Wednesday, July 31, 2013

Welcome Nur Farinnee Huda!

Assalamuaikum,

Another gegel in da house. Syukur Alhamdulillah. Anak kepada Kak Lin salah sorang staf kat Politeknik Balik Pulau. :)


NUR FARINNEE HUDA
lahir pd 30072013 @ 3.37pm
Berat 3.8kg



Tahniah Kak Lin dan selamat berpantang!

Irina

Welcome Nur Hana Jannah!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah my cousin Ateh telah selamat melahir seorang lagi puteri yang diberi nama Nur Hana Jannah. Sedap kn semalam iaitu pada 30 Julai 2013.

Macam baru jer dia melahirkan puteri sulungnya iaitu Nur Zara Humairah pada 24 Julai 2012. Rezeki kn? 

Dan dua-dua pon normal born tanpa jahitan. Allah SWT telah mempermudahkan urusan kelahiran both puteri Ateh. 

Okay tak mau cerita panjang jom layan gambar-gambar newborn princess with ibu. :)

Nie 1st picture! :)

Alalalala kecik2x dah pandai posing nie. 







Dengan Maksu Zam. Alala... Yeay nanti satu sekolah ngan Keisya. :)




Lenanya Hana tdoq. Eiiii geramnya. Nanti Maklong tini balik ye. 

Tahniah my lovely cousin n hubby. Selamat berpantang. Love you!

Sekian dulu, Wslm.

Irina @ Tini

p/s: Gambar-gambar semua dari whatapps group Family Tok Wan. :)

Monday, July 29, 2013

Update on MyCutiePie! :)

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah minggu dah masuk 25wk+. So, g monthly scan sebab nk tgk jugak tumbesaran baby mama nie. Yela memang rasa dia sgt aktif dalam perut. 

Then hari sabtu g Pearl Maternity Sungai Ara, buat appointemt dengan Dr Rosita. :)

Memang xde orang la okay. Hahaha. 

Macam biasa timbang berat dulu, check bp then urin test. Pastu Dr pon panggil. Tak sampai 5 minit pon. Sebab kami jer ada.

Then doktor  bgtaw darah, hb semua okay. Then suh naik katil nk check perut. Nie yg excited. Kalau ikut kiraan Dr, sayang mama dah masuk 25minggu+. 

Then bila naik scan jer excited sebab nmpk dah si AS bergerak-gerak. Tp x best sebab kat situ xdak 3D/4D cuma 2D biasa jer. Tp nmpk la muka dia mengadap mamapapa dia. :)

Then Dr ambil ukuran kepala dan semua n mycutiepie nie memang just nice bacaan dia 25w+. 

Berat dia dah 788gram. :)

Camne nie sayang mama naik 5-6 kilo nie? Hahaha.

Tp syukur alhamdulillah sayang mama nie sihat dan membesar dengan jayanya. 

Ni dia bacaan dia. 

Nanti la bila g scan 3D/4D br share picture. Excited jugak nk tgk sayang mana yg aktif sgt nie.

Love Love Love

Irina

Iftar di Royal Hotel, Penang on 17 Ramadhan 1434

Assalamualaikum,

Hari jumaat yg lalu adalah Public Holiday for Penangite sempena Nuzul Quran. Jadi plannya adalah berdeting la. Ala sementara mak buyung nie larat berjalan kn? Hahaha. Eleh ckp macam la perut tue besau sgt. Berat baru naik dalam 5-6 kilo jer. Padahal dah masuk 6 month. Tp xperla kn janji baby sehat. :)

Then lepas MH solat Jumaat, dia ajak g jalan n suh bawak list lagi utk beli barang baby. Alahai la suaminya yg kacak lagi bergaya. Comel! 

Apa lagi dia melangkah jer keluar rumah utk g solat si isteri sudah menggoogle sebahagian dari barang-barang penting dulu utk persediaan utk hospital dulu. Tak mau beli byk2x nanti baby kn cepat besaq. :)

Then dia balik jer laju2x MW menyiapkan diri. Ala simple-simple jer. Janji sedap mata memandang. :)

Kami ke QB utk lebih banyak pilihan dan diskaun! Ala biasa la di mata si isteri nie memang semuanya cute. Tambah bila si suami tidak membantah apa jer kemahuan si isteri nie. Jd memilih 2 pasang baju disney yg comel lagi cute berserta stokin. Then beli napkin, blanket, baby wipes, bath/face towel. tue jer kot dulu yang penting sebab ada second round. Baju memang x nk beli byk lagi. 

Then survey skali stroller, car seat, katil semua sesiap so boleh dibajetkan kemudian. Beli sket2x dulu kn?

Then pusing-pusing satu QB sementara nk berbuka puasa. MH memang ada bgtaw nk berbuka kat luar cuma dia x bgtaw kat mana. So memang sambil jalan kepala dok ligat pikiaq. Mana la laki aku nk bawak aku nie. Tp aku smell somekind of Kambing Golek! Ahahaha...

Okay, then dpt jawapannya iaitu di Hotel Royal, Penang. :)

Actually hotel nie tak sampai 5 minit pon dari rumah. hahahha.

Harga untuk buffet adalah RM79+/pax. Sebab menu dia hari-hari kambing golek. :)

Banyak la jugak food dia. Ala macam la si isteri nie mampu nk makan semua. Okay jom layan gambaq pulak. 

Nie sewaktu menunggu orang lain amek food.

Kueh dan manisan. :)

Ice-cream!

Nasi Mandi dengan Ayam golek n memacam lauk macam ketam cili, n dll. Cuma memang x berapa makan nasi sgt jadi amek sikit jer nasi. :)

Nin dia suruh MH g tapaw kambing golek. :P
Yang seberang tuh Nasi dan lauk-pauk.

Memang senang hati sgt la setelah dibelanja dan dimanjai oleh sang suami. Hahaha. Hati sgt gumbira. Thanks sayang kerana spoilkan si isteri nie.

Nanti update pasal scan mycutiepie pulak. :)

Sekian, Wslm.

Irina

Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday: Everywhere....

Assalamualaikum,

Layan gambar jer hari nie. :)


Sambutan Hari Raya Bahagian Akaun JPM 2011


Sambutan Hari Raya Bahagian Akaun JPM 2011


Koir bagi Perhimpunan Bulanan PAJPM 2010


Koir bagi Perhimpunan Bulanan PAJPM 2010


Apa lagi posing dulu!


Convocation's Day UUM Sintok 10 Mac 2007 (Us from Kolej Yayasan Melaka)


Nie jadi model terjun untuk Batik Warisan Anggun. Siap kena runaway lagi. Adoila... 1st time nie.

Okayla dulu, Sekian.

Irina

Monday, July 22, 2013

Lawak di pagi hari : Haikal oh Haikal!

Assalamualaikum,

Aku pernah cerita pasal si budak Haikal nie. Dia adalah anak kepada adik ipaq aku dan tinggal serumah dengan kami. Mak ngan Abah nk jaga sebab takut terabai budak nie. Dia baru 8 tahun tp peelnya kekadang memang boleh buat org tersenyum dan nk marah pon ada. Ada-ada jer yang dia buat.

Bagus jugak la dia sgt takut dengan MH sebab dengan Abah(FIL) memang dia x takut walaupun suara abah marah macam halilintar.

Bayangkan tetiap hari setiap masa kena marah. Ada-ada jer yg x kena. Duduk salah, baring salah, berdiri salah, dok depan pintu salah, tengok tv salah, menyanyi salah, pendek kata buat apa saja x kena. Tp memang budak nie rajin buat hingaq(bising) kat rumah. Or else dia akan kacau Unu. Nanti mesti jadi kes gaduh depa dia. Pastu kena marah ngan abah.

Hurm aku yang dengaq nie pon stress jugak sebab hari-hari kot.

Nie peel si Haikal yang terbaru, tiap kali dia nk solat mesti dia akan azan dulu. Tak kira la masa tuh tgh azan berkumandang. Dia mesti start solat dengan azan dan iqamat walaupun solat sorang-sorang dalam bilik. Hurm tersenyum jugak aku kat dalam bilik. Tp budak lagi kn? Biaq la la dia prektis mana taw dpt jadi Imam suatu hari nanti. Kalau buat benda yang baik baguslah kn? Tue pon kekadang kena marah ngan abah sebab azan macam nk bg satu flat dengaq. Satg org confius pulak waktu apa la nie.

Nie dua hari lepas dia nk solat Maghrib macam besa la dia azan n iqamat dulu then solat la sorang-sorang dlm bilik. Bila abis normally dia akan terus dok depan TV la or kacau Unu. Tp dia p sambung Takbir Raya. Hahahaha. Mau tak tergelak besaq jap dlm bilik. Hahaha. Cakap kat MH, "tue dia dah Takbir Raya pulak". MH senyum ja la. Hahaha.

Sebelum tue dia tanya kat mak, "Mak, raya dah nk dekat kn?". Hahaha.

Hurm budak-budak memang byk akalnya. Setiap persoalan dia sebenarnya pembelajaran bagi dia. Cuma tang nakai tue yg x tahan. Sian pon ada sebab abah x bg dia kuaq main dengan kekawan yang lain. Yela satg mesti ada yang komplen haikal buat tu buat nie. So, bg dok dalam rumah jerla. Tp hari-hari bg abah marah. Makin darah tinggi la abah tuh.

Semoga Haikal menjadi seorang insan yang berguna pada masa hadapan. Amin.

Sekian, Wslm

Irina

Siti Di Alam Fantasi - Istana Budaya 2010

 Assalamualaikum,

Nie sebahagian gambar-gambar masa g tgk Siti Di Alam Fantasi lakonan Liyana Jasmay kat Istana Budaya. Bawak adik dan SIL g tgk. :)


Nie kat parking la. Dtg awal sebab cuti sekolah confirm ramai n susah cari parking.


Kat pintu IB.


I loike bunga!


Them


Inai tuh baru buat kat Jalan TAR.


Best sgt!


Pelakon dia. :)


Me... kasi blurrrr sket sebab masa nie free hair lagi.


Tiket. Tak jauh sgt dr pentas.


Cantik n comel sgt!


Excited!


Nie antara kawan-kawan CT.


Da abis persembahan. 

Rindu sgt nk g tgk teater lagi. Dulu selalu g dengan Cik Az sebab dia akan belikan tiket dulu. Antara cerita aku dah p tgk Mahsuri, Natrah, Siti di Alam Fantasi, Lat The Musical, Tun Abdul Razak. Memang best performance live nie. 

Okayla tue dulu for now. 

Sekian, Wslm.

Irina

Friday, July 19, 2013

Memori di Berhari Raya 2010 di JPM

Assalamualaikum,

Memang tahap merindu giler sgt dah nie. Asyik nk tengok semua gambar nie jer. 

Yang tengah biru tuh, Ketua Akauntan Dato' Rosmini Ahmad



Rindunya saat-saat macam nie. 

Hopefully memori nie kekal di ingatan buat selamanya.

Irina

Memori: Terbakaq

Assalamualaikum,

Di pagi-pagi Jumaat nie teringat sgt dengan arwah tok dan tokwan. Jom sedekah Al-Fatihah dulu.

................

Kenangan nie masa kami masih tinggal kat Kampung Permatang Tengah, Balik Pulau. Waktu nie memang tersgtlah nakai. Yang best tuh mesti arwah tok & tokwan mai melawat kami. Memang masa nie semua org berebut nk soh tdoq umah sapa. Tp as usual cucu kesayangan dia punya rumah la menang. Perasan kn? Haha.

So, memang both of them x reti dok diam. Mesti nk buat pape walaupun mai sekejap. Macam arwah tok biasa lah dengan aktiviti kat dapuq. Tokwan pulak dah biasa dengan tanah jd memang nk berkebun or menebas la kejanya.

Satu hari tuh arwah tokwan g menebas semak samun sebelah rumah. Memang x penah tebas pon sebelum nie. Then dia bakaq la sampah semua tuh. Aku nie memang nakai p main api kat situ. Kebetulan memang ada rumpun kering dekat situ. Aku p sua api kat rumpun tuh. Abis terbakaq satu rumpun termasuk pokok kat situ.

Isk rasa bersalah sgt kat tokwan. Yela satg mesti depa marah kat tokwan p bakaq sampah padahal cucu dia yang nakai sgt nie p main kat rumput kering tuh.

Maaf kan tini ye tokwan. Semoga tokwan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Rindu sgt ngan depa.

Irina

Thursday, July 18, 2013

Masuk Sojar... Hahaha

Assalamualaikum,

Nie nak buktikan yang pernah masuk sojar! Hahaha. Askar Wataniah kat Bukit Beruang, Melaka. 
Rasanya masa nie baru umur dlm 20 tahun kot tahun 2001 or 2002. Masa nie dah nak masuk final year Diploma kat Kolej Profesional Mara Melaka. 

Actually kami nie sukarela nk habiskan cuti semester untuk masuk Askar Wataniah nie.

Masa nk masuk kami kena jalani ujian kesihatan dulu nk tengok fizikal sihat tak. So, yang dalam nie semua terpilih la ye. Kami bercampur dengan budak-budak IKM Jasin rasanya. Tak berapa nk ingat dah.

Then bila daftar masuk kem kena tahan sebulan tak boleh keluar. Aduh memang awal-awal tak bape stress.

Rutin harian:

2 week+ dalam kem. 

5.00 pagi - Bangun mandi n solat Subuh
6.30 pagi - Jogging 2km
7.00 pagi Breakfast (Then lari pegi siap pakai macam dalam gambar nie untuk kawat)
8.00 -11.00 pagi - Kawat ( letih oi 45 minit non-stop then rehat then sambung balik sampai kul 11)
11.30 - pagi  Minum Pagi & Masuk kelas
12.30 tgh - Lunch
1.00 petang - Rehat & Solat Zuhur
2.30 - 4.30 ptg - Masuk kelas belajar pasal tentera, M-16 dsb (Sebab ada test kot) or kawat
4.30 ptg - Minum petang (Lari p solat zuhur n nk siap p jogging 2.4km panjat Bukit Beruang)
5.30 ptg - Jogging 
6.30 ptg - Makan Malam n Rehat
8.30 - 11.00 mlm - Masuk kelas

10 hari terakhir (dalam hutan)
5.30 - 6.00 pagi  - bangun solat n mandi (Bukak khemah)
7.00 pagi  Breakfast(masak sendiri)
8.00-11.00 pagi Kelas or belajar menembak
12.30 tghari Lunch & break & Solat Zuhur
2.30 - 4.30 ptg Kelas or belajar taktik dalam hutan or cuci M-16
5.00 ptg rehat minum petang
5.30-6.30 ptg mandi & Dinner
8.00 - 11 mlm kelas lagi (or kena g buat latihan tentera berjaga sepanjang malam )

Tue la serba-serbi rutin kami selama sebulan dalam kem dan hutan.

Yang best sebelum masuk hutan kami dilepaskan dengan kompas mengikut kumpulan. So kena sampai tempat ditujui dalam tempoh 4 jam lebih kurang la. So memang best redah segala macam tempat (kubur, kebun durian, kebun tembikai, sungai, longkang dalam 7 meter pergh...) Ada group yg sesat sebab depa lencong ikut jalan lain sebab nk elak sungai n longkang jd kompas dah lari la kn? Kami redah kasi pecah jer. Best!

Dalam hutan memang best tak berapa stress walaupun kena berjaga malam ambil syif. Sebab x kena kawat. Huhu. Dok fikir macam mana la aku ble involve benda macam nie. Kekawan aku yg ramai-ramai semua injured. Pompuan ada lebih kurang 16 org tapi 10 org injured pelbagai masalah termasuk kurang gula, kena tahan hospital, asma, semput, n memacam la. Haha

Ada satu malam kitaorg kena buat taktik dalam hutan yg memerlukan kami berjaga sepanjang malam dan ditempatkan kat ladang kelapa sawit ikut formasi tentera. Hampir separuh or lebih yg tdo okay. So ada yg bawak nescafe la cokelat yg ada jugak depa jual dalam hutan nie. 

Bila dah terang-benderang tgk-tgk hampir separuh kehilangan M-16 depa. Yela depa bantai tdoq kn? Kalau tentera betoi dah lama kiok dah nie. So depa kumpul suma makanan/minuman depa campur boh dalam baldi semua orang termasuk aku kena telan n ludah balik dalam baldi air campuran pelbagai... Eyak! Sumpah muntah. Sapa yg kena last2x lagi teruk sebab kena rasa ludah semua org. belum masuk lagi yg muntah tuh. Eiiii yak!

Then kami didenda rendam dalam air sungai yg sejuk bersama pakaian di bawah nie. Oi berat okay kalau dah basah. Nak jalan pon dah x larat. Huhu

Then belajar tembak pakai peluru yg betul. Dia bg 40 butir aku shoot 9 jer kena. Lain semua ke laut. Hahaha. 

Ending kami kena masuk gerak gempur. Nie best sebab kesemua kami belajar kami guna dalam gerak-gempur nie. So kami pompuan yg sihat dan kuat nie yg masuk. Len suma lelaki. Yg lain tgk jer la. Masa nie berlari dengan M-16 then merangkak, meniarap segala bagaila.

Memang best sgt dpt pengalaman macam nie walaupun dah tak teruskan. 

2 minggu balik dari kem kami ada Hi-Tea. Aku hitam legam dok sebelah Ex aku dulu mai aiii dah sama kaler dah. Haha.

That's all for the great journey in kem. :)


Nie bari hari pertama jadi muka semua tgh excited. Tak taw bala apa kami nk kena. 

Pernah satu hari tuh ada katil yg x betul jadi dorm kami jadi macam puting beliung abis depa tarik kami punya cadar n everthing. Huhu. Siap kami semua kena angkat katil 2 tingkat kawat keliling padang kawat 2 round. Giler berat.


Nie dok kat padang kawat ready nk masuk hutan.

Barisan depan nie yg masuk gerak gempur. :)


Kena denda pon buat cambest kan? Bytheway sejuk okay!

Nie semua gadis-gadis... :)

Sekian dulu, Wslm

Irina

VCO- Virgin Coconut Oil - Masalah sembelit ketika hamil


Assalamualaikum,

VCO- Virgin Coconut Oil

Nie sharing saja ye bukan nk menjual barang or anything. Sebab aku memang susah nk beli produk-produk kalau aku x berani nk cuba. 

Aku dah consume VCO nie seminggu. Tujuan aku consume sebab aku memang ada masalah sembelit yang sgt teruk masa mengandung nie. So setelah baca testimoni berbagai-bagai blog dan org yg mencuba jadi aku kuatkan diri utk mencuba. Sebab VCO boleh menjadi pelincir masa nk bersalin nanti. So dah x perlukan air selusuh lagi.

Aku baru jer consume masuk bulan posa nie sebab dah lama nk beli kebetulan pulak beli masa bulan posa nie. Macam taw2x jer bulan posa nie kurang minum ayaq kn? So, memang confirm la menangis kat toilet sebab t**k keraih. Serius aku pernah dok kat toilet ofis sampai dekat 40 minit. Ya Allah azabnya aku rasa.

Alhamdulillah sekarang nie bila ke toilet sgt mudah keluar! Coih macam tuh jer keluar. Hahahaha. Aku tak tipu. Betul nie. Memang aku kurang minum ayaq bulan posa nie. Yela malam kul 9 lebih aku dah tdo, 5 pagi bangun. Memang x sempat la nk langgah ayaq 3 liter kn?

Memang aku risau sgt sembelit masa bulan posa nie. Sebelum posa aritu (sebelum aku consume VCO nie) aku pernah teran smp risau takut pulak baby keluar sekali. Moga dijauh kn? Sebab aku dah makan segala buah bagai tp kesannya sugar dalam dalam aku yang naik sebab buah kn manis. Yela makan byk2x la nk senang Uh-uh. 

So buat masa nie kulit semua xde perubahan sgt pon. So aku x berapa kisah since jerawat pon macam x mau naik kn? Aku lebih pentingkan yang dalam nie jer dan utk aku jugak. 

Org lain dah consume benda nie bertahun-tahun sebab katanya boleh mencantikkan kulit, stabilkan hormon, kuruskan badan dan lain-lain.

Tp aku consume sebab memang aku perlukannya! Haha sgt best kot bila ke toilet. 

Aku share sket khasiat VCO nie. 

VCO adalah Virgin Coconut Oil or dalam bahasa melayunya Minyak Kelapa Dara. Kalau boleh buat yang fresh lagi bagus taw. 

•MENGURANGKAN BERAT BADAN
• menghilangkan parut jerawat & strecthmark
• kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak & juga kering
• melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dr sinaran matahari
• Pengurangan kenaikan jerawat
• Mempercepat penggantian sel-sel mati dgn yg baru
• melambatkan proses penuaan
• mengatasi masalah kerosakan gigi
• melindungi tubuh drpd kanser payudara & kanser rahim
• mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
• melindungi diri dari serangan osteoporosis
• melegakan pernafasan (mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong)
• membunuh kulat, bacteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan)
• amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita
• melawaskan pembuangan air besar dan kecil
• memperbaiki pencernaan & penyerapan vitamin2
• meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal, mental
• PMS akan teratur
• Mengurangkan berat badan bg seseorang yg ada lebihan lemak sahaja
• Mengurangkan tidur berdengkur
• Batuk dan selsema cepat hilang
• Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
• Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
• Bagus untuk kulit sensitif (gatal2)
• Pengambilan Catalyst VCO bagi Wanita Hamil - VCO SANGAT BAGUS DIAMALKAN SEWAKTU SEDANG HAMIL, DALAM TEMPOH BERPANTANG DAN MENYUSUKAN ANAK!US

Cara Pengambilan Catalyst VCO. ia boleh digunakan dengan 2 cara:-

• Makan atau sapu di permukaan kulit (untuk masalah kulit muka)
• Boleh juga dicampur dengan foundation sebagai makeup base

Makan 1 biji 2 kali sehari (pagi dan malam) atau 2 biji sekaligus, selepas/sebelum makan.  Seelok-eloknya diambil bersama air suam atau air kosong.

Untuk sapuan di muka, lubangkan bahagian soft gel menggunakan jarum atau gunting dan sapukan pada permukaan kulit. Boleh dilakukan sebelum tidur malam selama 15 minit atau dibiarkan sehingga pagi.

VCO Catalyst disahkan HALAL oleh JAKIM (Malaysia) dan dikategorikan di bawah kategori makanan tambahan bukan ubat-ubatan(KKM).  Numb KKM bagi Catalyst Collagen : KKM Ref : 163/S/25 Jld 125.  Buatan Malaysia & Keluaran Bumiputera

VCO adalah ”Virgin Coconut Oil” atau minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kelebihan Catalyst VCO ialah ia menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan terutamanya untuk kulit.

Itu jer aku nk share. Satu lagi benda yang xde KKM aku memang x berani nk cuba sebab banyak gila supplement yang xde KKM. Aku ambil yang mana baik utk diri aku. Mana-mana brand VCO semua pon sama jer khasiatnya. So ikutla nk beli yang mana pon. :)

Okay itu jer nk share hari nie. Sebab sepanjang puasa memang aku rasa bertenaga walaupun dok bawak budak. Ha, apa-apa supplement pon seeloknya diambil lepas 4 bulan ke atas if pregnant. Sebab 1st trimester memang sgt kritikal untuk cuba apa pun. Yang penting jgn lupa makan asid folik untuk perkembangan otak baby ye.

That's all for now.

Love Love Love.

Irina

Followers