Thursday, March 31, 2016

Tutup akaun SSPN i

Assalamualaikum...

Hari amek cuti mak in law check up kat GH. Pastu puteri pon x bape sihat dok batuk2.

Lepas hantar mak in law p GH kami p klinik dlm USM amek ubat puteri.

Alang2 nk tukar SSPN i kepada encik suami yg kena bayar income tax jd kami terus ja ke PTPTN Bayan Baru Penang yg terletak di Sunway Tunas.

Otw nak p aku banyak la browse page2 pasal tutup akaun ni. Macam susah jer prosedur dia. Kena bawak photostat ic la kena isi borang la... salinan akaun bank l...

Mula la gelabah puyuh tp tak cerita kat encik suami satg kena marah. Hahaha. Manala nk photostat semua benda tuh la.

So selamba jer p jugak. Then sampai PTPTN dia tanya nk buat apa. So aku ckp nk tutup akaun aku n bukak akaun suami.

So utk tutup akaun cuma perlu isi borang ja. Tak perlu nk semua salinan jadah pon. Jgn lupa letak no akaun bank sbb akan dikreditkan semua balance dlm akaun dlm tempoh 14 hari. Aku rasa utk proses tutup akaun x sampai pon 5 minit.

Utk buka isi borang buka akaun dan borang utk deposit duit minimun RM20 jer. Buka akaun baru pon sat saja tak sampai 5 minit. Dulu aku bukak kat Maybank lambat jugak.

So tunggu jerla duit kredit masuk akaun. Servis memang terbaik!

Sekian dulu.

Wednesday, March 16, 2016

KinderKaizen Penang

Assalamualaikum,
Hari sabtu baru nie kami ke KK untuk attend "Talk on Guiding Children Positive Parenting KinderKaizen Open Day 2016.

Konsep KK nie adalah Play-Based Learning yang diasaskan oleh Dr Putri Afzan Maria .

www.facebook.com/Meet:Afzan Maria -  The Early Childhood Practitioner

Ada Apa Dengan Cikgu KK?
1. Cikgu yang profesional
2. Cikguyang boleh jadi kawan kepada anak muridnya
3. Cikgu yang menggembirakan anak muridnya(sporting)
4. Cikgu yang tak berkira untuk mengemas
5. Cikgu yang keanak-anakan
6. Cikgu yang memahami jiwa kanak-kanak
7. Cikgu yang tidak boleh duduk diam'
8. Cikgu yang kreatif
9. Cikgu yang boleh buat 5 suara
10.Cikgu yang penyayang

Masa aku pergi untuk dengar talk nie anak-anak depa suruh tinggalkan di bawah jer. Untuk anak aku yg x pernah duduk dengan orang asing memang susah sikit. Abah dia yg tunggu sampai nampak dia okay baru tinggalkan dengan cikgu.

Kadang-kadang mak2 jer risau pasal anak2 tak boleh bergaul padahal anak anak kita nie belum tahu erti prejudis dan berkawan dengan semua orang. Tapi biasalah kan anak baru 2 tahun lebih. Mana ada kekuatan nk hantar taska lagi. Senang cakap hantar kat orang lain la. Cakap pun baru pelat lagi.
Tapi sebenarnya bagus hantar awal supaya dia lebih berdikari dan boleh bersosial (ada kawan2).

Then lepas bersembang dengan kawan2 aku depa suggest p KK sebab kat sini budak-budak nie tidak ditekankan kena belajar ABC, 123, ada ujian semualah.

Serius aku cakap dengan pendidikan di sekolah masa nie memang menakutkan. Dengan silibus yang lagi susah. Kalau nk masuk darjah 1 sekurang2nya dah tahu membaca dan menulis. Bukan baru nk belajar ABC. Kalau nk hantar sekolah Cina seawal 3 4 tahun kena hantar tadika Cina or hantaq p tuisyen. So anak ready nk masuk sekolah Cina bila darjah 1. Ha...

Nie ada budak ofis hantar anak p tuisyen seawal Darjah 1 sepanjang cuti sekolah. Kalau aku dlu depa nanti hantaq kami balik kampung seminggu. Main sampai puas.

Betul aku rasa budak-budak sekarang lebih stress sebab parent harapkan semua A dalam exam. Kerja siang malam hantar dari subuh sampai la malam kelas mengaji tuisyen. Sampai takdak masa dengan anak2 bermain dan luangkan masa bersama then exam tak dapat no 1 atau takdapat A kena marah.
Realitinya kami pon hampir sama. Belajar, belajar dan belajar... Sampai nak habiskan degree mood memang dah out sebab otak dah sgt tepu dan membosankan. Tiada fun utk belajar lagi. Tp syukurlah berjaya jugak habiskan degree dengan three pointer. :)

So berbalik kisah KK nie depa ambil seawal 4 tahun untuk belajar dengan cara bermain. Depa ada menconteng dinding, buat cookies, melukis, mewarna, tayangan video, nyanyi, solat dan juga kalau ada yg mengantuk disediakan tempat tidur.

So, nampak sgt lah fun yang tak perlu pakai uniform, then bawak beg sekolah serta buku ikut jadual, lepas tu duduk atas kerusi utk next 6-7 hour. Belajar, hafal dan menulis sepanjang hari. Cukup haul ada ujian, lepas tu ada penyampaian hadiah. So anak2 yg kurang pandai mcm aku x pernah naik pentas ambil hadiah. Sedih sgt. Dikriminasi utk pelajar pandai seawal usia 4 tahun.

So konsep KK nie sgt bagus utk enviroment tadika masa kini yg hanya fokus belajar belajar belajar saja.

Insya-Allah kalau ad rezeki tahun depan nk hantar p KK nie. Cuma faktor jauh dan masa jer tengah dok fikir.

So, makpak jgn la fikir anak mcm robot dari kecik suh belajar2 saja. Habiskan masa bersama jugak utk bermain dan bersembang dari hati ke hati. kadang-kadang depa rindu dengan kita sgt tapi tak terucap sebab kita sibuk dengan gajet di tangan. (Present by Absent)

Okay la bebelan utk hari nie. Jom tgk gambar pulak. :)

Dengar talk pasal tantrum dari Puan Afidah.

Alhamdulillah lega dah tahu bawak diri

Nampak kat belakang tue.. Bukan heran dah mama dia.. lari sana sini

Nampak dia cool and relax ja... Mak jer yg gelabah puyuh...

Masalah Pori-Pori Terbuka

Assalamualaikum,

Kita selalu disogokkan dengan skincare yang mahal2 barulah kulit muka jadi elok dan mulus. Sedangkan kita terpaksa habiskan beratus hanya untuk maintain tiap2 bulan.

Why not back to basic?

Kalau sebulan lepas memang muka aku macam orang tak siap walaupun keluar jalan2. Sebab aku mmg bukan pemake-up. Jadi itulah muka mangkit tdoq dan juga jalan2. So aku juga habis beratus beli macam2 produk dekat watson dan juga blogger2 kita jual. Kolagen pon dan makan 2 3 kotak yg harga beratus cuma ada dlm 14 paket. Huhu. (Konon kesan seawal 3 hari.. sedih oi)

So aku rasa utk nak maintain semua tu dengan makan gaji mmg x cukup. Baiklah menyimpan beratus2 utk pendidikan anak. Tapi masa membeli tak ingat kn? Bila nk beli tiap2 bulan rasa membazir sgt.

Back to topic.

Sememangnya bagi org yg mls menjaga kulit muka pastinya kulit dia kusam, kering, mengelupas, jerawat dan jugak pori2 terbuka (macam kawah bulan). Kan?

Nie utk jenis kulit aku sendiri (34 tahun) yg jenis malas nk jaga betul2 tapi acah2 nk muka flawless macam rita rudaini/nora danish. Cantiknya lahai without makeup pon.

Tp for sure utk cantik begitu perlukan beribu utk maintain kan? Artis kn?

So, aku nk flawless gitu sebab aku nie malas makeup so biarlah aku keluar dengan muka yg confidence. Glowing gitu walaupun tanpa makeup.

So, selepas guna oat sebagai pembersih muka dan tomato+gula sebagai scrub aku perasan muka aku memang ada nampak sinar sikit(cerah) tapi tak menyelesaikan masalah pori2 terbuka.

Memang area hidung ke pipi adalah paling bermasalah. Nampak sgt liang2 pori2 tue.

So kawan aku suggest utk:

1. Dap2 kan ais ketul kat kulit muka selepas cuci muka dan lepas kering baru pakai toner dan sunblock.

Dan baru aku teringat dulu masa nk makeup kawen. Mak andam bgtaw sekurang2 sejam lepas cuci muka baru boleh makeup. Jadi kalau lepas cuci muka nk terus makeup dap2 kan ais then bg kering baru makeup.

So takla nampak ketara liang-liang yg berlubang tu. Dah okay la sikit lepas dap dap dengan ais batu.

So, boley la mencuba tanpa sebarang kos.

Sekian dulu. Wslm.

Monday, March 14, 2016

Natural Vs Natural

Assalamualaikum...

Hari ni rasa mcm happy sgt nak share pasal natural beauty dan flawless ni...
Macam muka aku ni adalah combination yang mana ada masanya adalah berminyak dan ada jugak part yang sgt kering sampai mengelupas. Most of it kat tepi hidung dan bawah mulut. Hitam sbb kering sgt.

Pasal product ni rasanya apa yg aku x cuba lagi? Yg ada AHA? Yg ada Susu Kambing? Yg ada T3 Oil? Yg ada Scrub? Dari mahai ke murah... Paling mahal penah try Biotherm tapi biasa2 jerla dan tak mampu nak maintain. Mahai sgt.

So disebabkan muka dah menjadi teruk dan aku tak mampu la nak makan kolagen yg mana juga perlu mantain tetiap bulan jadi kawan2 aku suggest back to nature. Use only natural product.
So baru seminggu aku dapat rasa muka aku start glowing. Tapi masalah pori2 terbuka blm lagi berjaya diatasi. Sabarlah kan bary seminggu kan. Dah muka rasa lembab sgt.

So kawan aku suggest:

1. Cuci muka dengan oat. Letak air sikit then cuci biarkan dlm 10 sec baru cuci muka.

2. Scrub muka dengan tomato yang diletakkan gula. Scrub pelan2 dan biar sekejap then baru basuh. Scrub ni tak boleh selalu nanti rosak kulit muka. Tp don worry semua natural kan?

3. Then pakai toner (diganti dgn VCO - virgin coconut oil) n jangan sesekali lupa pakai Sunblock. Ini adalah keperluan. Kalau yg paling mahal pon adalah sunblock yg harga paling adalah RM30++.

Ps: Buat masa ni aku cuma try no 1 & 2. Baru nak beli Vco yg elok dimakan dan juga sebagai toner. La aku pakai toner dan krim(sunblock spf18) sedia ada. Member nk beli pure Vco dari kilang. Dan Argan Oil pon elok jugak.

Ini adalah hasil selama seminggu. Real pic bukan 360 ye. Nampak biru lebih glowing kn? :P

So kalau ada yang masalah teruk better back to natural sebab lagi banyak guna bahan yang mempunyai kimia muka akan terhakis dan makin teruk. 

So kos utk beli oat dan tomato sgtlah murah kn? Nak maintain pon takdak la sakit sgt poket bulan2. 

So apa lagi mohon g pasar beli sekarang.

P/s: jangan lupa gunakan ais utk letak di kulit muka selepas cuci muka utk mengecilkan pori2 muka. yg nie i pon belum buat.

Thursday, March 10, 2016

Sindrom Mak-Mak

Assalamualaikum...

Dalam kepala nie terlalu banyak nak disampaikan cuma kadang2 kena filter tak boleh la tulis semua. Mana tahu ayat kita akan mengguriskan perasaan orang lain kn?

Jadi nk share sikit apa yg kepala aku banyak sgt fikir 2 3 hari nie.

Sindrom mak mak apabila semua yg kita buat adalah ingat pada anak dulu. Husband dan masalah lain dah jatuh ranking dah.

Contohnya p dalam shopping complex teringin nk beli handbag ka kasut ka last2 barang2 anak jugak yg dibeli.

Bila balik dari kerja anak dulu dicari walaupun sakit perut nk terberak ditahan dulu, peluk2 cium2 baru p melabur. (Anak macam biasa akan tunggu depan pintu toilet, kalau tutup pintu dia akan ketuk2 sampai la habis buat pelaburan)

Then main2 dengan dia sampai dia leka main bagi kat abahnya baru boleh nk g mandi or masak or kemas. Tak sampai la 30 min dok ngan abahnya tu pon dah kadang dengar anak kena marah terus tinggal kerja lain layan anak balik. 

Abis main ajak baca buku ka sebab aku memang tak ajar dia main hp. Kalau dia pegang hp aku memang aku x marah cuma aku off kan data dan wifi so tak sampai 5 minit aku dapat balik hp aku. Aku tak donlod segala didi ka upin ipin dlm hp sebab data aku sendiri pon penuh n mampuih la satg langsung main hp ja anak aku. Normally abah dia akan bg tab yg dah siap2 donlod tapi ada la dlm 10 min ja sebab abah dia pulak nk tengok fesbuk. Hahaha.

Masa dua2 pegang hp aku sgt boring jd layan la tv. Bagus jugak la dia pon x layan sgt kartun sebab mmg jarang sgt la bukak cartoon. Slalu aku layan movie ke hindustan ka dia pon layan sama. Macam semalam aku layan Adnan Sempit 2 dia pon ralit layan sampai habis. So x berebut channel dengan anak tapi dengan abah dia ja. Huhu

Dalam 9-10 ajak dia lena so bancuh susu siap2, tukaq pampers dan kalau peluh tukar baju skali sebab satg kesian tergaru2 gatal. Then barulah tdoq sama2 sampai pagi.

So rutin memang lah banyak dengan mama dia. Kalau baik dengan abahnya pon x lama sekejap dah cari mama. Jadi betullah kenapa mak2 nie terasa bila org lain marah anak dia walaupun abah dia sendiri. Sedangkan dia boleh marah, cubit semua lah... hahaha...

Itulah sindrom mak-mak yang mana segala keperluan dan kehendak diutamakan kepada anaknya dulu daripada dirinya sendiri.

Sekian.

#tb Difollow

Assalamualaikum,

Ala biasanya kan aku akan menulis kalau mood kurang baik. Its good to channel the feeling dari p maki hamun orang kn?

Nie cerita zaman bujang aku dulu. Nak kata ligat pon daklah sebab aku memang suka berjalan.

Satu hari tu baru balik dari Tanjung Bungah lalu area Jalan Utama nk Jalan Residensi utk balik rumah melalui greenlane. Ada sebuah kereta nie follow rapat. Aagak lama jugak dia follow dan aku mula cuak sebab drive sorang-sorang. Masa nie petang so masih cerah.

Then kat jalan Residensi (Depan GH) kalau hampa taw jalan dia besaq dan one way. The car potong dan rapat ke tepi kereta aku sambil angkat2 tangan. Oh Mamat so mls la layan dan masa yang sama aku risau jugak kot2 ada yg x kena dengan kereta aku. 

So aku laju2 dia pon pon follow laju. Dok sebelah lagi angkat tangan (Oh nk mintak no hp rupanya). So mmg aku bawak laju lagi la (Aku drive Myvi jer dia myb Civic kot) Ala2 sence Fast n Furios kot. 

Sebab dah macam tak larat dia dok p hambat p hambat mai kot tepi aku bawak laju2 then dia dah betul2 kat sebelah aku (sambil tengok cermin belakang clear) aku terus tekan break. Jadi sebab dia di lorong kanan dan ada kereta dia terpaksa meneruskan perjalanan.

Bye2 Bye Abam. Aku pon boleh bawak keta dengan bertenang dan aku pakai jalan tikus utk balik rumah sebab takut tetiba abam nie tunggu kat depan pulak.

So, moral of story kalau ada orang nk mintak no tepon ka cari tempat elok sikit macam tempat terbuka jangan la sambil jalan kat lorong or bawak keta (jalan sunyi). Paling mudah bawak kereta sampai balai polis terhampir.

Itu jer la ceritanya. Nanti aku cerita pulak ditahan oleh duda di tepi jalan (nk ngorat kawan aku si anak mami). 

Okay lega dah... rasa marah semua pon hilang.

Sekian dulu, Wslm.

Followers