Thursday, April 14, 2011

Isi Hati Irina: Jari yang suka menuduh...

Selalukan bila ada masalah, kita sering menunding jari kat sana sini... pernah tak muhasabah diri sendiri? Lihat diri kita sendiri sebelum nk menyalahkan orang lain...

Tapi memang itulah realitinya. Bila ada perkara yang tak dapat dilakukan atau salah mesti dok tuduh orang lain. Diri sendiri tue betul ke? Awak tue perfect sgt ke?

Memang tanpa kita sendiri sedar EGO dalam diri membataskan diri untuk mengakui kesalahan sendiri. Untuk nk "cover" kesalahan kita, cari lah kesalahan orang lain walau sebesar kuman sekalipun untuk menutup cacat cela sendiri.

Memang realiti!

Biarpun orang tue memiliki pendidikan agama yang hebat tetapi beliau juga manusia bukan? Ada juga kadang-kala tersilap dalam percaturan kehidupan atau pekerjaan.

Tapi kenapa nk cari kambing hitam untuk dipersalahkan? Kita sendiri dah tahu kn apa hukumannya menfitnah orang yang tak bersalah?

Memang saya bukan seorang yang layak nk bercerita tentang bab agama. Tapi saya juga sedar hukum orang menabur fitnah nie.

Kisah benar:
Disebabkan tidak bertudung di tempat kerja, saya kerap kali menjadi bahan bualan orang-orang di ofis saya. Biarlah kn sebab saya tak tahu. Sehinggakan saya dituduh keluar deting dengan seorang lelaki india yang kebetulan adalah kawan baik saya di pejabat. Dah saya dipindahkan ke tempat lain dengan alasan itu. Apa salah saya untuk keluar makan dengan dia? Itu adalah benda yang tak elok ka?
Saya juga dituduh memakai pakaian tak senonoh semasa menhadiri kursus yang dianjurkan oleh jabatan. Kalau dah kita nie jadi tajuk utama, macam-macam orang ckp kn? Mulut yang menyampaikan layak digelar ustazah.

Biarlah orang bercakap. Memang diri ini sering melakukan kesalahan disebab hanya kerana saya ini manusia biasa. Saya tak bisa menjadi sempurna. Hanya boleh berusaha untuk menjadi sempurna. Sempurna itu adalah darjat yang paling tinggi. Yang sukar sesiapa pun gapai.

Jadi muhasabah diri sendiri sebelum bercakap, menegur, menfitnah tentang orang lain.

Yang lebih baik adalah, cakap yang baik-baik sahaja. Yang tak baik elakkan. Peringatan untuk diri sendiri juga.

Satu jari yang menunding orang lain, lagi empat atau tiga lagi jari ditujukan kepada siapa?

Diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Followers