Tuesday, May 27, 2014

Bercukur dan Bertahnik AS

Assalamualaikum,

Nie baru nk update cerita yang berkurun lepas punya. Kami ikut sunnah jer. Tue pun hanya "kami" sahaja yg ada masa proses berlaku. 

Proses nie berjalan selepas pusat luruh iaitu hari ke-5 kelahiran AS.

Sunat 'Tahnik' atau belah mulut yang dilakukan selepas anak dilahirkan.Tahnik ialah mengunyah buah kurma(tamar)(selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal(Muazzin), Ulama, Syeikh dan sebagainya), dan seterusnya diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada Kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis. Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak menyelesakan. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar.

Sunat menamakan anak yang baru dilahirkan dengan dengan nama-nama yang baik.Menamakan anak boleh dilakukan pada hari pertama kelahiran anak tersebut sesudah bayi itu diazan dan diiqamatkan atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.Nama yang kotor buruk serta menjatuhkan maruah perlulah dielakkan sama sekali.

Mencukur rambut Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala, juga dikenali sebagai kerak kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islamtetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

AS hari ke-6 selepas tali pusat luruh dan sebelum dicukur.

Nie mula nk keriau. Baru mula mencukur. 

Ha... nampak tue. Esok dah besaq mama suh AS tgk sendiri na.

Nie pak dia mula risau dah...

Okay half way to go sayang...

Nie mama terpaksa amek alih pulak. :)

Alhamdulillah hari ke -6 da selamat dicukur. :)

Abah dengan puterinya

Nie dok tunggu nk tahnik pulak

Okay, sebab mulut dia kecil jadi macam susah nk sumbat jari masuk mulut jadi pakai cincin yang ada batu. Dicalit madu dan kurma serta alunan doa-doa.

Masa nie sangat tenang. Mungkin juga manisnya kurma itu...

Beberapa kali dibelah mulutnya.

Supaya kata-kata semuanya yang manis-manis dan indah belaka.

Dah selesai jadi minum air zam-zam pulak.

Abah dia memerhati dengan penuh kasih-sayang.

Yey, syukur mudah prosesnya walaupun di awalnya agak bergegar dengan tangisan si puteri.

Ameera dah selamat dicukur dan ditahnik.

Cukur semuanya. 

Hari ini... 

27 Mei 2014 (7 month)


Semoga Ameera Safiyya menjadi anak yang solehah dan penyenang hati kepada semua orang. :)

Sekian dulu, Wslm.

Irina

p/s: Akikah akan dibuat pada masa terdekat.

No comments:

Post a Comment

Followers