Wednesday, January 30, 2013

Hansel & Gretel Si Penangkap Ahli Sihir!

Assalam semua,



Tak ingat hari apa tapi weekend lepas la p tgk citer nie. 1st nk tgk tp org queue panjang gila kat QB jadi ingat x jadi la. P makan-makan dlu. Lepas tue try p tgk blk kat wayang dah xde orang! yey!

Jadi terlepas la hajat aku nk tgk citer nie. Sebab arituh Encik Fasya x bg sebab ganas dan x elok katanya. Tp sebab minat sgt citer nie masa kecik-kecik jd nk tgk jugak siap buat muka kucing manja lagik. Muahaha. Dah start merapu kn?

Citer nie mengisahkan 2 beradik yang ditinggalkan oleh bapanya di dalam hutan dan depa cari jalan utk balik rumah dan terjumpa la Candy House. Macam besa bebudak dpt cokelat depa makan la dinding rumah tuh. Then pintu terbukak n depa pon masuk dalam dan terus terkunci. Alamak ada Ahli Sihir jahat lah! Then depa lawan n tolak ahli sihir tue masuk dalam api. Then depa berjaya kalahkan ahli sihir tuh! 

Sejak tue depa nie terkenal dalam menjadi penangkap ahli sihir. Smp la satu masa depa merungkai kisah depa sendiri kenapa pak depa tinggai dalam hutan dan makpak depa tak penah cari depa balik sejak tuh. 

Yang tue semua hampa kena tgk sendiri! Tp memang best!!!! 

Okay la asek bebel jer bila gheja nk siap kn? 

Sekian, Wslm

Assembly!

Assalam,

Hari ni 1st time perhimpunan bulanan kat PBU.

Ala dulu kt JPM pun ada siap dgn PM & TKSUK. 2 kali sebulan tp rasanya dah dekat 2 tahun lebih x join. Haha. Ketegaq kn. Muahaha.

Sambung dgr ceramah. Tetiba pengarah sebut nama aku. Tercekik ayaq liuq sat. Pekenai kat semua staf.

Yg best tu kalau tingin musang king mai cr aku. Sbb pengarah taw aku budak balik pulau.

Ok jom sambung.

Sekian,wslm.

Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, January 29, 2013

Selamat Pengantin Baru Ex Munshian


Assalam sayang,

Hiks, mood ada baik juga sebab hari nie dah hari selasa. :)

Last Sunday, we attending our ex-schoolmate plus classmate wedding at Kem Tentera Sungai Ara. 1st time kot masuk seram.. :P

Tp nice view nmpk all the way 2nd bridge. :)

Yang bestnya masa masuk jer dewan taw tak ada apa? BORIA!!! Pergh, lama x tgk boria live nie. Memang betul2x anak mami penang nie. :)

Kawan kami nama dia Hafiz aka anak kepada pakcik Nazir Nasi Ayam. Ala dulu ada kedai kat Komtar tp la ni dah tutup. Ada kat Sunshine tuh. :)

Smp la dalam lagu/sketsa ada pasai nasi ayam nie. 

Wife dia si tinggi lampai tuh adalah seorang Doctor kat GH Penang. Sgt tinggi dan mancung. Isk why my hidung penyek! Nie my sister la nie yg bg i langgar tembok. Kalau tak mesti feeling Kajol. Muahaha.

Anyway nie sebahagian dari kawan-kawan sekolah aku dulu. Ada 2 3 orang yg hensem bergaya masih bujang. Tak jumpa lagi la tuh. :P

Isk aku nmpk sgt kecik kn? Muahaha. Eh, comel la tuh kn? 

Okay la nanti la ada masa aku sembang lagi. :)

Love you!,
Irina
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, January 25, 2013

Movie time! Juvana!

Assalam,

Semalam cuti sempena Maulidur Rasul kn? So, ingat x nk la keluar rumah sebab bila hari cuti Penang confirm jammed. Jadi, dok rumah tgk Tibi jerla. Sebab rancangan pon menarik. Then petang sket husband ajak kuaq lagi. Tp mlm semlm dia ada la ckp nk tgk wayang citer Juvana br kuaq kn?

Jadi, lepas solat Asar br kuaq. Ingat nk g area Gurney tp jalan nk ke town jammed! Jadi patah balik ke QB la. Then jalan okay n x bape jammed macam slalu. Ramai org ke town kot.

Terus g tgk tiket wayang citer Juvana. Terbaik la x ramai sgt tp dpt hall yg besaq. Sebab lagi 10 minit jer citer nk stat. Dah beli ayaq n corn in cup terus menuju ke hall.

Sebenaqnya aku x bape minat sgt citer nie sebab asek gaduh n membuli saja citer nya. Masa bersiri kat tibi pon mana aku layan sgt. Tp ikut jer husband kn? Sebab lepas ikut ape dia nk buat mesti akan dpt reward. Haha, soo brilliant plus comel! Hahaha.

Jalan citer sgt menarik sebab dalam citer nie depa kena transfer ke sekolah baru sebab sekolah lama depa warden buat hal. Jadi ada yg dpt keluaq dan yang lain p sekolah baru la. Macam besa walaupun korang taiko kat sekolah lama sekolah baru nie ada lagi taikonya. Macam-macam la jd smp sorang antara derang dari sekolah lama yg sememangnya jahat tetiba insaf dan sorang lagi tue pulak nk jadi taiko lawan dengan taiko kat sekolah baru yang dilakonkan oleh sharnazz ahmad. Ala pakwe Shila Amzah tuh.

Seronok jugak sebab ending aku sukaaaaa. Comel la nama depa, Botak, Kicap, Ayam, Panjang n bla bla bla. hahaha. Nama gangster zaman kini kn? Yg len hampa p tgk sendiri sebab ending memang menarik. Ada sesi lawan-lawan n hat mak buyung x yah la p tgk okay. X bape elok.

Then seperti biasa dpt reward sepasang jeans. Tp yg x bestnya dah bertukaq saiz berkali ganda. Ops what happen? huhu.

Tue utk semalam. Hari nie Encik Fasya bercuti jadi dia hantar dan ambil saya bekerja. Memang tuh yg ditunggu selama nie. Agaknya esok dah bawak perut mungkinkah hari-hari dia jd driver sepenuh masa saya? Hiks.

Sekian dulu, Wslm

Irina

Tuesday, January 22, 2013

Edisi deting plus makan Padang Kota Lama

Assalam,

Nie edisi semalam masa balik gheja. Hik hik hik.

Ceritanya macam nie. Semalam kul 4 lebih Encik Fasya call kata dah otw blk. Uiks blk awai??? Lepas tuh tercakap la,"boleh la p makan mee pata kn?"

Hah tue soalan ja na... Takdak niat pon nk paksa. Dia laju jer jawab,"OK!" Apa lagi sharp jer kui 5 merempit la blk umah. Haha. Padahal gheja banyak kot. :P

Ini lah hasil tuaian semalam. Bruppp Alhamdulillah. :)

Gerbang Padang Kota Lama. 

Nin Dia! Ais Kacang Spesel! Siap boh dalam mangkuk tin lagi!

I punya Coconut Shake n Bandung Shake Encik Fasya punya!

Mee Pata yang terbaik! Sebab i x bape suka makan mee tp kalau dpt yang nie memang x tunggu dah. :)

Lepak kejap amek angin sambil deting. Ewah.

Hahahahaha. Seronok sgt nie. 

Tue jer utk semalam. Hari nie belum plan sebab macam blk lambat jer. Kena p hotel cari qoutation lagik. Semoga dipermudahkan dapat APC tahun depan. Ahahahaha. Tp i ikhlas taw buat gheja. :)

Sekian, Wslm.

Irina
Published with Blogger-droid v2.0.9

Edisi Makan Secret Resepi Strait Quay

Assalam,

Nie edisi makan-makan pulak. Kisahnya kekawan aku yg sekarang menjadi peniaga kek yang sgt berjaya jadi hari-hari tanpa gagal akan mengupload memacam jenis kek yang sgt mengujakan di fesbuk masing-masing. 

Jadi encik fasya yang juga adalah hacker aka stalker tersgt tegar fesbuk aku sebab selalu kat rumah dia yg main henpon aku yg sgt comel nie, jadi tersgtlah teringin nk makan kek.

Tengah seronok dok layan OKOK Orang Kampung Otak Kimia yg memang jadi feveret aku masa kanak-kanak hingusan dulu, dia berkata," jom kuaq p makan kek.." 

Ahahahaha, pelik betoi adakah encik fasya mengidam? Muahaha... kalau dia baca nie abisla... :P

Jadi setelah digoogle tempat yg bakal ditujui adalah Secret Resepi Strait Quay, Tanjung Pinang.

Absolute Chocolate. Not Bad.

Turkish Indulgence. Sama jer rasa macam indulgence cuma ada buah-buahan dan Chocolat keras kat tapak. 

Walnut Brownies. Ahaha, yg nie memang sgtlah moist dan sedap!

Teringin nasi jugak Encik Faysa nie. Lepas makan kat Souq Masjid Putra arituh.

Chicken pie yg besaq dan x abis lalu dihabiskan oleh Encik Fasya. Tue la berlagak katanya. hahaha. Cet, perut kicik la.

Okaylah, Sekian dulu, Wslm.

Irina
Published with Blogger-droid v2.0.9

Edisi Dating Batu Feringgi

Assalam,

Nie kisah di hari ahad lepas. Selepas melepaskan hajatnya utk makan kek kat Secret Resepi kami terus ke Batu Feringgi menghayati SunSet. Kononnya. :)

Nie antara gambar-gambar menarik. Sebenaqnya nk mengenang saat memula dia ngoart dulu.Kisahnya bermula kat sini la. Siap dia naik kuda taw. Hik hik hik. 

Dedaunan kelapa melambai-lambai seolah-olah menghambat semua org blk utk semayang maghrib. :)

Pekena ayaq kelapa. Uish RM5/sekelapa. 

Siapakah di sana? Baju merah warna jingga... ewah!

Kali nie tgk ajer... :)

Yang lain macam biasa la, Jet Ski, Banana Boat, Parasailing. Teringin tapi takuttt... 

Sekian, Wslm

Lots of Love
Irina
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, January 21, 2013

My ex-sweet home @ Putrajaya

Assalam,

Nie rumah yang aku duduk masa aku kat Putrajaya. Sebelum tuh aku menyewa dekat Presint 11. Lepas tuh disebabkan sempit dan agak mahal jadi aku mohon kuaters. Tp masa nie mudah sgt dpt kuaters sebab tak sampai sebulan aku mohon dah dpt tp dekat Presint 18. Aku tolak sebab aku memang nk yang nie. Sebab kuaters nie lambat bukak aku kena tunggu lagi 2 bulan. Ala nk kalut buat apa kn? Save the best for the last. haha, ada kena mengena tak? Haha

Then dalam lepas raya Cina aku dah start duduk bulan Januari 2009. :)

Sebab aku siap mention taw nk yang kaler pink! :)

Nie la tempah berteduh aku hampir 4 tahun. Januari 2009 - Disember 2012.

Memang la sedih sebab dah jadi sebahagian dari diri aku kat Putrajaya. Tp aku akur sebab dapat pindah blk Penang mengadap muka En Fasya hari-hari. Ewah! :)

So, tgk la gambar2x di bawah. Utk simpanan aku jugak kalau esok nie rindu kat dia kn? T_T

Nie rupa blok kaler pink! Nie dekat dengan Balai Bomba Putrajaya. Dekat nak p Putrajaya Sentral, Hospital, Balai Polis, Kedai Mamak, Dobi. Depan highway. :)

Rupa lift. Aku suka area sini sebab bersih setiap masa. Tak macam kuaters lagi yang sampah merata, lantai x bersapu, mop. Bersih jer.

Nie dari pintu masuk. Nie view kn? Luas sgt!

Nie nampak jambatan yg famous tuh. Tgk lampu malam-malam. :)

Nie view dari ruang tamu ke bilik-bilik tidur.

Nie dapur! Tiap kali org dtg mesti akan ckp besaqnya dapuq!

Nie dari singki dapuq. Dulu sidai baju kat situ. Cuma nmpk rumah sebelah la. Dok basuh pinggan. 

Nie Master Bedroom. Rindunya! :)

Keadaan dlm bilik Master bedroom. Nice view jugak kn?

Nie dari Master bedroom nk ke bilik lagi dua. Tengah-tengah toilet nombor 2.

Nie bilik air 1 dalam master bedroom.

Nie bilik nombor 2. Mengadap jalan. Nampak Masjid, Kubah Hijau (JPM).

Toilet 2

Bilik Nombor 3. Mengadap umah sebelah.

Lepas nie kalau rindu boleh la tgk kat blog nie. Huhu. Banyak kenangan sgt dalam rumah nie. I'm the 1st owner this kuaters bila masa dia serah kunci. huhu. 

Will miss everything there. :)

Sekian, Wslm.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, January 16, 2013

Seiring Sejalan Secuci Sekali


Assalam,

Sebenaqnya mymucuk aku memang dah macam kereta masuk ladang sawit dah. Dah la berdebu siap boleh lukih2x ditambah pulak dengan deretan tahik burung kat cermin n viper! Eiiii geram toi.

Tp salah sendiri kn parking kat bawah tempat dia bertenggek iaitu pokok mempelam teloq depan umah MIL. Haih. Ingat kat cermin alih2x bila cuci sekali abis suma kena tahik itu.

Jadi masa blk ckp ngan En Fasya tunggu kat umah nanti nk ajak p cuci keta. Then dia suh p sendiri. Huh, majuk la jp kunun x nk p n nk blk umah teruih. Eiii teruk betul dulu dok sowang2 kat Putrajaya okay jer boley berdiri di kaki sendiri @ berdikari la tuh. Nie awat manja terlebey pulak. 

Tp setelah dipujuk sebab dia pon nk cuci keta dan sport rim serta tayar baru dia (tgk gambaq si oyen tuh). Jadi singgah la mencuci. Tada, berdua lebih baik kn? Tp depa cuci satu-satu sebab ada pon 2 org saja. Bersih berkilat dah mucuk cuma bila nk p buat ekon nie. 

Balik dari Putrajaya la. Satu-satu kn? Tp kn orang tamak selalu untung. Haha. 

Okayla tue cerita utk semalam balik kija. Ala majuk sekijap ajer. Ala biasa la tuh sedangkn lidah lagi tergeget kn? Adoi sakit,

p/s: Eh Nam Na Bi eksiden la pulak. Lambat lagi nk tunggu sambungan minggu depan. Dia mesti hidup punya lagi! Go go fighting! 

Sekian,Wslm

Irina
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, January 15, 2013

Penat!

Assalam,

Nie 2nd week kat PBU nie. Sibuk tak tera mana pon dok tunggu wahyu dtg dari langit br sibuk. Haha.

Anyway project pertama nk kena cari hotel utk buat bengkel macam aku dah update sebelum nie. Hari nie dapat p dekat Hotel Seri Malaysia yg mana harga memang xdak masalah cuma ruang yg myb x selesa sket. 

Then teruih p area town iaitu Royal Hotel depan KFC ja. Hotel nie okay jugak tp bilik meeting tak available. Then Hotel Gurney yg mana memang tertarik betul. Dlm hati macam mahai sebab depan pantai Gurney walaupun x bleh turun ke laut kn? Kalau turun memang cari nahas la. Haha. Ala selut ja pon. Fasilities memang okay tp dia nk confirm bilik meeting dulu macam mana. Harap dpt la sebab memang sgt selesa. 

Then p Evergreen tp macam x mo layan ja. Yela yg lain semua Melayu yg entertain dan yg nie C*** so dia macam booo layan jer. Yela nk mintak rate rendah kn? Hello cuba kira blk u dapat untung lagi tinggi ma... Kita bayar pakej mahai ooo.. haha

Then p Sunway Hotel dekat area Macalister tp x available sbb tgh renovation smp bulan 4. Then terus ke Traders bawah Komtar jer. Memang baik sgt dia layan tp br dapat call bilik meeting x available jugak. 

Jadi, tunggu Qoutation jer smp petang nanti. Jom layan korea dulu jap. Citer Madam Butterfly tuh syiok oo. Or Cheondamg Alice. Best gilos. Or citer baru nie Flower Boy Next Door br ja start. 

Haha. 

Sekian dulu.

Irina

Monday, January 14, 2013

13.1.13 With Love


Assalam,

Sebenarnya memang dari tahun lepas dok cari gelang menggantikan duit mas kawen. Jadi, semalam barulah terjumpa gelang yg sgt unik sebab ada 3 warna. 

Sian gak En Fasya p teman masuk semua Kedai Emas kat Gurney n QB. Pak Habib x berapa berkenan patern dia sebab sgt verytheanakmami. Macam rantai kapai pon ada. Then pak Kong pulak byk yg bunga-bunga. Ohhh tidak!

Then berkenan kat Ah Mei @ Tomei. Sebenaqnya blk jer dari kayell terus p Gurney. Motif utama nk p makan kat Anjung Gurney ja sebab parking x dak then park jer dlm Gurney. Senang kn?

Then ajak dia singgah Tomei sat memang sgt berkenan satu gelang yang cantik, unik dan harga sgt affordable. Tp malangnya x bleh nk gunting or potong. Sbb design nie Itali so patern jenis x bleh nk potong. Sedih jap. Dah berkenan.

Then semalam p QB, dalam hati dah pasang niat nie. Haha. Bg En Fasya syok jp layan Movie cina dia nk tgk br jalan2x pusing QB. 

Then sama jugak masuk kedai Pak Habib, suma jenis nk bg pencuri potong tangan punya. Nala punya besaq. Then Pak kong pon so-so jer design. Then pegi Tomei! Byk jugak design Itali dia. Cantik-cantik n modern. Yang penting 916 okay. :)

Then terus jatuh cinta dengan yang nie! Ewah. Yg best tuh boleh potong ikut my tangan yg comel nie. Ingat nk cari gelang bebi ja. Haha.

Thanks to my En Fasya yg setia melayan kecerewetan bini dia nie. Br taw sebenaqnya cerewet jugak aku nie. Sama ja dengan En Fasya lagi cerewet. Haha.

Yiha memang mlm tdi tdoq lena. Yela En Fasya layan MU vx Liverpool. Jd tdoq awai la. 

Thanks n love you En Fasya. 

Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

One day trip to kayell 12.1.13






Assalam,
Br ada masa nak menulis. Actually jumaat br en fasya bgtaw nak ke kl p kenduri. Ikt mbr ofc dia. Ai ok jela sbb p blk hari je. 
Then pepagi sabtu seawal jam 7.30 pg dah bertolak p ofc dia dulu br tumpang kwn dia. N tetiba terkejut rupanya ada jugak dua org budak sama muka ikut. Yela masa naik Exora x perasan pun. Maklum la i sowang ja gegel. 
Smp kl kul 12 tghari kt Taman Melati then kul 2 gerak blk Penang. 
Rupanya abg photoq tu budak opis aku. Muahahaha. Jejauh dtg jumpa blk budak opis. 
Okay la. Nak wat keja la konon.
Wslm.
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, January 11, 2013

Hotel tepi laut?

Assalam,

Hari nie best sket sebab pepagi dah berjalan p kat Batu Feringgi cari hotel. Awal-awal tahun dah kena anjurkan kursus bg seluruh poli satu Malaya. Pandai betul HQ cari time kn? Time aku br masuk seminggu lak tuh. Terbaik! Time nie nk tunjukkan kebolehan si comet nie. Muahaha...

Okay pepagi td kul 9 dah bergerak dari Bukit Jambul ke Batu Feringgi. Tp singgah makan dulu kat area tanjung Bungah. Uish perut lapaq sgt, teruih makan nasik la.

Then p Hotel 1st Flamingo Hotel. Depa dah habaq awai-awai nk hotel tepi laut. Yela dtg Penang kalau x cari laut mesti cari jeruk kn? :P

Then p Hydro Hotel, Bayview Beach Resort dan Park Royal Hotel. Ha... best tak? Nie p cari qoutation sendiri okay. Ada yg okay tp fasiliti kureng, ada yang sgt okay tp mahai sgt, ada yg sgt meet requirement tp bilik penuh. Tp kita tgk yg mana okay dan boleh meet requirement.

Doakan tugasan pertama saya nie berjaya. Mudah-mudahan dpt APC pertama kat sini sepanjang keje gomen. Eh, bukan mintak la tp dengan kesungguhan saya yg balik lambat 5 minit setiap hari. Hahaha.

Okay la. Tue jer nk cerita hari nie. Agak bz sebab byk benda-benda yg x paham. So byk assistant tlg buat. Alhamdulillah. Nk jd bos yang comel lagi baik hati tp tegas. :)

Sekian, Wslm

Irina

Thursday, January 10, 2013

Jalan-Jalan Langkawi 2012

Assalam semua,

Okay hari nie tengah tak berapa nk sibuk sgt nk cerita sket pasal honeymoon kat langkawi arituh. Ala boleh la kumpui duit sket-sket nk p dekat2x ja. Ala kalau hampa nk taw pakej kami amek nie murah ja. Dlm RM450 termasuk tempat tinggal dan jugak kereta untuk 3 hari 2 mlm. Okay la kn? nie utk 2 org na. Murah tak?

Actually kami mintak keta myvi jer tp dia bg Waja. Boleh la. 

Kami travel dr Penang seawal 5 pagi, 29 Dis 2012. Actually dah suruh org belikan tiket feri yg berharga RM22/sorang. Tp malangnya tiket hilang masa parking keta. Yela punya la jauh depa suh parking dah la gelap gelita jd salah aku la sebenaqnya. Ha, kena marah la. Spoil mood betoi. Then husband belikan tiket baru. Seb bek la tiket ada. Siap kena tulis nama tuh. Kami naik feri kul 7.15am.

Then dalam sejam setgh dah smp jeti kuah dlm 9am. Try la call org yg incharge tp x berangkat. Tdoq lagi kot. Dah la henpon aku buat hal. Bateri pulak kembung n sebenaqnya kakak kereta tuh dah sms aku pepagi buta. Jadi salah aku lagi. Muahaha. Then husband call BIL utk mintak number then dia call dalam kul 10am jugakla br dpt keta. Dah la Pejabat Pelancongan sepatutnya buka ofc kul 9am tp kul 9.30am br bukak. Repot kang dah la mood x bape nk baik nie. Nk amek peta langkawi la nie.

Then p jalan-jalan tgk pakej nk p island hooping pada esok hari nya. Okay la harga RM35/sorang. 

Okay la aku mls nk tulis pepanjang jadi hampa tgk peta langkawi dan tempat yg kami p harituh beserta yuran  masuk na.

Tiket Feri Langkawi - RM23/RM22 (Dari Kuala Kedah)
Island Hooping - RM35 (tp ada yg charge RM45 jgn terkejut na)
Cabel Car - RM14 (nie harga agen, kalau harga walkin RM15 n jgn lupa bawak ic n pas keja sapa keja govt bleh dpt govt rate)
Mahsuri - RM6 (dah naik singgit dulu p 2008 br RM5)
Underwaterworld - RM22 nie govt rate (Kalau pakai ic dlm RM28)
Wildlife park - RM10 utk govt rate , RM15 utk ic

Nk bgtaw nie kalau nk govt rate kena bawak pas gheja. Kalau bgtaw dia x layan. 

Then p b singgah nusantara beli minyak gamat. Muahaha. Ala kalau otw nk ke kuah dari pantai cenang nampak punya besaq la Botoi Gamat Tepi jalan. Kalau muat angkat bawak balik. 

Tinggal nk p Mangrove ja. Boat sharing pon sorang kena byq dekat RM90. Tp siap makan la. Next time husband ckp. I okay jer. Muahaha.

Okay la kalau nk p langkawi dah leh bajet na. 

Nie peta langkawi kami p arituh. Dah siap contiang lagi. :)


Selamat bercuti. Selamat Hitamkan diri.

Tahun ni nk cari pulau jugak! Yey! 

Irina

Seriusly!

Assalam

Okay, heart attack jap. Semalam sehari suntuk dalam bilik meeting. Pagi mesyuarat JPKA, then sambung mesyuarat pengurusan n petang mesyuarat Puspanita. Jenuh la jugak utk aku yg baru kat sini. terkejut n blur giler.

Okay, bukan nk sangkal kebolehan aku yg fast learner nie tp tetiba dah suh aku buat minit mesyuarat kn? Senyum jer la. Insya-Allah boleh punyer! :)

Masuk hari keempat nie sebenarnya agak stressful sebab tetiba ada laporan nk kena hantar sendiri. Seb bek la staff baik hati. Then tetiba pulak dpt email dr HQ kena jd tuan rumah or urustaksetia  nk buat bengkel utk semua Politeknik seluruh Malaysia. Oh mai. Mg depan br cargas p survey hotel kat tepi laut. Best jugak kn?

Lepas tuh dengar pulak nk kena bg ceramah nk semua staff pasal kewangan. Dah la darah gemuruh kot. Tp yg best tuh confidence neh. Insya-Allah saya boleh buat. Wah. :)

Patutla 2 3 hari nie blk umah jer demam. Terkejut lg nie. Takpe pelan2x kayuh. Banyak yg kena belajo lagi nie. Think +ve okay. Insya-Allah everything will be okay very soon!

Tp enviroment totally different dengan yg dulu. Berbaloi la dpt tukaq. Yela dari orang yg buat kita stress baik keje yg byk tp semua bos n staff okay kn? Insya-Allah i will be catch up everthing soon. All the best to me.

Doakan kn aku okay. I will upload the picture very soon. Nampak sgt muka happy walaupun x paham menatang apa pon lg. Daaaa... Love you!

p/s: rasa macam nk tukaq nama blog la or create another blog aciliklau kn? Kat situ baru totally merapu ikan kerapu. Since nk jd aci atau bahasa kayellnya awek di balik pulau. Kira shortform la tuh. :)

Wslm,
Irina
Di dalam bilik yg sentiasa bersih.
9.19

Tuesday, January 8, 2013

Peghak (Pe-Rak)

Assalam,

Macam hampa suma taw aku kn baru ja start keja kat penang yang indah lg permai. Jadi jadi peghak buih sat. Dengan maksud yg lebih mudahnya teruja la...

Smlm masa mai sini kn hubby teman mai hantaq. Tp gheta lain-lain la. Then masa balik gatai nk guna jalan dalam la. Kiranya nie ikut jalan bas la. Ceh mengenang zaman sekolah dok naik turun bas balik asrama. Kebetulan lak memang rumah MIL dekat ngan asrama dan sekolah jadi apa salahnya kn?

Pengabisnya asalnya bleh sampai rumah dalam 15-20 menet sekali dekat 45 menet br smp. Hubby aku dari seberang sampai lebih kurang 15 min lepas aku smp. Agak2x la aku yg dok pulau jer kot kuaq awai 15 min dr dia last2x smp lebih kurang ja. Haaaa padan muka sapa suruh.

Mananya tak pakai jalan dalam nie belambak traffic lite nk kena tempuh. Jem tuh xde la sgt. Lalu jalan depan pesta, usm, gelugoq. Masuk ja jelutong amek hang semua dok parking tepi jln jadi hat dua jalan tinggai satu saja. Apa lagi dah mcm siput sedut la. Ikut pulak jln perak nie nk saja nk try tgk la konon-kononnya.

Tobat!!! Tak mau ikut dah bek ikut jln luaq lg selamat. Org bawak kete memang dah macam hape yg bawak moto lagi la! Apex2x yg bawak moto x tentu hala tetiba jer berenti sesuka hati dia. Tak kira la tengah ka tepi jalan ka. Adoi kalau hari2x kena mau darah tinggi.

Gatai mengela sgt kn nk pakai jalan dalam. Mendapat la kn? Niela org kata Peghak. Muahaha... Okay, start from today ikut highway saja. :)

Okay la sekian saja kamus tatabahasa penang buat masa nie.

Sekian, Wslm.

Irina

Monday, January 7, 2013

1st Day at Politeknik Balik Pulau (PBU)

Assalam,

Terujanya hampa tak bleh nk bercakap. Actually 2 hari lepas dah mai merayap ngan husband mai cari kat mana tempat PBU nie. Sebab ikut direction dlm google earth takdak pon signboard. Seb bek pagi td husband mai teman. Eceh macam nk masuk darjah satu kn abah mai hantaq n tunggu kat sekolah smp abis orientasi. Tp nie mai teman dok breakfast jerla. Dah nk lapor diri dia pla gheja. :)

Then rupanya depa sewa lain-lain tempat. Jadi bilik kuliah kat hujung dunia sana, office admin kat hujung dunia sini. Okay esok cheq x mau pakai kasut tinggi dah! Serik nok!

Then parking rupanya kena p bubuh duit sendiri kat meter. Tp meter rosak acamne tuh? Adoyai! Part plg best x bleh claim. Start esok kena cari parking yg murah dan kena jln jauh sket.

Td pagi ada la taklimat serba sket sebab kebetulan KP mai turun padang melawat PBU. Then jumpa la semua org. Ala i memalu kucing la sket. Awww...

Then mayb our campus will be ready on August 2013. So, we will be moved end of Disember 2013.

Kalau tgk campus lawa dowh, siap ada tasik okay. Hahahaha.... Depa kata nk buat trek jogging tp sempat kah? Muahahahhahha.... Tengok jer la okay.

Okay la kat sini dia belok mukabuku bila taip terus masuk portal PBU. Muahaha... Padan muka aku lagi. :)

Okayla nk meneelaah bebenda baru sambil layan korea. Cewah sempat taw.

Eh eh eh eh nk gtaw i dpt bilik sendiri okay. Privacy gilos. Nanti la hp i yg kembung tuh dah kuruih nanti i amek gambaq. Okay la... Daaaa....

Wassalam.

Irina
07.01.2013
PBU Penang

Tuesday, January 1, 2013

Azam 2013!

a


Assalam,
Hadiah paling bermakna dan menggembirakan adalah menjadi seorang isteri dan dpt blk ke pangkuan suami tersayang.
Alhamdulillah dipermudahkan rezeki utk bertukar ke Penang.
Start on Jan 2013 i will b posting to Politeknik Balik Pulau. Walaupun tugas baru dan lebih mencabar aku akan sahut cabaran itu.
Aku dah tengok blk perancangan 2012 dan Alhamdulillah byk yg dah tercapai. Ada yg masih brought fwd ke tahun 2013.
Insya-Allah semua menginginkan utk menjadi insan yg lebih baik dari sebelumny. Semoga kita belum terlambat dan masih berpeluang bertaubat dan menjadi seorang muslim yg soleh yg x tinggal solat, sentiasa menutup aurat, jaga maruah aib suami isteri, jaga perlakuan dan perbuatan yg mengundang fitnah. 
Insya-Allah hidup kita lebih diberkati. Amin.
Sekian, wassalam.
Irina

Published with Blogger-droid v2.0.9

Followers