Tuesday, June 16, 2015

Mencari Jodoh

Assalamualaikum,

Diharapkan semuanya sihat sejahtera sebelum menjalani ibadah puasa yang x sampai 3 hari lagi nie.

Baru-baru nie tertengok satu rancangan realiti TV di mana pasangan yang berjaya akan dapat tajaan perkahwinan exclusive di samping hadiah2 yang sgt banyak. Tp x pernah ikut pon rancangan tuh. Cuma kebetulan mlm tuh x banyak cerita yang syok jd bukak lah siaran langsung tuh.

Wow! Pasangan nie memang mampu membuatkan air mata sesiapa pon berlinang. Rupanya yg menang tuh adalah pasangan penternak lembu/oku(cacat pendengaran dan percakapan). T_T

Dah kedua-duanya anak yatim kehilangan ibu. Sedih sgt!

Then, bila time akad nikah nmpk malu-malu si pengantin lelaki (tak teruja kata nk kawen sgt!). Both of them saling melengkapi.

Pelamin, baju dan decoration memang nmpk mewah sgt.

Hampa search la sendiri #syawalfiqa pastinya bergenang ayaq mata bila taw kisah depa nie.

Berbalik soal jodoh. Jodoh nie walaupun kita berkawan, bercinta, berkasih, bertunang, berkahwin atau apa2 sahaja lah sekiranya memang bukan jodoh kita perhubungan kita selalunya terputus di pertengahan jalan.

Tak kisah la penyebabnya orang ketiga ka, curang ka, mati ka or apa2 jer penyebabnya. Sebab tuh kita kena percaya Qada dan Qadar.

Aku juga pernah dapat sindrom patah hari selepas beberapa siri kekecewaan dalam percintaan dan perhubungan atas dasar suka sama suka. Bila difikirkan semula mungkin masa tuh kurang matang dan seringkali aku fikirkan sekiranya aku clash dengan dia sapa nk kawan dengan aku lagi. Seolah2 tiada lagi orang nk kalau dia putus dengan aku. Wow! Itu fikiran keanak-anakan.

Hebatnya perasaan bercinta nie seolah2 tiada orang yang lebih baik selain dia. Huh!

So, rasanya soal jodoh nie kita serahlah kepada Dia. Dia yg lebih Mengetahui. Kita sekadar berusaha dan jangan sampai menunggu sahaja.

Sekadar tips:

1. Kerap2 hadir di Reunion sekolah, kolej, dsb.

2. Jadi peramah tapi jangan kepochi sgt or mami jarum.

3. Jangan terlalu cerita pasal hal diri sendiri (macam nak tunjuk yang aku pandai itu, aku ada ini dsb)

4. Rajin2 la sembang dalam group whatsap pasal berita terkini (yg nmpk awak tuh cerdik dan berakal)

5. Update fb konon macam diri tuh bagus sgt tuh takmo takmo (kadang laki or pompuan nie jadi meluat)

Jadi, selamat berjaya untuk mencari jodoh yea. Kita nie saling melengkapi kalau dia pandai kita mungkin kurang sikit, kalau kita kerja bagus mungkin dia kerja biasa-biasa, kalau dia miskin harta mungkin kita banyak harta untuk dikongsikan bersama.

Ikat di laut Asam di darat, dalam periuk bertemu jua.

Jodoh kita ada di mana-mana tp jangan la pulak sampai desperado. Insya-Allah ada yg terbaik Allah SWT pasangkan untuk kita nanti.

Selamat berjaya.

Sekian, Wslm

Makcik lagi...

2 comments:

  1. huhu..jodoh pertemuan di tangan tuhan. penyatuan juga di tangan tuhan..
    kite pun tak follow sangat Pelamin Fantasia tu tapi tau la pasal pasangan #syawalfiqa tu..
    memang menyentuh hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kekurangan itu dibalas dengan rezeki yang berganda-ganda.

      Delete

Followers