Karpet Bulu SSF!

Assalam semua,

Semalam masa sampai jer rumah xde orang lalu call husband la ckp xde rumah. Macam besa kena marah dulu, Mana Kunci Abang Buat? Me: Ntah la abg myb dlm beg lain kot. Padahal memang x taw kat mana letak sebab selalunya memang ade org kat umah or dia yg bukak kn pintu. 

Dia kn coti semalam settle kn duit rumah, cavenzi, bank dan dan beli cat minyak. Isk dah gtaw x payah tp dia nk cat jugak hall pakai cat minyak sebab dia kata warna yg lama x sekata. My MH way too perfect in everyhing. Bukan macam MW asal boleh jer. Muahaha.

Then dia sampai umah dalam 10 minit lepas tuh dan suruh turun. Mana pulak dia mau bawak. Tghari dah sopping Ayat2x Quran utk deco rumah. 

Oh rupanya nk bawak p SSF. Price quite okay. Mahal utk certain barang. 

Nak cari lampu tdoq sebab nk p Ikea jauh sgt jadi bleh la tilik2x kat situ. Ala kat Jalan Anson. Hampa gugel ja SSF Jalan Anson. Memang senang sgt jalan nk p situ cuma jem sket la smlm p waktu org blk kija.

Alang-alang p ushar semua barang ade dlm tuh. MH berkenan sgt dengan sofa bed dia. Quite affordable berbanding dengan CM and others. Tp hold dulu kita tgk dulu na sayang. Tunggu bajet seterusnya dulu. 

Then naik tingkat atas ade barang2x macam karpet, barangan utk kanak-kanak, furniture, gambar2x hiasan, dan barang2x nk buat hantaran. Quite pricy tp lawa sgt! Seb dah kawen. Kalau tak jd tamak jugak.

Yg aku sgt berkenan adalah karpet. Dari jauh dia dah memanggil2x aku. Dok tarik2x MH tp dia cam lambat2x jer. So, akhirnya berjaya jugak tarik dia.

Memang lembut bak sutera. Tak payah tdoq atas tilam lagi. Serius lembut gila! Tp harga!!!!!! RM1000++++. Paling murah adalah 700++ dah tuh pon campuran bulu dan sintetik. Xde la lembut sgt.

Then dah jalan pusing MH g daftar jd members sebab ada certain barang sgt murah utk members dan ada promotion buy 1 free 1. Ala pompuan biasa la kn? Sgt sensitif bila dengar pasal SALE nie. Muahaha. Time birthday month macam my birthday 04.04.2013 so the whole month ada promo for 50% for 1 item except for furniture, sofa, bedding and 20% for another 5 item.

Menarik kn? So kalau karpet bulu lembut tuh harga 1000 dapatla 500 kn? Muahaha. Okay hold dulu. 

Lepas jer penat dan jalan termengah2x husband p masuk town pulak. Bila ditanya diam jer. Ingat cari food sebab memang perut sgt lapar. Then dia masuk Cambell Street dan MH berkata, "Rasanya kedai karpet depan sket kot!". Oh rupanya dia mencari karpet. Muahaha. Awat x habaq kn?

Then nmpk ade 2 3 kedai juai karpet tp Cina bukan Pakistan. Boleh la tgk karpet bulu macam kat atas nie. Berkenan dari p tgk kat Mega Home Fair kat PISA arituh. Mostly pakai karpet nie. 

Then masuk MH tertumpu kepada vertical blind utk dapuq. Tp MW melilau dah cari bulu-bulunya. Haha. Then sorang cina nie amat memahami si MW jadi bawak masuk ke ruang paling dalam sekali. Oh di situ rupanya tersimpan treasure yg sgt bernilai. Cewah.

Yeay! Ada dan harganya utk yg 4 kaki lebih cuma RM170 dan besaq sket dalam RM200. Yela our sarangheo bukan besar pon yg kecik sudah la kn? So, pilih2x color la. Ada light brown, black, and maroon. Yg maroon tuh di amik dalam bilik kat atas. Haha. Sgp p masuk dalam stor p amek. Dia taw naluri i nie. :P

Yeah! Akhirnya memilih karpet bulu dari kedai karpet apek Campbell Street yang berwarna maroon dan harganya hanya RM140! Yeay!

Alhamdulillah makin penuh barang dalam rumah. Seronok kn jalan-jalan cari barang. Lepas nie mungkin banyak pasal food pulak kot. Resepi dah dok kumpul nie.

Sebelum tdo semalam MH tetiba mengutarakan suara hatinya. MH, Nanti kumpul duit beli lagi karpet tuh. MW, Isk abg nk letak mana lagi? MH, Nanti bleh tukar-tukar kaler. Takkan satu warna jer. Dalam bilik nk letak tak? MW dengan nada yg separa mengantuk, Nk boh kat mana yang? MH, Sebelah katil tuh la. MW, Ayg okay jer. MH, Nanti abg try g pusing kat Parit Buntaq kot murah lagi. MW, Zzzzzz, Okayyyyy. Nie la dia kata ada Deco Engineer kat rumah. Haha

Jadi, apa lagi MH dan MW kena kumpul duit utk beli karpet bulu seperti di atas banyak color lagi. Jadi berbelanja mengikut kemampuan dan berbaloi kn? Nak cantik x perlu belanja besar kn? :)

Sekian dulu, gambar kat atas dari gugel. Nanti cek update gambaq na. Superduperexcited!

Pray for my little cutie pie kumquat! Amin. :)

Irina
MH-Mr Husband
MW-Mrs Wife

2 comments:

  1. kt mane kedai carpet murah tu? blh bg alamat kedai tu x?

    ReplyDelete
  2. Shaggy Carpets kini ada penghabisan stok karpet jenis bulu panjang hanya RM 200 saja.. dgn free delivery kalau berminat bolehlah like page shaggy carpets di facebook atau hubungi 0173561018 dan mereka akan membawa beberapa keping ke rumah dan bolehlah pilih yg mana satu berkesan. .....memang murah skrg

    ReplyDelete

Followers