Topik nie memang berat sket bagi aku nk ulas tapi memang hari-hari aku nampak benda nie...
Sapa yang tak pernah mengalami perasaan kecewa, putus asa, tekanan, stress dan ada rasa nk bunuh diri? Mesti pernah terdetik perasaan macam nie bila kita putus cinta atau bila perhubungan kita bermasalah.
Tak semua cinta itu indah kalau dua-dua tak cuba memahami pasangan masing-masing. Dan yang paling penting EGO menjadi batu penghalang kn?
Ada yang bertepuk sebelah tangan, diberi harapan tapi rupa-rupanya kita nie hanya kawan bila dia tak dak kawan. Ada pulak pasangannya dah merasa bosan dengannya sebab alasannya tak memahami, mengongkong, mengganggu setiap masa dengan call/sms, dressing macam makcik, tak pandai makeup, tak pandai bersosial, tak pandai bergurau, dan macam-macam lagi la alasannya...
Sebab apa timbulnya alasan-alasan cenggini? Sebab dia compare dengan orang lain yang dia nampak lebih mengikut spesifikasi yang dia impikan? Betulkan?
Kalau dah terlalu banyak yang harus kita ubah untuk mengikut apa yang dia nk lebih baik la tarik diri utk nk teruskan perjuangan utk bersama si dia. Kalau terlalu banyak yang harus kita korbankan dan kita jer kena ikut cakap dia itu bukan toleransi namanya. Itu dah diktator namanya.
Kalau sebelum kawen dah suruh ubah semua. Ingat yea mungkin sekarang kita ubah untuk menjadi orang lain. Tapi dalaman kita dan diri kita adalah sama dan tak berbeza. Lambat laun kita akan berperang dengan diri sendiri dan keluar jugak sifat-sifat yang telah ditanam sejak kecil lagi. It's not that easy to make a change.
Berubah ke arah kebaikkan memang la bagus tapi semua perlukan masa dan juga bimbingan dari orang yang benar-benar ikhlas sayangkan kita. Biarlah orang terima kita seadanya kita. Perubahan boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan dengan pendekatan yang baik...
Tak perlu nk paksa or marah-marah... Banyak boleh dilakukan utk menasihati orang yg kita sayang... Manja adalah satu sifat yang semua orang ada... Jadi hanya perlukan pujukan untuk membawa ke arah perubahan. Macam mana nk pujuk? Haihh... itu pun nk ckp kn? Tak semestinya material yang menjadi taruhan... Ucapan sayang tiap2x hari sebenarnya sudah cukup atau mungkin kad istimewa... tak semestinya nk tunggu hari lahir atau anniversary kn?
Semua nie mudah sgt tapi kalau hati tue dah ada kat orang lain kita buat baik macam mana pun tetap nampak cacat cela... Kita gemuk sket salah, pakai apa pun salah, haihh macam-macam la...
Kalau dia tak nk terima kita seadanya sebaiknya jadikan dia sebagai Ex sahaja... Memang sedih dan kecewa tapi dari nak tanggung kesedihan hari-hari...
Awak kena ingat kalau orang sayangkan kita, nak dengan kita muka jerawat penuh pun dia nk, gemuk pun dia nk, pakai macam makcik pun dia nk keluar pegang tangan... Dia tak malu pun nk keluar dengan kita... It's happen to me now and i feel the different from previous one.
Tak rugi hilang dia untuk dapat yang lebih baik... Sebab memang dah ada yang terbaik untuk kita... Kita kena banyak-banyak sabar untuk diberi yang terbaik...
always love you - irina
kak, SOKONG SANGAT dgn entri ni!!!!!!
ReplyDelete