Friday, August 5, 2011

Isi Hati Irina: Salam Ramadhan!

Assalamualaikum semua,

Lama irina tak berceloteh kat sini, tgh mengurangkan percakapan takut2x nanti ada orang terasa hati. Sebab tuh orang cakap kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar. Tapi kalau semua dia sapa yang nk cakap kn? Abis nk dengar cakap sapa? hahaha

Hari nie aku dapat satu berita yg sgt gembira iaitu seorang Kristian telah memeluk agama Islam. Semoga beliau menjadi seorang muslimah yang sejati. Aku rasa terharu sgt bila tahu sebab dia pernah tanya soalan-soalan yang aku sendiri tak mampu nk jawab. Aku respect dan hormat pada orang yang telah berjaya yakinkan dia memeluk agama Islam. Tahniah Giwa. Semoga menjadi seorang muslimah yang solehah bak katanya.

Bila masuk bulan yang baik nie, kita cuba elak cakap benda-benda yang tak elok atau negatif. Lagi-lagi dok suka p mengumpat pasai orang lain. Amek port diri sendiri. Cermin balik diri sendiri, sempurnakan kita. Memang tak dak orang yang sempurna. Tapi sekurang-kurangnya berusaha untuk menjadi sempurna. Bukan untuk bandingkan diri dengan orang yang lagi teruk. Cuba samakan diri dengan orang yang baik akhlaknya.

Makan pulak tue jangan la membazir. Kalau buffet tuh semua nya nk amek selambak. Sampai tak ingat orang belakang. Tapi makan tak abis pon. Berlambak ataih meja. Memang la kita bayaq utk harga buffet tapi kalau dah rasa tank perut tuh kecik jangan la amek banyak2x... Cuba fikir kan orang yang hanya mampu berbuka dengan air paip? Sebab sekarang nie semua orang mewah kn? Mampu abis kan RM50 sehari hanya utk makan. Tapi kalau habis okay la. Nie yg keje orang2x membazir nih. Membazir itu amalan sapa yea? Jawab sendiri.

Berbaik sangka kepada semua orang dan belajar utk memaafkan. Tak payah asik nk cari buruk orang saja. Orang hantar sms untuk minta maaf ka apa bukan nk cerita aib orang. Aku dah tak peduli orang lain cz lebih fikirkan diri sendiri.

Semoga Ramadhan nie lebih memberikan makna kepada kita.

Tak lupa nk wish jugak kepada semua yang melangsungkan pertunangan/pernikahan/persandingan. Selamat Bertunang dan Selamat Pengantin Baru.

Semoga aku diberikan semangat yang kuat utk berubah. Insya-Allah.

Irina

No comments:

Post a Comment

Followers