Tuesday, October 4, 2011

Isi Hati Irina: Cubit, Rotan, Denda!

Perasan tak sekarang nie budak-budak sekolah dah semakin berani, cikgu pulak yang ikut telunjuk anak murid.

Dulu kalau tak buat keje sekolah, bising dlm kelas, main dlm kelas, tak buat latihan dalam kelas mesti kena rotan dengan pembaris panjang kaler oren, atau kena cubit dlm kelas. Yang paling sakit kena bulu ayam la. Yg tak sakit tapi malu kena berdiri atas kerusi sepanjang kelas or berdiri kat luar kelas.

Sekarang nie cuba baca berita. Kena rotan, cubit, pukul semua nya kena saman. Cikgu skg nie dah tak berani nk letak tangan kat budak-budak dah. Tak buat gheja sekolah biarlah, tak nk belajar pon biarlah, janji dpt gaji bulan-bulan. Dah bebudak tuh yg tak nk belajar kn? Serius, bagi muka kat sekolah, kat rumah pon dok manja memang lemak la depa nanti. Tegur sikit pon dah tak boleh.

Memang orang kata tak bleh ajar dengan keganasan tapi dulu zaman kita macam mana? Apa beza nya dulu dengan sekarang? Sebab kena cubit, pukul, tampar la baru sedar n jadi orang. Ada ke yang dok dendam lagi dengan cikgu yang tampar, or rotan derang dulu? Mesti kita bersyukur kn sebab kalau tak buat mcm tue kita tak takut dengan cikgu n malas buat keje.

Ala cikgu bukan marah pon kalau salah janji buat jerla keje tuh. Cikgu marah pon sebab awak tak buat keje yang sepatutnya awak buat kn? Awak tak payah nk pikir macam mana nk cari duit nk makan or bayar duit yuran kat sekolah or nk beli buku itu ini. Awak cuma p sekolah jer.

Esok nie dah abis sekolah, confirm dia akan menyesal sebab tak belajar betul2x masa kat sekolah. Bila tgk kawan-kawan berjaya baru rasa rendah diri sebab tak buat betul2x masa exam. Masa tuh kalau belum terlambat boleh la amek paper julai ka then sambung la ke diploma n ijazah. Tapi masa tuh semua org dah jauh ke depan awak br terkial2x nk panjat tangga.

Cuma kalau otak dah berkarat dok la kat takat tuh. Duduk nganga n dok menyesal hari-hari.

Cuma aku nk ckp jer budak-budak sekarang nie manja sgt. Mak bapak pulak kaya raya n ada duit nk saman menyaman. Mampu nk byq peguam kn. Pastu kalau anak-anak depa tak jadi orang jgn salahkan cikgu or sekolah tuh sebab dari awal hampa dok bg muka kat anak-anak hampa.

That's all for today.

No comments:

Post a Comment

Followers