"Bila kita dilamun cinta kita sering melupakan sahabat-sahabat kita. Bila kita bercinta kita mudah lupakan alam realiti. Kita sering terpenjara dalam sangkar alam maya cinta. Tanpa sedar kita menyakiti hati mereka yang selama ini setia disisi. Begitu rapuhnya cinta kita kepada sahabat-sahabat kita. Mungkinkah kerana pada fikiran kita, ...kita hanya perlu menjaga perasaan kekasih yang baru kita perolehi? Kita seolah-olah lupa sahabat-sahabat kita juga punya hati dan perasaan. Kita mencari mereka bila kita sedih, kecewa dan perlukan bahu untuk menangis. Tapi mengapa bila kita bahagia kita melupakan mereka? Mengapa tidak kita kongsi kebahagiaan itu bersama mereka? Luangkan masa bersama para sahabat tidak akan mengurangkan nilai dan rasa kasih kepada kekasih. Namun mengapakah kita sering berfikiran yang sebaliknya? Ataukah kita telah bosan bersama dengan sahabat kita yang sentiasa ada bila kita memerlukan? Tetapi pelik kita tidak pernah bosan dan jemu kepada kekasih. Sedarlah wahai para pencinta. Setiap insan disisi kita ada peranan dan kepentingan masing-masing. Jangan lupakan sahabat bila kita dipuncak bahagia kerana akan ada suatu masa nanti kita akan jatuh kebawah. Sahabat akan menyambut kita dibawah dan membantu kita berdiri semula. Tetapi kekasih akan berlalu pergi tanpa menoleh kepada kita semula."
Nie sedikit aku copy dari laman sesawang orang lain... tapi seriously memang aku bersetuju dengan kenyataan di atas. Memang realitinya orang semua begitu.
Kenapa harus melupakan kawan setelah bercinta?
Sebab dia kacau daun eh? Sebab awak nk spend masa dengan bf/gf awak saja eh? Sebab awak tak nk orang ganggu awak dengan dia eh?
Dalam perhubungan nie yang paling penting adalah toleransi. Biar lah masa dia dengan kawan-kawan dia asalkan tak lupa pada kita.
Serupa juga dengan kita. Hang out macam biasa dengan kawan-kawan kita walaupun sekali sebulan.... yela kena bahagi masa dengan seadilnya...
Esok-esok nie ada masalah dengan si dia cari kekawan jugak. Jgn pulak smp kawan2x da menyampah dan tak nk layan awak... br padan muka sendiri...
Saya? Insya-Allah saya takkan melupakan semua yang menyayangi dan sentiasa di sisi ketika saya gembira dan juga semasa saya sedih, kecewa....
Sebab saya sangat menghargai kehadiran mereka dalam hidup saya... Dan yang paling penting saya sayang dengan mereka!
Nak senaraikan terlalu panjang listnya... yang penting saya tahu, mereka pun tahu... :)
salam...sy jg alami perkara yg sm...bestfriend sy lak..n bla die dh kapel mmg lpa kwn2 hnya ingt kwn2 bla ssh sdh n bla gdh ngan awek br teringt kat kwn2 sdh...
ReplyDeleteSaya banyak kali camtu... dulu kita la peneman ke sana ke mari... bila susah hati kita lah jua dicarinya... bila da jumpa pasangan hatinya.... jangan kata jumpe... call/sms pun dah takde... harap kita jer yg call/sms dl... biarlah dia... jaga yang selalu dengan kita saja... kn?
ReplyDeletesngt2 sm ngan situasi sy...bla ssh je la cr kita..now die dh pish ngn awek die but kami still x bckp rs mls nk lyn org cm tu
ReplyDeletesabar jerla... masih ramai yang kita boleh harapkan... dia akan sama jer nanti... jumpa yg lain nanti kawan-kawan dilupakan... just be fren macam biasa... tp jgn terlalu rapat... nanti kita sendiri terluka....
ReplyDeletenak luah sikit kat sini boleh kan ? saya ada sorang kawan ni , dari dulu lagi kawan . kalau p mana ii ja selalu berdua . tp baru ii ni dia dah jumpa dgn boyf baru dia . at first okela , tp bila lama ii dia dah jadi lain . more luangkan masa dgn boyf . saya takjeles but as a friend , ramai yg tegur saya pasal dia berduaan dgn lelaki smpaikan minum sekali dan yg paling teruk smpai bersalaman . ya , yg tu mmg normal but kawan saya ni jenis alim so dai buat macamtu akan calarkan maruah dia . saya bukan nak bukak aib dia but saya dah cukup semak dgn semua ni . apa yg dia buat dgn laki tu , org bagitau kat saya bcs saya ni sahabat paling rapat dgn dia . saya nak tegur tp tk kesampaian sbb takut tarik muka . dgn sindiran saya dah cuba tp tetap buat benda yang sama . yg tu saya takkisah sgt sbb dosa dia , dia yg tanggung kan ? yg saya paling sakit hati dia macam dah lupa kaean yg selalu support dia time susah senang . saya takmintak pun untuk selalu ada , but pls luangkan sikif masa dgn aku , tu pun susah ke ? hm
ReplyDelete