Sunday, April 8, 2012

Isi Hati Irina: Memaafkan

Assalam,


Status fb saya hari ini,

"Tersenyum kejap bila terkenang kisah-kisah lama. Tapi kisah lama sebagai panduan dan teladan supaya menjadi insan yang lebih baik dan matang. Mungkin ada di antaranya belum dapat di maafkan hingga kini sebab kesan yang ditinggalkan amat mendalam tp macam mana kita tetap kena bersihkan hati dengan memaafkan semua orang sebelum memulakan hidup yang baru. Jadi, saya ambil peluang ini utk memaafkan semua insan-insan yang pernah hadir dan pernah mengecewakan saya, mungkin kalau bukan kerana mereka saya bukanlah saya yang hari ini dan saya tidak berjumpa dengan si pencuri hati saya yang amat saya sayangi. Thanks for all. Saya doakan awak semua bahagia dengan pasangan dan kehidupan masing-masing. Semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan kita."

Nak tahu kenapa saya copy status tuh kat sini?

Sebab saya tahu ramai ex-bf, ex-ttm(temantapimesra) you-know-who stalk saya kat sini kn? Jangan tipu, Allah SWT tahu. :)

Mcm saya tulis tadi myb diantaranya sy tak dapat nk maafkan lagi. Tipulah saya kalau saya kata tak kecewa kn? For time being i'm learning to b better muslimah. Insya-Allah saya tetap akan maafkan awak suatu hari nanti.

Doakan saya menjadi insan yang lebih baik di samping orang yang saya sangat-sangat kasihi yea. Untuk semua yang membaca tulisan ini, semoga awak semua bahagia dengan pasangan, keluarga dan kehidupan awak masing-masing.

Insya-Allah saya dah temui kekuatan untuk menyokong saya untuk terus lebih kuat. Thanks kerana pernah hadir dan mengajar serba sedikit erti cinta, kasih-sayang, kehidupan.

Semoga kita berjuang demi orang yang kita sayangi, setia, dan jangan pernah untuk berubah hati. Amin.

Sekian, Wslm

No comments:

Post a Comment

Followers