Wednesday, April 24, 2013

Isu! Produk Kecantikan VS Camera 360

Assalamualaikum,

Kat sini saya ada isu sket pasal nk mempercayai produk-produk kecantikan untuk hilangkan jerawat, putihkan kulit, serikan wajah dan sebagainya.

Walaupun tak dibelek tapi hampir semua gambar diedit pakai camera 360 supaya gambar lebih gebu dan mulus.

Ramai percaya dan rata-ratanya tertarik dengan omongan penjual yg hanya mementingkan hasil jualan dari hasil pemakaian. Setengah tuh hanya menjual tp tak pakai pon produk tuh dan menggunakan gambar orang lain sebagai testimoni. Kalau produk yg sama rata-ratanya gambar yg sama digunakan.

Tak percaya tengok sendiri semua jenis produk yang sgt famous kat mukabuku. Aku x mau sebut nanti kena saman buta. Tp kalau memang hasil yg boleh nmpk macam Adira smp putih melepak tuh aku percaya la. Tue pon dia dah guna hampir setahun br dpt hasil macam tuh.

Nie ada pulak penjual kata ada perbezaan dalam tempoh 2 3 hari or seminggu or dengan sebotol pemakaian. Tp tuan punya diri xde hasil apa2x pon. Dok kelam macam tuh jugak.

Setiap produk ada kekuatan dia sendiri dan lain orang lain kesan dia. Ada yg cepat ada yg lambat. Jangan la janji denga omongan kosong. Oi berdosa taw kalau janji tak ditepati. Tambah lagi bila ada pembeli rasa diri dianiaya.

Yela memang da lahir tue memang dah bulan gerhana takkan la tetiba jadi macam Adira macam Bulan Terang kn? Logik la sikit. Maybe akan cerah sket dari kulit asal tp nmpk lebih glowing. Nk nmpk putih memang imposible la.

Tp kepada peniaga yg menjual or br nk jual tuh dinasihatkan mencuba dulu sebelum menjual. Yeye kata bgs la itu ini tp pakai org punya testimoni. Silap hari kena penyakit lain macam buah pinggang sapa nk jawab?

Yang penting kalau betul produk itu baik dan berkesan tunjuk testimoni tanpa diedit ye. Sila berlaku jujur kepada customer anda.

Orang nk berniaga kita pon nk berniaga tp biarlah mencari rezeki yg halal toyiban. Okay.

Sampai sini dlu la. Sebenarnya x berapa berminat nk putihkan kulit yg dah sedia putih nie. Cuma nk kulit yg bersih dan sihat. Yang penting sihat dalam dan luaran. Bukan luar putih tp dalam simpan penyakit. Apa-apa pon sila rujuk pada yg pakar sebelum ambil sesuatu yg perlu dimakan. Dikuatiri akan menyebabkan buah pinggang anda rosak jika salah ambil.

Love you all. Doakan kesihatan saya dan mycutiepie inside selamat ye. Nk scan this saturday. Insya-Allah sebaik-baik perancang adalah Allah SWT itu sendiri.

Sekian, Wslm

Irina

4 comments:

  1. betol, obvious sgt pon majoriti guna camera360 tu. kalo camtu kulit kita pon pling pling je boleh jadi testimoni ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paling obvious product felinna dgn aurawhite. i pon boley jd testimoni walaupun muka penuh dengan kawah gunung berapi.. haha

      Delete
    2. Boleh, meletop pom pom!

      Delete
    3. i nk cuba satu serum sebab testimoni dia agak menarik perhatian ai. harga pon xde la beratus. nanti kalau berjaya i bgtaw kat u na... takkan nk cantek sowang2x

      Delete

Followers