Thursday, September 26, 2013

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh KPM 2014


Assalamualaikum,

Terasa macam mak mak dah bila isi borang kemasukan asrama penuh untuk adik MH. :)

Now dah x payah susah-susah nk isi borang manual. Semua online cuma kesian jugak kat mak-cik2 n pakcik2 kat kampung yg xde kemudahan internet dan tak tahu pasal IT nie. Yela kebanyakan budak-budak pandai adalah dari keluarga yg kurang berkemampuan. Yg paling genius kat Permata Pintar tuh adalah budak yg kurang didedahkan dengan dunia luar bukannya anak orang-orang kaya yg mampu hantar anak p sekolah budak pandai.

So, sebenarnya genius adalah bakat yang tak dimiliki oleh semua orang tak kira bangsa, agama dan budaya. Kepandaian yang boleh dipupuk dari sebelum lahir lagi dari perbuatan, perkataan dan pemakanan ibu. 

Nk cerita pasal isi borang ja pon dah melalut ke tempat lain dah. Yela walaupun makpak kurang berjaya dalam pendidikan di masa lalu tapi semua makpak memikirkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak depa. Betul kn? Kita akan memastikan anak-anak kita hanya mendapatkan pendidikan yg terbaik kn? Yela dulu segala-galanya kurang kn?

So, Semoga Husnu dapat keputusan yg cemerlang dalam UPSR dan diterima di mana-mana SBP berdekatan. Mak x bg p jauh-jauh. Senang depa nk p tgk nanti. 

So permohonan untuk kemasukan tingkatan 1 ke SBP masih dibuka dan sila layari www.moe.gov.my untuk lebih lanjut. Cari link kat buletin permohonan kemasukan ke sekolah berasrama penuh. Print dlu panduan pengguna untuk memudahkan isi borang. 

Semoga dipermudakan urusan kita semua. Amin...

Sekian, Wslm.

Irina

Luahan Seorang Isteri Yang Bekerja

Assalamualaikum,

Isu sekarang nie kecuaian ibubapa menyebabkan kehilangan nyawa si anak. Walaupun ditinggalkan kat pengasuh/taska pun ibubapa disalahkan. They said, mom should take care of their baby/kids them self. Hurm...

Yup, memang aku setuju bab jaga anak patutnya makpak kena jaga anak-anak sendiri sebab didikan parent sendiri lebih berkesan dari hantaq anak p mengasuh or taska or anything. Aku pon dibesarkan di rumah orang dan taska/tadika. So, aku memang dapat rasa bila kawan-kawan aku yg mana mak depa surirumah nmpk ceria n happy jer bila datang sekolah bawak bekal or excited nk blk rumah sebab mak depa masak.

Itu baru bab masak sebab dari kecik kami memang makan lauk kedai. Aku memahami kepenatan makpak aku sebab aku pon bekerja kn? Bila balik rumah memang penat sgt. Kerja-kerja yg ringan aku mampu la buat yang lain kena tunggu weekend. Tp myb sebab aku pon tengah sarat so tak boleh diambilkira lagi. Cepat mengah n penat.

So, berbalik kepada kisahnya menjadi surirumah sepenuh masa. Aku tak nafikan ramai kawan-kawan diploma & degree aku dah jadi surirumah sepenuh masa. Memang ada keinginan depa nk cari kerja tp setelah bertahun jadi surirumah depa x gamak nk hantaq anak depa kat orang nk bg jaga. Senang kata x percaya kat orang lain nk jaga. Yela banyak dah kes kena dera sampai koma, tersedak susu, hish nauzubillah mintak dijauhkan. Hurm, aku pon dah terdetik kerisauan yg amat sgt untuk nk hantaq kat org. Yela belum keluar lagi kn? Semoga anak mama nie senang dijaga. :)

Sepertimana yang hampa semua taw setelah habis diploma & degree, kami perlu membayar pinjaman pelajaran yang mencecah hampir 30/40k bagi tempoh pengajian 5-6 tahun. Kalau masa ada diskaun sket Alhamdulillah. Then bila dah mula bekerja mula ada komitmen kereta, rumah, pinjaman, simpanan dll. So, bila dah berumahtangga komitmen masih ada dan perlu ada kerja untuk komitmen yang bertahun lagi nk abis. Bukan mengejar beg tangan mewah, barang kemas, gajet terkini, pakaian yg mahal or anything. Percayalah bahawa tak semua wanita akan menghabiskan duitnya hanya untuk membeli bedak yang berharga RM100+ sebulan. Tak semua datang kerja nk melawa jer. Memang tujuan nk cari rezeki.

Lepas kawen lagi la kita tak boleh berlebih-lebihan melawa bila bekerja. Nie kepada yang sedar yang dia adalah bini orang dia akan kawal cara pemakaian,makeup bila bekerja. Bukan x bleh nk dress up yela sekarang nie kebanyakannya adalah eksekutif yg berjaya. Takkan la x grooming kn? Cuma kekadang tuh bini org dressing lagi dasyat dari anak dara. Tue yg mungkin ramai terpikat dengan bini org berbanding anak dara. Nie memang aku nmpk sendiri kat pejabat masa di Putrajaya. Tak boleh nk jangka yg mana bujang yang mana dah kawen.

Eh dah masuk bab lain dah. Nie sebenarnya peringatan untuk diri sendiri kn?

Okay berbalik kepada isu tadi menjadi surirumah sepenuh masa. Ramai kawan-kawan aku kata if they husband can provide such amount make them to stay at them they will agree to be full time housewife. Tp kena ingat yang bukan semua suami mampu nk bagi sekurang-kurangnya 1000 sebulan sebab myb gaji dia pon ngam-ngam 1000. Mana nk bayar rumah sewa, bil-bil, barang-barang dapur n etc kn? Silap nk bg 100 pon x mampu. Nie lah dilema para isteri sekarang sebab tak semua suami adalah CEO yang bergaji RM10k+ sebulan kn?

Or else para isteri kat rumah kena ada income sendiri macam menjahit, buat kek or jual online kn? Income sendiri untuk simpanan dan komitmen sendiri. Yela kekadang nk jugak beli barang sendiri kn macam bedak, perfume, baju n etc. Nk mintak kat husband belikan pon segan kn? Sebab aku tgk ramai jugak kawan-kawan aku berjaya menjadi seorang usahawan yg berjaya. Contohnya jual kek semuanya melalui online. Tak payah nk bukak kedai pon. :)

At the same time being full time housewife. So dia ada duit sendiri nk beli barang yg mahai-mahai. Yela x menyusahkan husband dia pon nk request beg carlo rino ka sebab dia ada duit sendiri. Memang kalau boleh aku pon nk jadi free from hutang n raise my own child. Sape tak nk kn? Cuma kekadang tuh aku tengok depa rushing jugak nk ke pejabat pos/deliver barang hari-hari.

Tengok husband dok buat bajet bulan-bulan kesian tgk. Sebab dah bekerja so sama-sama kongsi belanja kn? Sorang dah tanggung rumah, jadi bil-bila kita bayarkan. Barang rumah memang tanggungjawab dia untuk sediakan.

Bila dah duduk rumah sendiri barulah kita tahu perbelanjaan sebulan kn? So, bab duit nie sgt sensitif dan boleh menyebabkan salah-faham dalam rumahtangga. So, memang kita perlu ada simpanan sendiri in case emergency. So, memang dilema untuk nk berhenti kerja untuk menjadi full time housewife. Aku bukan typical gomen servant yg nk tunggu sampai pencen. Cuma rezeki aku masih di sini. Nie punca rezeki aku yg mungkin Allah SWT dah rancangkan.Mungkin juga ada perancangan untuk aku yang lebih baik nanti. Jadi aku amat bersyukur atas rezekiMu Ya Allah.

So, aku akan lebih berusaha untuk menjaga, mendidik zuriat kami lebih dari pengasuh/taska di luar. Kita tak boleh mengharapkan pengajaran di luar semata-mata. Nanti anak-anak lebih percayakan di luar dari parent sendiri. Yup, aku dah rasa cuma aku masih ingat masa aku 3-4 tahun abah aku sendiri yg ajar mengaji kat rumah. Then ajar buat keje sekolah. Kita cuma boleh merancang yang terbaik untuk orang yg kita sayang kn? Cari sekolah yang terbaik, pakej insurans terbaik, pakej simpanan yg terbaik. Semuanya kita harapkan yg terbaik kn? Jadi kita pon perlu jugak menjadi terbaik kn?

Insya-Allah pengalaman masa membuatkan kita sedar kepentingan hubungan kekeluargaan dari kerjaya atau duit. Ada duit banyak tp anak-anak tak hormatkan kita sebab memang dari kecil dah dimanjakan dengan duit. So, belajarlah ambil mana yang baik-baik.

Semoga segala perancangan kita dipermudahkan. Sangat nervous bila mengingatkan baby AS dah semakin membesar dalam perut mama. 34week already. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita dengan sebaik-baiknya.

That's all for now. Sebelum lupa papa dia excited nk g scan minggu nie, siap pujuk lagi sayang jgn tutup muka taw nanti... haha... soo cute... dah 8 month... :)

Sekian dulu, Wslm.

Irina

Monday, September 23, 2013

My Dear Husband....

Assalamualaikum,

Rasa macam makmak dah dok belek barang baby online nie. Adoila... Haha...  Dah xde dah barang untuk diri sendiri semuanya untuk Baby AS. Bukan maknya terkena virus paknya skali pon sama. Hahaha... Soo cute... Tp bukan nk bercakap pasal baby AS. Sayang dok dalam perut mama bg cukup bulan nanti baru mama cerita pasal sayang taw. :P

Nk cerita sikit pasal pak dia aka MH. :)

MH nie orang biasa-biasa jer. Kehidupan dia pon tak lari jauh macam aku budak-budak dulu. So kami berdua bukanlah di kalangan orang yang senang. Mungkin sebab tue jugak both of us fight belajar untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari dlu. Yela dia pon agak cemerlang masa belajar dan tak susah untuk dapat kerja. Rezeki kn? Sama la aku memang dari dulu aim dapatkan keputusan terbaik untuk dpt pekerjaan dan kehidupan yang lebih selesa. Walaupun dibebani dengan hutang belajar kn? Takpela pelan2x bayar.

So myb sebab tuh dia dah biasa organize barang dia sendiri. Contohnya baju, buku n everything yang dia beli. Yela dulu tak mampu kn? Then bila beli pakai duit kerja keras sendiri nie rasa sayang lebih sikit. Jadi memang dia cukup pantang kalau barang dia hilang. Kekadang confius jugak dalam setimbun baju, kasut dia boleh dia taw yg mana x dak. Tengok punya la dia jaga barang dia.

Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yg agak cerewet sebab aku nie bukan jenis yg menyimpan sgt pon. Dah penat mengemas sejak dari kecik sampai dimasukkan ke asrama. Jadi aku dah jadi baloq liat. So, bila dpt husband macam MH aku automatic jd disiplin balik. Hahaha. Fyi, aku dah mula masak nasi manual (dulu x mampu beli brg letrik) start umuq 4-5 tahun macam tuh. Sama la jugak basuh pinggan panjat atas kerusi sebab singki kat para yang tinggi. Masa nie budak-budak lain seronok dok bermain tanpa dok kat dapuq. Hanya makan ja p dapuq kn? Sgt jeles okay. Bukan nk bangga cuma masa kecil kami dah dipenuhi dengan kerja-kerja rumahtangga. Rasanya org sekarang memang x bg anak dia main api kot kn? Silap2x dah darjah 6 pon x reti basuh pinggan n sidai kain kot.

Aku bertuah la jugak sebab tatkala aku sedang pregnant nk masuk 8 mth nie husband aku buat semua kerja rumah termasuk mengemas, menyapu sampah, basuh baju, sidai baju, lipat kain dsb. Mungkin aku bertuah sebab MH seorang yg sgt pembersih sebab aku kena marah few days ago sebab x pakai selipar dalam bilik ayaq. Dah biasa x penah pakai selipar kat dapuq n bilik ayaq. So, dah dpt macam tuh ikut jerla.

Aku cuma buat kerja ringan macam bancuh air, iron baju n lipat baju dia cepat-cepat sebelum dia tlg lipat. By the way dia lipat lagi kemas dari mak okay. Huhu. Memang la bila penat nanti kuaq la ayat-ayat x best tp at least rumah memang sgt kemas. So, dalam proses nk faham dia kena ikut cara dia. Yelah yg baik kita ikut kn? Tp if x puas hati nanti aku akan diam jer sebab dia panas pon bukannya lama. Nanti pandai la ajak p Tesco(hari-hari p kot walaupun nk p beli roti gardenia jer pon)... hahaha... Yela kita nie kejap jer majuknya... kn?

Aku kerap jugak dengar rungutan dari kawan-kawan aku yg mana laki dia memang x penah la buat semua tuh. Tp tak boley la compare gitu kn? Sebab myb husband awak dia baik kot lain. Yela dia lebih memikirkan komitmen dan tanggungjawab seorang suami dan ayah kepada anak-anak dia. Kn?

Ada yang lebih dan ada yang kurang. Jadi bagi aku yg baru setahun jagung dlm perkahwinan banyak lagi yg aku perlu belajar. Tak boleh sikit nk marah lari, ada masalah lari, kena marah lari... semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Kita sebagai manusia memang x sempurna dan macam mana nk cari yang sempurna kn?

So, macam abah aku kata jugak kekadang ada masalah pon simpan jer sebab dikhuatiri akan menyebabkan pasangan kita terasa. Lama-lama keserasian tuh wujub walaupun tanpa kita pernah berbincang. Nk bincang kita tgk time mood dia tengah elok or tgh bercuti kn? Ckp dari hati ke hati. Yela sometimes kita terlepas ckp tp x perasan kn?

Tapi memang life lepas kawen memang berbeza. Kalau dlu nk ke mana pon orang x halang, sekarang nie dah kena bincang dulu if macam x bagi jer better tak payah la pergi. Nanti mesti timbul masalah. Cuma kekadang nk bg orang faham tuh agak susah. Bukanlah King Control ke apa, tp kita sendiri pon rasa macam x sedap hati bila dia macam x merelakan jer. Rasanya siapa yg dah berkahwin jer faham kot. Dia pon bukan jenis merewang dengan kawan-kawan.

Ada suami jenis tak kisah tp ikut kepada jodoh masing-masing kan? Semoga perkahwinan yang dibina atas dasar kasih-sayang ini berkekalan hingga jannah. Amin...

Aku cuma bersyukur dikurniakan pasangan hidup dan bakal dikongsi dengan baby AS tak lama lagi.

Syukur Alhamdulillah.

Sekian, Wslm.

Irina

Coretan seorang yang bakal bergelar mama...

Assalamualaikum,

I like monday if boss not around! Yeah! Hahaha... So today boleh la update banyak benda yang bersarang dalam kepala...

Rasanya dalam last week tgk program UKE (Ustaz Kazem Elias) kat TV. Memang jd favourite aku sebab byk yang boleh dipelajari pasal perhubungan dalam perkahwinan. Yela kan tanya org lain-lain pendapat kn? So kita boleh ambil sedikit sebanyak ilmu kn? Nk p ceramah kat masjid bila la boley smp kn? Jd memang manfaat di TV la....

Minggu lepas dia bg ceramah pasal kasih ayah&ibu. Bergenang sat la pipi sebab memang rindu sgt kat depa... Tp yela dah macam nie kn nk jalan jauh x brani sgt. So sms/call/whatapps jer la nk taw update.

Siap nyanyi lagu nasyid masa aku sekolah rendah dulu,

"Dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam"

Hurm lagi la x bleh tahan dah ayaq mata nie...

Then benda yang aku paling ingat dia kata sebabkan anak nie makpak jadi jahil. Org ajak p masjid mengaji pon bg alasan anak kecik lagi, tunggu besaq dulu... then dah besaq mengandung pulak then smp ke sudah x p masjid... Kasih makayah terhadap anak dia kn? Isk myb sebab dah terasa jadi mak tue yg agak sensitif nie...

Then cara didikan pon kita kena belajaq sebab makayah kita dulu depa berdasarkan pengalaman org tua. Mana ada program-program macam nie kat TV, nk p masjid/surau pon jauh. So memang didikan kita dulu-dulu memang lain la.. Salah sikit memang makan rotan la... Yup, aku memang dah terbiasa dengan rotan sebab terlalu nakal sgt kot. Yela makayah dua-dua kerja, rapat pon dengan org yg mengasuh or kawan-kawan.

So, myb anak aku pon akan sama jugak macam tuh sebab both of us kerja. So, we need to learn about parenting. Bukan semata-mata bergantung pada pengasuh jer. Yela sebab kita dah melaluinya so kalau boleh aku x mau anak aku rasa benda yg sama.

Yela betoi jugak macam UKE ckp, ada makayah anak dia br 2 3 tahun dah kena pukui sebab nakal sgt. Kalau nakal pon xkan la nk pukui smp koma kot. Huhu, pastu anak baru balik sekolah nk makan dah mula membebel... Anak dok mengadap rezeki kot, yang p marah-marah pasai apa. Menitik ayaq mata jadi kuah dalam nasik. Hurm, memang terasa kot sebab aku dah pernah rasa macam tuh. Tp yela mybe ada masalah kat ofis ka x taw la... Tp sebagai budak memang stress sampai pernah aku dengan adik aku p public phone nk call TELEDERA. Tp memasing x sampai sebab baru dlm 4-5 tahun. Huhu...

If kita dah pernah jalani kehidupan macam tuh takkan nk biaq anak-anak kita pon rasa benda yg sama kn? Tegas takpa tp jangan la smp anak-anak takut ngan makayah, or dendam ngan makayah. Nie aku nmpk sendiri depan mata. Smp makayah mintak tlg pon susah. Sian pon ada tp mungkin didikan dari dlu dah salah.

Sebenarnya sedih tp makayah pon x nk paham jugak. Yela kalau tgk cara husnu n haikal kena marah hari-hari aku pon sedey. Boleh tegur elok2x, sebab budak-budak nie kalau lagi ditengking lagi melawan. Yang nie walaupun aku nampak sendiri dan aku dah melaluinya sendiri. Memang jadi degil dan kuat melawan.

So, sebelum baby AS nie kuaq aku kena penuhkan ilmu sebagai seorang ibu dlu... Yela kalau berkemampuan memang nk jaga baby AS sepenuh masa. Mungkin juga suatu masa nanti. Semoga rezeki kita semua dipermudahkan. Amin. :)

Okaylah sampai situ dulu.

Sekian, Wslm

Irina

Friday, September 20, 2013

Perkembangan Baby AS at 33 week

Assalamualaikum,

Rupanya nk dok menghitung hari lagi sibuk kerja kat ofis nie. Rasa penat sgt. :(

Tapi bila g checkup rasa happy balik walaupun sebenarnya kepenatan yang amat. 

Nie result scan smlm. Alhamdulillah my baby growing smoothly. Syukur sgt. 

At 33wk+ dia dah 1.9kg +-500gram. Sebab result scan x bleh dapat exact figure kn?

Doktor cakap ada lagi 7 week so dia boleh membesar lagi. Normally dia akan cepat membesar. Anything for you la sayang. 


Yang bawah nie carta tumbesaran baby. Alhamdulillah tumbesaran dia berjalan lancar. Doktor Cathy yg comel lagi baik hati bgtaw yang if tumbesaran baby normal should be in those 3 lines. 

Syukur alhamdulillah. 


Persediaan? By this month will packing my thing in bags. That's all. 

Nanti la kalau larat will update those thing yg dah prepare. Bawak yang penting jer. Bukan dalam senarai yg kita buat penting. Kekadang takdak guna pon just beratkan beg jer. My friend byk bg advise.

Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

Sekian, Wslm.

Amin.

Irina

Wednesday, September 18, 2013

Wordless Wednesday: Fasy@rni SarangHeo... :)

Assalamualaikum,

Updated our small home sweet home called Fasy@arni SarangHeo.

Living Room





Dining Hall


Bulu-bulu...


Study Room



Guest Room



Master Bedroom


That all for now. Caption will be update very soon. :)

Wslm.

Irina

Friday, September 13, 2013

Kes 1: Ragut di Stesen Minyak

Assalamualaikum,

Hari isnin lepas salah sorang daripada staf kena ragut/rompak kat stesen minyak. Dia dok isi angin tayar dan seperti kebiasaan memang kita semua pon tak tutup enjin dan lock pintu kn? Sebab isi angin kn sekejap jer. Malang tak berbau datang penunggang motosikal bersama pembonceng buka pintu dan ambil beg tangan yang diletakkan di tempat yang senang diambil, mungkin atas kerusi or di tengah-tengah(handbrek). Dia mesti dah usyar lama kn? Takkan teruih nk p amek ja kn?

So para ladies yang rata-ratanya membawa handbeg ke pejabat or di mana-mana sila ambil perhatian.

1. Sila tutup enjin semasa nk isi minyak/angin di Stesen Minyak. (Mungkin sebab dah biasa jadi macam ala leceh la... tp dah terkena batang hidung sendiri br la nk tercangak kn?)

2. Sila lock pintu semasa nk g kaunter bayar duit/ masuk dalam stesen minyak/isi angin.

3. Beg tangan diletakkan di bawah kerusi/ tempat yang orang x nampak. Kalau yg penting pon selit duit/hp jer. (Selalu aku pon letak kat tengah-tengah seat, sebab senang nk cari barang... beg dah macam poket doreamon)

4. Tingkap pastikan ditutup rapat di mana-mana trafic light. Sebab banyak jugak berlaku kat trafic light kn? (Mati ler air-con ai rosak... sebelum si AS nie keluar kena g buat Air-Con dlu nie)

5. Kalau ade yang ketuk cermin or anything yg suspicious terus drive ke Balai Polis berhampiran. Bawak laju-laju g kat balai... Sebab dah ada kes yg sampai kemik-kemik satu group motosikal hampir 10 org ketuk kereta dengan kayu hoki. Yang penting nyawa bukan kereta. So, terus jer g balai okay. Jangan p berenti pulak sebab memang tue yg depa mau. Kalau perempuan lagi bahaya silap-silap kena r*g*l. Nauzubillah...

So sila jaga diri anda okay. Bawak jer beg yg biasa-biasa, sebab org nmpk jer beg berjenama mewah mesti ingat kita nie kaya walaupun beg gred AAA yg di beli di PS Street, Uptown, Feringgi Night Market.

Kepada semua sayangku, sila lebih berhati-hati ye walaupun naik kereta, motor, atau kenderaan awam.

Love Love Love.

Sekian, Wslm.

Irina

Wednesday, September 11, 2013

Hadiah untuk Baby AS!

Assalamualaikum,

Situ ada alamat kn? Sila la sesiapa nk bg hadiah lagi... Ceh x malu kn? Hahaha.

Nie parcel yg baru diterima dari one of my best friend. Giler excited x sampai 5 minit dah hilang dah pembalut nie. :)


Nin dia harta karun... Oh my Pink! So dah bley agak kn jantina my baby... Hopefully scan tuh betulla.. Excitednya tengok benda-benda yg sgt comelicious mcm nie...


Thanks auntie Nora! Love you!

Love Love Love

Irina

Wordless Wednesday: SarangHeo Makeover (Before & After)

Assalamualaikum,

Living Room

Master Bedroom


Study Room


Love Love Love

Irina

Bersabarlah sahabat...

Assalamualaikum,

Di sini bukan lah nk menceritakan yang aku nie sgt bertuah di dunia ini tapi cuma aku pun menumpang di kalangan orang-orang bertuah kerana mempunyai keluarga yang amat mementingkan pendidikan walaupun kekurangan sumber kewangan (jadi pinjam dari MARA-dah selesai dah bayar,syukur Alhamdulillah), pendidikan sehingga Degree (kalau ada rezeki nk sambung profesional certificate or Master, semoga dipermudahkan...), kerjaya walaupun di bawah kelayakan (syukur, walaupun gaji tak banyak tapi berjaya menguruskan dengan sebaik-baiknya), aset (kereta walaupun air-con dah rosak hampir setahun yang lalu tapi masih elok untuk berkhidmat untuk tuan dia, myb soon plan nk beli sebuah rumah walaupun hanya flat untuk dijadikan investment masa hadapan... Semoga dipermudahkan perancangan ini...) dan suami yang memahami (bertikam lidah adalah asam garam rumahtangga, perselisihan pendapat kadang-kadang buat kita lebih memahami, nk yang sempurna memang tak ada kat dunia nie... cukuplah sekadar dia tahu akan tanggungjawab dan amanah yang dipikul olehnya....)

Aku juga pernah mengalami tahap frust di mana sampai plan nk g oversea sambung belajar or dengan kata yang lebih eloknya melarikan diri dari semua orang termasuk family aku. Masa tuh adik perempuan bongsu dah bertunang jadi aku sebagai yang sulung (di mana ketika itu tiada boypren a.k.a. someone yg boleh dijadikan husband) memang rasa tertekan. Family aku pon carikan utk aku anak kawan-kawan dia yg berpangkat tinggi dan berkerjaya di mana memang aku sgt tertekan sebab bg aku biarlah pilihan dari aku sendiri yang direstui oleh kedua orang tuaku. Yela dah penghujung 20an jadi semua mula risau. Ada kawan-kawan lelaki pon di mana kita nie cuma dijadikan sebagai pilihan atau senarai if derang xdak orang lain yg lebih bagus. Memang sgt tertekan. Bila keluar dengan kita treat kita sebagai someone special, larang itu ini dan kata-kata nasihat umpamanya seorang yang ingin menjadikan teman sehidup semati... Sampai nk buat apa pon kena fikir takut dia marah/ apa pulak dia kata nanti... Padahal dia bukan sesiapa pon lagi bg kita kn? Kalau suami yang sah boleh la nk takut sebab syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Ini dikatakan tiada jodoh kn?

Tapi kuasa Allah SWT itu amat besar. Kita kena percaya kepada jodoh pertemuan. Memang kita dah merancang dengan sebaiknya tetapi Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kalau dah nampak ada masalah dalam perhubungan walaupun dengan orang (berlainan jantina) yg bergelar sahabat cuba bincang dengan sebaiknya. Mungkin hanya dia/kita yang bertepuk sebelah tangan. Then berterus-terang dari awal dan jangan berpura-pura menjadi orang lain hanya untuk mengikat hati si dia. Better dia nampak diri yg sebenar sebab esok dah dok serumah memang dah tak bleh nk pura-pura. Then kalau dia banyak sgt bg alasan/tegur itu tak kena ini tak kena then something goes wrong. Myb dia dah ada yg better person yg dia rasa kena dengan taste dia. So, better angkat kaki. Let go... Memang sakit/sedih/kecewa sebab kekadang amek masa bertahun dah berkawan kn? Tp better amek satu langkah keluar dari hidup dia dan jalani hidup sendiri.

Masa nie lah semua duit yang kita dapat dari hasil titik peluh kita, kita gunakan untuk pampered diri kita. G spa, saloon, beli hadiah untuk diri sendiri, g bercuti walaupun sorang and enjoy yourself. Jangan ingat hampa rugi sebab takdak bf bagai. I'm in that situation before. Memang fun sgt that time. Memang kekadang sunyi tapi just train yourself to let go. Then after few month or take year then open your heart. Masa nie lah nk berubah demi kebaikan bukan berubah demi bf/fiance/suami n etc. Then bermuhasabah kehidupan sendiri bukan semata-mata untuk kerjaya dan duit. Ibadah kita, perbuatan/perkataan kita dan pergaulan dengan orang lain.

Jangan anggap kita nie hebat walaupun gaji beribu sebab kita dibebani dengan hutang selonggok. Mana rumah, kereta, loan belajar, loan peribadi, bil-bil, dan etc. Kalau ada yang masih belajar dan tiada beban hutang memang x rasa. Yela ada masih bekerja tp parent bg duit lagi bulan-bulan. Kita rasa x cukup tapi bila rasa x cukup p sedekah RM50 kat tabung masjid ka or sedekah kat bersamamu ka or sapa-sapa saja yg memerlukan.

Insya-Allah kita takkan rasa susah walaupun dalam bank tinggal RM50 jer dalam bank. :)

Jangan riak dengan rezeki dia bagi pada kita, sebab tak semestinya kita berpendidikan tinggi kita pandai, berkerjaya itu hidup depa senang, berduit itu kaya, dan berkahwin itu bahagia... Selalu kena bersyukur walaupun kita masih tak jumpa dengan Mr/Mrs right kita masih memiliki rezeki yang lain. Just enjoy yourself dan carilah kedamaian di hati sebelum berjumpa jodoh hampa. Percayalah bila dah jumpa tak payah tunggu lama or risaukan pasal duit tak cukup n etc. Sebab Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan kita. Amin.

Keep calm and enjoy yourself my dear friend. Jangan bandingkan hidup kita dengan kawan-kawan kita. Setiap orang ada kesenangan dan kesusahan mereka yang tak mungkin mereka kongsi. :)

Cheer up my dear friend.

Love Love Love.

Sekian, Wslm.

Irina

Monday, September 9, 2013

DIY, DECO, JAPAN & DAISO

Assalamualaikum,

Hari nie kita bercerita pasal DIY n DECO. By the way my husband nie memang x reti dok diam. Tetiap hari ada jer dia membeli barang-barang untuk SarangHeo nie. 

Nie salah satu barang dia beli adalah untuk menyangkut baju dengan kemas. 


Nie contoh baju yang telah diseterika. So xdela keromot atau kedut. 


Nie baju MH telah siap diseterika. :)


Nie tangan MH nk interframe. Org nk amek contoh baju yg MW yg telah siap dilipat dengan kemas. :)


Nie satu lagi DIY yang dibeli dari DAISO. MH jadi addicted dengan barang-barang kat DAISO dekat Gurney Paragon sebab dekat rumah katanya. :)

Semua barang dia cuma RM5.00 dan membuatkan kita berfikir barang nie untuk apa ye... Sejam boleh duduk dalam kedai dok belek barang jer. Semua barang pon ada.

Yang kayu kat sebagai penyangkut tue dah siap dengan double tape dan juga skru disediakan. Yang bulu-bulu nie dibeli kat Parit Buntar cuma RM12.90. Tengok kat TESCO pon RM30+, AEON RM50+...

Next akan dipasang di kedua-dua pintu bilik... Isk esok baby AS keluaq jgn la p main kat sini... Dah bgtaw dah kalau ada budak nie susah. Tp dia kata nanti dia PIAP kalau kacau kat sini. Hahaha. Sanggup ke nk PIAP anak dia... :P


Okay itu jer utk minggu nie walaupun banyak nk merapu sebenarnya. Letey sgt this MH ajak p jalan merata. 

As usual MONDAY blues today. :)

Sekian, Wslm

Irina

Thursday, September 5, 2013

2nd Honeymoon: Langkawi With Love 29-31 December 2012


Tiket Feri Langkawi - RM23/RM22 (Dari Kuala Kedah)



Cabel Car - RM14 (nie harga agen, kalau harga walkin RM15 n jgn lupa bawak ic n pas keja sapa keja govt bleh dpt govt rate)











Mahsuri - RM6 (dah naik singgit dulu p 2008 br RM5)







Island Hooping - RM35 (tp ada yg charge RM45 jgn terkejut na)









Underwaterworld - RM22 nie govt rate (Kalau pakai ic dlm RM28)
  



Wildlife park - RM10 utk govt rate , RM15 utk ic













Detail kat sini. :)



Followers